Skip to main content

Renungan: Jika kamu ingin bermaksiat, maka....

sumber: Carian Google
Salam ukhuwahfillah dan sejahtera my readers :)
Semalam saya ada terbaca satu artikel yang bagi saya sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama awak semua. Saya tertarik dengan sebuah dialog yang diselit dalam artikel tu. Bacalah kat bawah ni, harap dapat memberi kesan di hati kita semua. Disamping untuk mengingati diri sendiri dan juga orang di sekeliling, Insya' Allah.
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!

1) Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”
Maka orang itu berkata: “Apakah itu?

2) Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya?

3) Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua?

4) Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!
Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal?

5) Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga?

6) Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”
Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?”

7) Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat?

8) Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!
Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku).

9) Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?
Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima?

10) Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!
Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.”

11) Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?
Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”

Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras.
sumber: Artikel Al-Bakriah via Harian Metro Online


*KATA HATI: Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberianNya?
--->  Himpunan 'links' ilmiah

Comments

NM02 said…
dan knp pabila dilanda musibah baru kita akan ingat seingatnya pada diriNya?

tepuk dada tya diri sendiri

sebab kadangkala saya juga seperti itu

oh.....
Acik said…
Maha Suci Allah!
Semoga kita tergolong dalam kumpulan yang diredhaiNya. Amin!
Bui Junaidi said…
mmg berdosa besar..sesiapa yang melakukan maksiat ni..huhu..moga Allah memberi pengampunan kpd mereka dan kita semua..amin..*_*
zella y said…
btul tu...

kdg2 manusia selalu lalai,tamak dan takbur tanpa merasa malu pada Allah.
ekmal said…
thanks share, ad gak mende berilmiah utk dibaca :)
merahitujambu said…
nice entry....=)..nk puasa ni baik buat amalkan
ILA HonEyBuNNy said…
entry menarik di hari jumaat yang mulia ini..

semoga kita di jauhi dari sebarang kemaksiatan....amin..
lilypelangi said…
nice sharing dear :)
Aisyah Aina said…
sentap baca ni :D
[sutera kasih] said…
@NM02:
betul tu kak..kdg2 sy pun jd lalai mcm tu huhu

sama2 kita muhasabah diri..
[sutera kasih] said…
@Acik:
Amin ya rabbal 'alamin..
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
kdg2 kita pun sik sedar yg kita pun pernah buat dosa besar huhu..sama2 kita memohon keampunan dariNYA..
[sutera kasih] said…
@zella y:
itulah gunanya keluarga & sahabat handai utk mengingati kita kan dear..
[sutera kasih] said…
@ekmal:
you're welcome dear :)
[sutera kasih] said…
@merahitujambu:
hehe betul tu..x lama lg puasa :)
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
thanks ila :)

Insya'Allah...amin ya rabbal 'alamin
[sutera kasih] said…
@Aisyah Aina:
hehe saling memperingati :)
hani apandi said…
nice entry :)
semoga kta sentiasa dalam lindungan-NYA :)
huwaaaa....ase terharu lak miko bila bce ayat dialog td..T__T...tersentuh...
iPai said…
takut kan ? saling memperingati .. trima kasih
[sutera kasih] said…
@hani apandi:
Insya'Allah sentiasa..amin :)
[sutera kasih] said…
@iPai:
aahhh...saling memperingati..
sama-sama ipai :)
Encik JI said…
jawapannya . jgn membuat maksiat selagi bergelar hamba Allah.

jadi , bila boleh buat maksiat?

jawapnnya, xboleh lah. hehe
Ana Aishah said…
Alhamdulillah.thank with dis sharing dear :)
[sutera kasih] said…
@Encik JI:
betul tu :)

sama-sama kita doa agar dijauhkan dr perkara maksiat..nauzubillah..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …