Skip to main content

Nantikan Ana Lu' Lu pada 7Jun2011 [Sinopsis.Gambar.Video]

sumber gambar: carian google
Setelah 'terharu' dengan penutup drama slot Lestary (Asmara 2), rasa tak sabar tunggu 7 Jun 2011 nanti bukan sebab hari ingatan kelahiran, tapi sebab tertarik melihat iklan drama baru. Dalam iklan tu, pelakon Nora Danish yg sememangnya comel kelihatan nampak cute² dengan ikat rambut dua tinggi² macam budak tadika, make up dan fesyen pakaian pelik² macam 'Ugly Betty', pegang bunga² dengan penampilan yg cute² manja² childish gitu, dan ada pelakon Kamal Adli pulak..auchhh confirm BEST. Suka tengok lakonan Nora Danish, paling suka dulu tengok drama Puteri hehe
Sinopsis awal drama Ana Lu 'Lu
ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang. (sumber info: Budiey.com)

Barisan pelakon drama Ana Lu' Lu
Kamal Adli (Harris), Nora Danish (Ana Lu’Lu), Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, adik Putri Syasya Mashithah, Sharifah Shakinah(pelakon Mata Ayer), Cat Farish (Farid), Wawa Zainal, Adey Shafrien

Info berkaitan drama Ana Lu' Lu:
  • Drama TV3 Slot Lestary. Drama terbitan MIG.
  • Ditayangkan setiap hari selasa bermula 7hb Jun 2011 pada pukul 9 malam.
  • Video promo Drama Ana Lu' Lu klik SINI
  • Video temubual eksklusif bersama Pengarah drama Ana Lu' Lu, Pierre Andre klik SINI

Comments

Yuni Aisyah said…
cam best je...nak tgk nie...:)
Redbloodsnow said…
mek suka nora danish. KOMPOM mek diat drama tok kelak..hehe
Muhd Syukri said…
peminat crita ni ke? hehehe :)
[sutera kasih] said…
@Yuni Aisyah: best sgt..nora danish comel !!!
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: aok kak owhh..nya even dh jd mummy, tp still look so young !!
[sutera kasih] said…
@Muhd Syukri: peminat lakonan Kamal Adli & Nora Danish hehehe
Rahil Fauzi said…
suke citer nei..sgt sweet.. jgn lupa visit blog saya n follow me back..tq..suke blog awk,sgt comel..
http://rahilfauzi.blogspot.com
[sutera kasih] said…
@Rahil Fauzi:
thanks dear hehe

yup, suka tgk lulu dlm ceta ni, comel hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …