Skip to main content

Maklumat penting untuk para siswazah berkaitan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Salam my readers. Awak tahu tak apakah yang dimaksudkan dengan SL1M? Mesti ada yang tercengang² kalau tak tengok berita kan?cepat mengaku hehe. Tadi post di facebook pasal SL1M ni pun, ada kawan² yang tanya apa tu SL1M? Baru² ni iaitu 1 Jun 2011, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun melancarkan Skim Latihan Satu Malaysia iaitu dikenali sebagai SL1M. Tujuan utama SL1M adalah untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. Termasuklah saya yang masih menganggur, oh terima kasih atas langkah baik ini, kami siswazah yang menganggur sangat menyambut baik tawaran ini :)

Tetapi, skim latihan ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Ramai tu siswazah menganggur, tak boleh buat sekaligus nanti penuh pejabat-pejabat hehe. Siswazah yang terpilih akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat² berkaitan dengan kerajaan (GLC). Kira macam kita praktikal dulu² lah. Dibimbing dalam tempoh tertentu, kemudian sekiranya sesuai, akan diserap masuk di syarikat berkaitan tetapi boleh jugak cari kerja lain kalau awak nak.

Apa itu Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M)? Apa syarat kelayakan SL1M? Macam mana cara permohonan SL1M? Ada elaun atau gaji tak SL1M? Apa kemudahan/faedah sepanjang latihan SL1M? Kena pointer berapa boleh mohon SL1M? Kalau siswazah dah bekerja, boleh mohon SL1M tak? Senarai syarikat yang terlibat dalam SL1M? Siswazah bidang apa boleh mohon SL1M? Setakat ni, dah ada tawaran tak untuk SL1M? Banyaknya soalan di fikiran kita kan hehe sila klik link di bawah untuk info lanjut SL1M:

sumber gambar dan info: http://www.epu.gov.my/sl1m

*KATA HATI: Untuk peringkat awal ni, saya belum layak hehe. So kepada siswazah yang masih tanam anggur, silalah tengok-tengok apa yang patut (^__^)

Comments

anys said…
tq for the information.. :)

saya nk try la.. penat la tanam anggur hari2..hehehe
[sutera kasih] said…
@anys: you're welcome :)

try la..manatau ada rezeki..pntkan tanam anggur hehe
waN Mohd Salim said…
thnks info makcik ye
J.Syazwana said…
wah bagus ni. saya pon bakal menganggur ni. hehehe :P
Papa Mifz said…
harap kurang la masalah penganguran selepas ni yer...
[sutera kasih] said…
@J.Syazwana: yaka?nahh..bakal2 welcome to the club hehe
[sutera kasih] said…
@Papa Mifz: insyaAllah..harap2 cmtula :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …