Skip to main content

Lagi best..woo oh oh..lagi best..Exora dan MyVi

sumber gambar: Carian Google

Salam ukhuwah my readers :)
Jom santai-santaikan diri dikala pagi hehe. Mana lagi best?hehe semua pun bestkan? Tapi suka tengok iklan MyVi baru tu. Kreatif, lagu pun best. Dari dulu lagi, saya memang admire giler ngan MyVi. Tapi MyVi SE. Sebab design ala-ala Transformers gitu hehe. Kalau ada sumur di ladang, nanti nak beli MyVi SE, tapi kalau tak dapat pun, dapat tumpang MyVi SE ala-ala transformer my cousin si Gadis Nikon pun kira okey dah hihi

Bagi saya, beli kereta ni ikut kemampuan masing-masing. Kalau mampu nak beli kereta mewah, beli sajalah. Janganlah pulak yang tak mampu tu nak dengki-dengki kan hehe dah mereka mampu, so wajarlah nak beli, betul tak? Kalau kami pulak, sebelum nak beli kereta baru, kena fikir macam-macam faktor. Bukan setakat faktor ekonomi keluarga, tapi terpaksa fikir kesan masa akan datang. Contohnya, lokasi rumah kami jauh dari bandar. So bapak kena ambil kira jugak tu. Kena pilih kereta yang menjimatkan kos beli minyak dan mudah nak carik spare part. Maklumlah sekarang kan harga minyak kejap naik kejap turun. Tempat kerja bapak di bandar. Kan jauh tu? So mahu tak mahu, walaupun punya impian nak ada kereta lawa body, canggih, auto ke, speed terbaek ke, terpaksalah dilupakan untuk kebaikan bersama, baikkan bapak saya hehe.

Memandangkan sekarang kami semua body dah besar-besar gedabak, kena jugaklah beli kereta yang lebih besar dan luas untuk memuatkan kami sekeluarga. Alhamdulillah dengan rezeki Allah s.w.t yang sentiasa mencurah, dapat jugaklah merasa kereta baru lagi. Seperti yang saya dah senaraikan faktor-faktor di atas, kena fikir lagi nak beli kereta apa? Mula-mula bapak berangan nak beli kereta besar tu apakah namanya tu, terlupa la pulak, ala kereta yang tinggi tu tayar besar gedabak. Tahu tak? Okey lupakan sajalah. Tapi saya membangkang hingga terkangkang haha sebabnya, harga kereta tu mahal dan tak perlu membazir, kos minyak mahal, perjalanan dari rumah ke tempat kerja di bandar jauh, lainlah tiap-tiap tahun pulang kampung, memang berbaloi beli sebab tahan lasak. Tak 'hengen' dah nak pulang Kuching guna jalan darat, sakit bontotlah huhu
sumber gambar: Carian Google

Okey, alasan diterima. Okey masa tu ada dua pilihan, kereta proton model Exora dan tuutttt** (tak boleh sebut nanti kena sue hehe). Setelah diteliti-teliti dan berkongsi pendapat dengan orang-orang yang expert pasal kereta, tadaaaaaaaaa EXORA adalah pilihan yang tepat. Kenapa? Jimat kos dan itu kereta MPV yang sesuai untuk kereta keluarga, sesuai dengan taraf keluarga kami yang sederhana disamping menyokong kereta tempatan hehe. Buat apa beli kereta mahal-mahal tapi nanti hujung bulan, stress fikir soal bayaran. Walaupun kereta idaman saya sangat mahal tapi takpa kalau berangan, mana tau tertunai akan datang siapa tahu kan? Oh Ferrari HAHA (^___^)

Kelebihan dan ciri-ciri kereta proton model Exora: klik SINI atau gambar rajah di SINI

*KATA HATI: Kalau korang punya reason sama mcm di atas, belilah Exora, berbaloi-baloi ;) Kalau berminat dengan Proton Inspira pulak, boleh tengok maklumat lanjut di SINI (^__^)

Comments

Far8 budak baik said…
hahahaha tak pyh nk transfomer sgt lahhh
itu kete untuk berkeluarga....
kalau aku yg selalu bunjang ni
awek tak lebih 1...
jadi suzuki swift jadi idaman..
agagaga
Zura said…
exora cantik..
Redbloodsnow said…
exora nng terbaik. tp mahal yunk...parkinson nk byr bulan. HAHA
adan said…
orang kata exora memang sesuai untuk family.. avanza pun okay gak.. ehehe
ILA HonEyBuNNy said…
itula kana....kalau dekat sana banyak kena fikir faktor2 nak beli kereta...ila tgk kereta dekat sabah masa ila pergi dulu...banyak diorg pakai kereta MPV n jenis cmna tah nak cakap...xreti nak sebut lak..heheh..


kereta Exora mmg bagus untuk family..kawan2 mama ila ramai pakai exora....;-)

ila suka la myvi baru tu...tapi xmampu beli lagi...tunggu ila dah kerja la...;-)
sifu im said…
x sport langsung myv baru..haha
shandye. said…
kereta mini cooper tu lawa tp overbudget plak.

teehee...

#komen lari tajuk.
iPai said…
pergh .. exora kot .. uhuhuh ..

orang dulu2 kata, biar menang membeli, menang memakai .. ye dak cik SK ?
iPai said…
pergh update pakai BB Torch mmg pakai BB torch ke .. tak pakai laptop ekh .. gila ah style .
Sunah Sakura said…
tak pernah tengok lagi iklan dia... tapi myvi baru ni nampak lagi best design dia.. hehe..
cik sakdi said…
bila la daddy ku nak belikan. eceh nak mintak kete terus panggel daddy. haha
[sutera kasih] said…
@Far8 budak baik: transformer kan smart hehe
swift suzuki tu keta idaman ku jgk lah, ko xtgk sblh gadget ku tu nama apa???hahaha

tapi kan d brunei melambak jak swift suzuki tu, ibarat kancil d M'sia jak huhu
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: yala tek kak, parkinson juak bpk kmk maya ya haha tp murah cket bnding mpv lain..gik pun bdnnya keras cket..
[sutera kasih] said…
@adan: tp sy dh merasa..exora lg luas hehe
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy: eh, bila ila pegi sabah?xgtau pun hehe

yup, d sini byk guna MPV & keta yg besar2 tu, sbb faktor kejauhan dr bandar..kalo yg tggl jauh dr KK, cth mcm d sblh tawau & area beaufort, mostly suka guna kereta yg tinggi2, besar2 tu sbb tahan lasak jln jauh..tp cni pun byk jgk guna kereta tempatan :)

sama2 la kita tgu dh keja, kita beli kereta idaman kita k :)
[sutera kasih] said…
@sifu im: erkk myvi mmg bkn sport pon hehe apela sifu ni :P
[sutera kasih] said…
@shandye.: mini cooper mmg lawa tp tu la overbudget kan hehe

#takpa lari tajuk, tp still kereta jgk kan?hehe
[sutera kasih] said…
@iPai: betul tu iPai, beli setakat apa yg mampu tapi puas memakai hehe betul ka tu?

iPai, sy tak guna BB Torch la uwaaaaaaaaaaaaaaaa :(
tu trick semata2 hihi :P
[sutera kasih] said…
@Sunah Sakura: yup, design dalaman lebih unik & stylo hehe
Maii Yusre said…
Boleh cakpa camni tak? Tak suka myvi..hehehehehe XD

Kak sutera sihat??
wahida said…
exora mmg sesuai utk family yg ramai, affordable lak tu...
iPai said…
heheh .. alamak tak pasan kat msg lama .. tapi saya gedik nak sakat juga leh tak ? heheh
[sutera kasih] said…
@Maii Yusre: boleh2 hehe jadi, maii suka kereta apa? :P

alhamdulillah sihat, maii pulak? hehe
[sutera kasih] said…
@wahida: yup kak..affordable gitu :)
[sutera kasih] said…
@iPai: hahaha gedik !!
boleh saja bah ipai hehe
sarah mohamad said…
exora pun best dearr! dah penah naik dan dah penah bawak hehe *jakun*
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: hehe sy pun dh penah naik tp xpenah bawa la :P

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …