Skip to main content

DIY: Koleksi peribadi frame Tulisan Khat

sumber: koleksi peribadi (Tugasan Individu)

Salam ukhuwahfillah my readers :)
Percaya tak kalau saya mengaku saya yang buat tulisan khat dalam frame di atas dan di bawah? Hahhh, tak percaya? Sedihnya sobsobsob hehe. Masa semester dua, kitorang kena ambil kokum. Mostly join kokum unit beruniform, sukan, pengurusan organisasi, tarian moden atau tradisional, kraftangan, alat muzik, macam-macam lagilah. Pengurusan masjid pun ada tau tapi saya join Kelas Khat. Saya ajak member kamceng join kelas Khat, mula-mula semua tak nak sebab alasan tak reti tulis jawi lah, tak reti tulis khat lah. Last2, berjaya pujuk.

Last saya menulis khat masa darjah 6 di SUI. Hodoh tak payah cakaplah hehe. Rasa macam rindu nak belajar lagi. So joinlah kelas Khat ni. Ustaz yang mengajar pun kamceng jugak, ustaz rock gitu. Best jugaklah belajar sejarah awal tulisan khat, jenis-jenis tulisan khat, cara nak tulis tulisan khat dan paling best, belajar buat sendiri frame tulisan khat tu. Senang gilerrrr tapi memerlukan kesabaran yang sangat tinggi hehe. Nantilah saya buat entri lain ajar korang buat, okey? Sebab sekarang ni saya lupa-lupa ingat hehe.
sumber: koleksi peribadi (Tugasan Berkumpulan)-Karnival Kokum 2008-


Memang enjoy lah join kelas Khat ni. Walaupun tak seseronok member lain yang dapat travelling masuk kampung, tak secantik ayu comel member yang pandai menari, dan tak sehebat dan sesegak member yang join unit beruniform. Rasa satu kepuasan bila dapat belajar sesuatu yang jarang orang nak belajar hehe. Kenangan manis tentang khat ni yg paling saya tak boleh lupa, masa result nak keluar. Masa tu saya tengah ujian MUET. Tiba-tiba ustaz call dan bagitau nak jumpa sebab ada masalah result, ustaz nak pegi meeting dah nak bentang result student. Masa tu rasa nak nangis dah tau. Tapi masa tu tak sempat dah nak pulang ke UMS. So ustaz kata jumpa di KFC saja. Sampai je kat KFC, ustaz suruh ambil order then makan. Masa tu kitorang berenam.

Pelik tak? Rupanya ustaz saja nak kenakan saya. Rock tak ustaz kitorang? haha. Ustaz happy sangat sebab sepanjang dia mengajar kelas tu tak pernah lagi student dia dapat gred blablablabla. Sebab tu lah dia teruja then belanja saya makan KFC hahaha. Jangan jeles :P

*KATA HATI: Nak try buat lagi satu frame tulisan khat ni. Agak-agak saya dapat ingat lagi tak cara-caranya?huhu
Jom 'exchange link' ! & Jom join contest Alyaesprezzo dapat free domain )

Comments

yatie Awang said…
wahhh!!! betul ke tu, cantiklah sya

lain kali kakak bolehlah tempahkan? hihi
mykhalis said…
pernah gak dulu nk bljar.. tapi tulisan jawi pun lawa..segan nak belajar Khat la pulak.heh
iPai said…
wah .. masa saya muda-muda dulu, saya ada menyimpan cita2 nak belajar khat nie .. sebab saya rasa sangat cool ...


ia seakan2 macam orang yang suka buat grafiti kat dinding, haa, macam tuh laa saya suka khat ni ..
cik springs said…
aih kenar pande buat tulisan khat...cantik dear..u should teruskan..jgn lupa buat entry ajar caranya sekali k..
syiela said…
cantik la.ada bakat.. boleh teruskan.. InsyaAllah boleh buat duit sampingan
iMBobo said…
bagusnya dpt kemahiran seni khat ni..mesti dpt gred baik kn?:)
Acik said…
huhuu .. ustad memang rock! bes!
tahniah. memang cantik! hebat!
dwaty said…
awak memang kreatif la...berbakat... cantik sangat...
Bui Junaidi said…
kmk,jgn kan tulisan khat..tulisan jawi lagik kedak apa..hahaha
Salwa said…
cantik nyer. :D
merahitujambu said…
waa...kagum dgn bakat awk..=p
ILA HonEyBuNNy said…
rock la ustaz syaza...ciap lanja kfc lagik..ustaz ila xde gitu..hehe

lama dah ila xtulis tulisan khat....dah xpndai sgt da skrg...hehe...kanda cantik tulisn khat dia..
~AmyLiana8886~ said…
best kan kalau pandai wat tulisan khat nie..hehe
iPai said…
eh tak approve komen lagi ye ?
Redbloodsnow said…
mun mek dh da umah dikpun kelak...maok mek meli tulisan tok k hiasan dinding mek
Redbloodsnow said…
mun mek dh da umah dikpun kelak...maok mek meli tulisan tok k hiasan dinding mek
Tea said…
cantek ohh. serius. ;)
[sutera kasih] said…
@yatie Awang:
betul la kak hehe tak cayela tu kan? :P

ehhh jgn tempah dulu, sy tak ambil tempahan hehe sy kena ingat semula step by step baru dpt buat :P
[sutera kasih] said…
@mykhalis:
jawi dan khat lebih kurang saja..khat ni seni kaligrafi..mmg syok kalo dpt blaja :)
[sutera kasih] said…
@iPai:
sgt cool ekk ipai?
bkn setakat sgt cool..tapi seronok sgt..entahla, rasa sgt cantik kaligrafi khat ni..

sy sgt kagum kt org2 yg pandai tulis khat dgn kemas & chantek :)
[sutera kasih] said…
@cik springs:
ok kak springs..
kmk dh polah entri autopublish ajar cara ya esok pagi :)
[sutera kasih] said…
@syiela:
Insya'Allah..mmg teringin nk buat lg..takut terlupa abis plak cara buatannya..huhu
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
kalo belajar, siapa pun boleh buat sebab tulisan jawi kan tulisan kita :)
[sutera kasih] said…
@Acik:
ustad rock hehe
tak hebat sgt tu acik..ada lg kwn2 sy yg hebat, nnti sy share entri yg lain k :)
[sutera kasih] said…
@dwaty:
thanks dear :)
buat frame ni siapa2 pun boleh buat sebab mudah nk dipelajari..
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
iboh giya ehh kak bui hehe
boleh ya asalkan kita mok blaja :)
[sutera kasih] said…
@merahitujambu:
jgn kagum sgt sbb awk pun boleh buat frame tu :)
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
hehe ni ustaz ajar khat, mmg la rock cket hihi

sy rasa ila pun pandai tulis khat kan?ila x bgtau pun, sy dpt rasa ila reti buat hehe
[sutera kasih] said…
@iPai:
dah approve la ni hehe
kalo sy belum approve tu tandanya sy ada hal hehe
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow:
aok, kacak ya k hias d rumah kak :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …