Skip to main content

Apa yang saya dapat dari Karak? Terjemahan Ayat Kursi

sumber gambar: carian google

Terjemahan ayat 255, surah Al-Baqarah (Ayat Kursi):
"ALLAH, tidak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang dikehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar."

(Kursi-Nya: Sebahagian mufasir mengertikan dengan ilmu Allah, ada pula yang mengertikan dengan kekuasaan-Nya, dan ada juga yang menafsirkan lain.)
-Terjemahan ayat ini, ditaip semula merujuk tafsir Al-Quran-


Semalam baru lepas tengok filem Karak, walaupun saya agak ketinggalan hehe. Boleh tahan seram jugak filem tu ekk. Sebelum tengok, saya dah baca ulasan filem Karak kat SINI. Ternyata filem ini juga mempunyai mesej yang baik kepada penonton. Saya tak nak sentuh aspek lain berkaitan pembikinan, storyline atau kualiti filem itu. Tapi saya nak kongsi tentang apa yang saya dapat dari filem Karak. Adakah selama ini kita tahu dan faham terjemahan ayat Kursi yang kita baca dan hafal selama ini? Atau setakat hafalan semata-mata sebab takut dengan hantu? Atau menghafal sebab ustaz marah? Hantu pun gelak kan kita sebab dah lah baca tunggang langgang dlm ketakutan, tak tahu pulak maksud ayat yang dibaca huhu. Honestly, saya sendiri pun tak hafal bulat-bulat terjemahan ayat Kursi, tapi belajar untuk terus dan terus memahami terjemahan ayat Kursi. So, Sama-samalah kita memanfaatkan sisa waktu hidup yang ada ini untuk memperbaiki apa yang kurang dalam amalan kita :)


*KATA HATI: masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dashboard blogger.com yang baru hehe apa-apa hal pun, saya suka warna lembut (^__^)
-Himpunan 'links' ilmiah
-Cara semak senaraihitam PTPTN
-Jom 'exchange link' !

Comments

Zura said…
akak pun br tgk smalam...cerita yg pd akak xbape nk best tp ada pengisian tentang ayat kursi..
Aisyah Aina said…
tu la...selalu orang hafal je tapi maksud dia tak tau pape :)
ASaDa RyutaRo said…
lom nangga cik cerita karak tok.. mok nunggu balit ke malaysia jwak bok pat nangga kali.

sebagusnya ayat qursi jadi amalan setiap kali lepas solat 5 waktu. banyak fadhilat yang dapat selain mengelak daripada gangguan iblis.
yatie Awang said…
kakak pun belum tengok lagi....

sama2 kita selami maksudnya
Bui Junaidi said…
kmk salu baca ayat tok b4 tidur..*_*
AmirFX said…
Kmk lom tengok gik cita ya... Macam best jak..
sarah mohamad said…
walaupun kualiti nya tak berapa nak okay, tapi mesej citer tu sampai :D
~kiinaa~ said…
cite tu best jugak :P
HonEyBuNNy said…
besar fadhilat ayat kursi ka..

ila xtgk pun cerita neh.ila ne penakot ckit...hehe


ala..ila nya dashbod xtertukar pn lagi...napa eh..huawwaw
Shuk_ArChie said…
Uniknya.. maksud Shuk anda boleh dpt sesuatu drpd kisah seram... Kalau shuk tgk cerita seram dpt takut ja.. ~ huhu mungkin Shuk pelik kot.. Tapi betul la. Banyak yg boleh hafal ayat kursi tapi maksud x tau pon...
Faraa Eiman's said…
kiranye bbaloi la kan tgok karak
skrg nieyh rmai yg pandai hafal tp ta tao makna ea (:
[sutera kasih] said…
@Zura: akak pun baru tgk ekk smlm?samala kita..even cite tu agak cliche cket, tapi mesej nya sampai :)
[sutera kasih] said…
@Aisyah Aina: lumrah la tu..hehe tp skrg dh tahu kan, usahala utk ambik tahu & fahami maksud ayat kursi k :)
[sutera kasih] said…
@ASaDa RyutaRo: kmk beli cd jak, bok pat ngga..kelak balit, try la tgga..

yup, betul tu..thanks :)
[sutera kasih] said…
@yatie Awang: nti ada peluang, try la tgk :)

ya kak..sama2 kita selaminya..
[sutera kasih] said…
@OrAng_PeRLiS_mEnULiS: aahh betul tu, idea biasa tp mesejnya luar biasa :)
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi: bagus ya kak..Insya' Allah pendinding dirik..
[sutera kasih] said…
@AmirFX: ktk lom tgk ka?try la tgk..boleh tahanla best..
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: betul tu sarah..kalo tak sampai, tak la saya sedar hehe
[sutera kasih] said…
@~kiinaa~: yup..best & seram hehe
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: yup..semua ayat Al-Quran besar fadhilatnya jika diamalkan :)

ila tgk la, best karak tu hehe

dashboard sy dh betukar..kaler soft gilerrrr hehehe
[sutera kasih] said…
@Shuk_ArChie: tapi cerita ni tak seram sgt..muka hantu tu je hodoh semcm hehe
SchaNoorain said…
bole tahan seram gak cite Karak tu :/
[sutera kasih] said…
@SchaNoorain: aahhh..buruk bebeno rupa hantu dlm karak tu hhoho
iPai said…
tak tengok lagi .. wuhuuu .. tapi ada dialog kat trailer pasal org beriman tuh agak tersentuh di kalbu laa
[sutera kasih] said…
@iPai: nnti tengoklah kalo ada peluang k..yup, sy pun agak tersentak scene tu..ada pengajaran film tu

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …