Skip to main content

Tips: Bengang sebab gambar peribadi dicuri dan disalahgunakan?

sumber gambar: Carian Google
Salam pagi penuh keceriaan semua my readers :)
Entri kali ni tidak bertujuan nak menyentuh mana-mana hati atau sensitiviti sesiapa pun. So harap jangan ada yang salah faham lepas baca post saya kali ni. Sekadar berkongsi pengalaman peribadi :) Pernah tahu tak, bagaimana telefon bimbit dan internet menyebarkan gambar kamu? Sebelum ni dah pernah saya kongsikan dalam blog, mungkin ada yang tak sempat baca, boleh baca di SINI.

Sebelum ini, saya akui, saya seorang gadis biasa yang sangat suka berkongsi gambar di laman sosial. Eh, jangan fikir yang bukan-bukan pulak, maksud saya, gambar sepatutnya yang ada muka saya. hadoyaii sila berfikiran positif hehe. Kawan-kawan rapat pun tahu kebengongan saya kalau nampak kamera, mesti nak interframe jugak. kelakar bila diingat kembali hehe. Masa tu zaman kegemilangan friendster. Ada saja gambar baru, terus upload. Biasalah manusia normal, suka dipuji, tapi kecil hati bila dikutuk. Mula lah rasa kembang semangkuk jika ada yang memuji gambar setelah diupload. HAHA

Selepas tu, mula berjinak-jinak dengan dunia blogging. Masa tu darah muda la katakan. semua hal nak kongsi dalam blog. Kalau dijenguk semula previous entry, rasa nak muntah darah dan ketawa guling-guling pun ada hehe. Siapa yang dah kenal lama blog ini, mesti tahu suasana entri yang penuh dengan gambar. Kalau gambar yang bersesuaian dengan entri tu, tak apalah jugak. Kadang-kadang entri cerita pasal lain, tapi tiba-tiba tertempek muka sendiri yang tiada kaitan langsung hehe. Lain kes pulak dengan kemunculan facebook.

Lama-kelamaan, usia semakin meningkat. Menerima pelbagai nasihat, info, sindiran yang bermanfaat di laman sosial dan untuk kebaikan diri sendiri, saya mengajar diri dan cuba untuk mengawal diri daripada meneruskan tabiat sebegitu hehe. Maksudnya, hanya berkongsi gambar yang perlu sahaja. Janganlah pulak ada yang kata 'ehh, macamlah ko comel sangat'. Kita semua ada prinsip masing-masing dlm hidup kan? So kalau kita nak orang faham dan hormat prinsip kita, kita juga kena faham dan hormat prinsip orang lain juga. Sebab saya pernah nampak insan-insan yang mencemuh dan mengata-ngata orang yang tidak mahu berkongsi gambar, kononnya perasan diri tu baik sangat. Kecuali kes pencuri gambar dan menggunakan gambar orang lain tanpa izin.

Konklusinya, saya tahu awak tak nak baca entri saya yang panjang ni hehe Tips terbaik agar gambar awak tidak dicuri dan digunakan atau disalahgunakan oleh orang lain, kurangkanlah memuat turun atau upload gambar single awak di ruang internet. Kalau gambar bersama teman atau apa-apa saja berkaitan yang awak rasa perlu untuk kongsikan, kongsikan saja kalau awak rasa boleh bagi manfaat kepada orang lain. Lagipun, kadang-kadang post tanpa gambar memang membosankan hehe At least, letaklah watermark di tengah-tengah gambar, okey? Awak buang code url gambar atau disable right click pun sebenarnya hanya keselamatan sementara. Sebab kalau dah nama pencuri gambar yang hebat, tetap ada cara lain untuk mereka tembusi security tu huhu.

*KATA HATI: Semua yang berlaku sebenarnya berpunca dari diri sendiri, jadi salahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain (^__-)

Comments

syahira ariff said…
ALAMAKK
alamakk
alamakkk
bila ntah sy nk berubah dr tempek gmbar sndri
yatie Awang said…
info yg bagus ni,
H.J said…
nak curik gmbar satu...blh?hee
hamzah ian said…
skrg faker ramai.. huhu
AmirFX said…
Kmk tok jarang nak engkah juak gambar dikpun nektok...
ya..tepat sekali! semuanya atas kecuaian, kelalaian dan kesudian weols yg sgt rajin menguploadkan gambar2 peribadi di internet. Bahaya tu..silap2 haribulan bleh memporak-perandakan hidup kita sendiri. So..kurang2knlah upload single pics.
Nice entry dear!
EyanaNoorAzlan said…
aik..pic ktk kenak curik?? cam kes dlok kah??
Bui Junaidi said…
kmk pun dh jarang upload gambar rah fesbuk..gmbr profile pun kmk privatekan..mcm2 boleh jadi nak owh..lagik2 mun muka kacak..
Hans said…
betul2
kadag2 ada yg letak gambar seksi
lepas tu bila dah tersebar salah kan orang lain padahal mereka yg tak beringat awal2
:-)

Apabila Aku Meminati Drama Dan Filem Dari Korea Dan Jepun
[sutera kasih] said…
@syahira ariff: ehh jgnla camtu..bljr kawal diri je utk kurangkan sbb skrg ni mcm2 blh jadi huhu
[sutera kasih] said…
@H.J:silakan kalo blh bagi manfaat pd awk haha


*oh tidak :P
[sutera kasih] said…
@hamzah ian: ahhh betul tu..mencegah lebih baik drpd mengubati hoho
[sutera kasih] said…
@AmirFX: yala..sampey sik kenal muka ktk cmney hehe ingt AmirFX ingat ultraman :P
Khairul Antasha said…
supan mok upload gmbr dikpun d mana2 laman sosial..

lebih selesa sik berprofil..kehkehkeh..misteri sikit..
[sutera kasih] said…
@EyanaNoorAzlan: eh sikdala..ktk sik baca post kmk tok ka?hehe
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi: yala kak..waima muka sik kacak sekalipun, mun org dh niat jht ngn kita, mcm2 bnda juak dpolahnya huhu jd better beringat sblm terkena oh..kmk skdr berkongsi pglmn..
[sutera kasih] said…
@Hans:betul tu..sbb tu la xblh nk salahkan org lain dulu, kena tgk perbuatan diri jgk dulu..beringat kan lbih baik drpd menyesal d kmudian hari hoho
wahida said…
aku dulu rajin la letak watermark bagai...sekarang nan hado, publish je terus...nak edit pun malas....huhu....

kang, kalau gambar kena curik, barulah aku nak nangis tak berlagu...huhu...
WuMing said…
Memang banyak perkara yang kita buat dulu... apa bila sikenang kembali... amat melucukan...Itu lah proses pembesaran.
iPai said…
mencegah daripada diri sendiri
apik pehe said…
huhu..zaman muda dulu..pikiran tak matang lagi..tapi skarang ni kiter belajar dari kesilapan..huhu
wanie m'nJ said…
saya padamkan semua album lepas pergi satu kem kerohanian baru2 ni. hanya letak gmbr yg biasa2 je. macam akk kata, gmbr yg perlu yg beramai2 je.. :)
diana said…
setuju sangt2 dengan entry ni...
kecuaian kita akan menyusahkan diri kita sendir..
.m y z. said…
betul. ekceli tak bagus bagi seorang perempuan upload and tayang muka dekat laman sosial secara berlebihan. saya pun dah hide albums dekat facebook. haha.
Salwa said…
hmm.tul tuh.nak upload gambar sangat kena berhati-hati kan.
shafmechy said…
member sy brapa kali dah kena..orang ambik gambar dia buat profile pic..bahaya tu..
Maii Yusre said…
Maii jarang upload picture..:D
Redbloodsnow said…
mek selalu kenak hal camtok. sakti lubang perut mek tam cdak pencuri tok koh..hehe

thats y gamba mek...mek watermarkkan suma. heran n pelik mek dgn cdak yg xda identity dikpun kdk tok koh :(
HonEyBuNNy said…
sutera sutera sutera....

ila nak pinjam kata hati sutera eh...bagi x?nak letak lam fb..hehe..nak ambil jugak..ngeh3...thanks ya..;-)
[sutera kasih] said…
@wahida: sy pun kak..kdg2 mls btl nk edit letak watermark..leceh la, tp dsebabkan byk sgt pencuri gambo, kena la jgk letak hoho
[sutera kasih] said…
@WuMing: aahh betul tu..blogging ni salah satu antara perkara yg boleh lihat proses pembesaran diri hehe i means, pemikiran.. :P
[sutera kasih] said…
@iPai: aahh..semuanya bermula dari diri sendiri
[sutera kasih] said…
@apik pehe: aahh apik..proses tumbesaran diri hehe takkan la awal2 umur dh matang sgtkan :P
[sutera kasih] said…
@wanie m'nJ: ok la tu..kalau nk uplot gmbr pun biarla yg bersesuaian :)
[sutera kasih] said…
@diana: kdg2 kita xsedar kita lalai..mcm diri sy jgk dulu..xda sapa nk tegur, tp lama2 bila dh baca mcm2 teguran via post, alhamdulillah terkesan di hati..so kalo org kongsi info berupa teguran & nasihat, harus bersyukur dan berterima kasih..bknnya mengutuk kembali apa yg dikongsi kan :)
[sutera kasih] said…
@.m y z.: aahh..semua pun tau tp tu la hakikatnya susah nk kawal nafsu uplot byk2 tu huhu
[sutera kasih] said…
@Salwa: aahhh..dunia sekarang..mcm2 boleh jadi..
[sutera kasih] said…
@shafmechy: byk kes dh berlaku skrg ni..ramai betul fakers..
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: aok kak, kesian ktk oh..bait nasib rami kenal ktk, jd mun ada sesiapa2 guna gmbr ktk, sidak madah ngn ktk cepat..kmk penah juak nemu dolok, nya pakey gmbr ktk nok berpurdah ya..tp kmk nandah lok..sekali cek gik, dh dremove nya gmbr ktk, sik smpat kmk nk madah ngn ktk hehe mgkin nya tauk owner gmbr ya ktk..
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: ye ila..hehe ambik je la hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …