Skip to main content

Pengajaran: Rabaan Si Buta dan Gajah.

sumber gambar: Carian Google
Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkas datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah. Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.
  • Si buta yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan.
  • Kenyataan ini dibantah keras oleh si buta yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh si buta pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.
  • Kenyataan ini disanggah oleh si buta ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan si buta pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.
Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.
Kisah si buta dan gajah ni ada moral dan pengajaran disebaliknya.
  • Apabila kita mendengar dan mendapat sesuatu maklumat, janganlah terus percaya dan menilainya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Sedangkan hanya menggunakan deria telinga, itu tidak memadai. Bukankah ada deria yang lain lagi untuk kita menganalisis dan mempertimbangkan kesahihan maklumat tersebut?
  • Apabila tercetusnya suatu fenomena, janganlah mendengar dari sebelah pihak sahaja. Jikalau anda seorang yang adil, jangan perlekehkan pandangan sebelah pihak yang lain lagi.
  • Apabila mendapat tahu suatu 'gosip' atau berita, selidiki terlebih dahulu, berusaha cari maklumat itu dari sumber yang lain pula. Jangan MALAS untuk mencari kesahihan sesuatu berita. Jangan jadi penyebar maklumat palsu.
  • Setiap insan punya naluri ingin tahu dan terus ingin tahu, keputusan terletak di tangan anda untuk memilih mana yang baik dan mana yang tidak.
*KATA HATI: Ya Allah, lindungilah kami dari segala anasir-anasir jahat. Tunjukkan kami perkara kebenaran. Tarikh 9 Julai 2011 akan menjadi sejarah negara yang bakal ku jelaskan kepada anak cucu akan datang. Ingat, setiap diri kita punya tanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar. ~

Comments

Pojiekyra said…
agree with that :D
HonEyBuNNy said…
ya....sbb tu la kita perlu berfikir,bersabar,bertahan n bertindak...

kita yang menentukan segala-galanya dalam life kita neh..;-)
d_LA said…
tol tu..berhati-hati smsa nak menyampaikan berita kalau x tahu betul ke x..boleh jadi fitnah
Nurnajwa said…
Btol tu :']

Org selalu pcye dgn kata2 tnpa usul periksa.
Salwa said…
Setiap dakwaan perlu kita siasat dan pastikan dahulu agar perkara itu tidak menjadi fitnah yang akhirnya merugikan diri sendiri. Don't be lazy to do some research. Terima kasih kongsi ek. :)
Bui Junaidi said…
kmk nang x pandai menilai org..salu salah..mun laki kmk pandey nya..tauk nya org ya bait or jaik..
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: yup ila..sblm bertindak, kena berfikir dahulu..sblm menulis pun, kena berfikir jgk hehe

yeahh..betul2..keputusan terletak d tgn kita :)
[sutera kasih] said…
@d_LA: aahhh..betul tu..kdg berita org meninggal pun kdg2 terlepas awal di intertet, sedangkan orgnya belum lg meninggal..jd jgn percaya dahulu kalo source tak confirm, jgn nk mengejar trafik semata2 kan dear..
[sutera kasih] said…
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫: yup..bgs kan cerita2 zmn kanak2 hehe
[sutera kasih] said…
@Nurnajwa: manusia normal..biasala tu..jd kena beringat selalu :)
[sutera kasih] said…
@Salwa: yup..betul tu dear..sblm menentukan kesahihan sesuatu info, kena selidik betul2 dulu..sama-sama :)
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi: thats why lah ada peribahasa 'dont judge a book by its cover' hehe..

kmk pun kdg2 salah nilai org bah kak..tp berusaha perbetulkan..
iPai said…
na tambah info pon, list pengajaran tuh pon dah cukup lengkap ..


mantap !!!
iPai said…
semua post pakai BB torch kah ? mantap gila ...
[sutera kasih] said…
@iPai:thanks ipai :)
pengajaran utk saya sendiri jgk huhu
[sutera kasih] said…
@iPai: ehhh tak lah ipai..tak mampu kot, berangan saja huhu kan boleh edit part tu kt layout :)
Bigdaddyz said…
tak suka menilai org selagi tidak kenal....
GaRy™ said…
wah3!! betul2 tersirat la moral dia.. gary pun tertanya-tanya apa moral story ni tadi... huhu~..
Byk pengajaran dan sumber nasihat yg berguna,tapi syg msh byk manusia yg ikut fikiran pendek..
[sutera kasih] said…
@Bigdaddyz: selagi tidak kenal, jgnlah cepat menilainya kan..
[sutera kasih] said…
@GaRy™: gary ada baca dr awal ka tidak??hehe byk kisah pgjrn kanak2 tu ada mksud tersirat..
[sutera kasih] said…
@cleverspider55 a.k.a alam1cinta: adakala manusia lalai dan terlalu cepat percaya dgn apa yg didgr tnpa usul periksa terlebih dahulu..
iPai said…
owh edit bawah gitu ye .. baru cam tengok stylo gila pakai BB Torch .. Minat BB torch kaa ?
[sutera kasih] said…
@iPai: yup..edit saja huhu
sy pun tak tahu cmna rupa blogging guna BB Torch..
minat...tp blm mampu nk beli :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …