Skip to main content

Iqra', bacalah.. Al-Kahfi

sumber gambar: Carian Google
Salam ukhuwahfillah dan salah sejahtera my readers :)
Hari ini hari Jumaat, jom kita baca surah Al-Kahfi. Ustaz saya pernah cakap, bagus kalau kita amalkan bacaan surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat. Bukanlah bermakna hari lain tak bagus, tiap-tiap hari lagi afdhal. Sebab walaupun kita hanya baca satu huruf pun ayat Al-Quran, kita dapat pahala dan kebaikan (maaf, perbetulkan jika saya silap). Sangat bertuah dan bersyukur sekiranya kita tahu membaca Al-Quran. Tapi sukar untuk kita istiqamah? Saya faham, sebab saya pun manusia biasa seperti awak. Saya hanya mengingatkan diri saya sendiri dan rasa tanggungjawab sesama kita untuk mengajak kepada kebaikan. Kepada yang masih belum fasih dan lancar membacanya, janganlah rasa segan, dapatkanlah bimbingan guru agama, okey? :")

Semalam saya singgah di satu blog. Saya suka singgah blog tu sebab penulisnya sentiasa respon dengan pertanyaan yang disoal oleh pembacanya, khususnya hal berkaitan agama. Kalau awak berminat, boleh singgah di blog Ustaz Love :) Semalam beliau telah berkongsi beberapa keratan terjemahan ayat 65-82 surah Al-Kahfi di SINI, bacalah..Janganlah malas membaca bah hehe Iqra' bismirabbikallazi khalaq.. (^__-)

Awak boleh rujuk di SINI kalau nak baca terjemahan kesemua surah dalam Al-Quran. 
Tapi lebih elok kalau awak baca terus kat Al-Quran yg printed. Manfaatkanlah hari Jumaat :)

sumber gambar: Google
Adik Mia pesan kat abang2 semua, jangan lupa pegi solat Jumaat nanti tau..
*KATA HATI: Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w, besar ganjarannya :)

Comments

Abang Stalker said…
bc quran sehari 1 muka pun da ckup baik dr xde apa2.sesungguhnya al quran ada segala2nya didlmnya. :)
lilypelangi said…
terima kasih atas perkongsian :)
sarah mohamad said…
melentur buluh biarlah dari rebungnya. bebudak yg baru nak membesar elok di belikan buku2 bacaan. semaikan sifat membaca sampai ke tua :D
ASaDa RyutaRo said…
setakat tok, kamek lebih suka nangga tafsir dekat www.surah.my .. senang nak bercarik rah siya. ngee :D

maok jwak nak kongsi. hehe ;)
Redbloodsnow said…
mek nak terjah entry ustaz love ya eh..hehe
d_LA said…
thanx dear..InsyaAllah..jom amalkan yer..

leh send address SK kat email dla x?
kertaslukisan@gmail.com
iPai said…
selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW ..
Acik said…
hehheeee ... kite pun nak terjah blog tu! harap2 dp tambahkan ilmu! :)
Aisyah Aina said…
surah al kahfi memang bagus baca selalu :D
wahida said…
terima kasih berkongsi info...

like n3 ni...
[sutera kasih] said…
@Abang Stalker: betul tu abg stalker..kalo disiplinkan diri baca 1 muka 1 day tu cukup bagus..
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: budaya membaca perlu dipupuk dari kecik hehe..dulu kecik2 suka membaca, tapi dh besar kdg2 jadi malas membaca hihi
[sutera kasih] said…
@ASaDa RyutaRo: owhh ada website lain ka?siktauk kmk..kmk tkt rujuk website lain bah, tkt sik betul hehe so cek website jakim..

thanks kongsi website ya :)
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: terjah jak kak..bgs blog nya ya..byk ilmu berguna :)
[sutera kasih] said…
@d_LA:Insya' Allah..sama2 kita didik diri :)

dah email akak :)
[sutera kasih] said…
@iPai: selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w
[sutera kasih] said…
@Acik: silakan singgah ke blog tu..insya' Allah byk ilmu kat sana :)
[sutera kasih] said…
@Aisyah Aina: yup..byk kisah dlm surah tu :)
[sutera kasih] said…
@wahida: sama-sama kak :)
sharing is caring is loving is sweet hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …