Skip to main content

Kami suka lakonan Aaron Aziz :)

sumber gambar: fanpage Aaron Aziz

Salam comel semua :)
Demam drama Nora Elena sudah beransur sembuh kan sekarang? Semua tersenyum lebar kan sebab happy ending? hehe. Mesti awak awak awak dan awak berangan nak dapat awek cun melecun macam Siti Saleha a.k.a Nora Elena? Awak awak awak dan awak berangan siap mimpi-mimpi lagi kan nak dapat hubby macam Aaron Aziz? Ehh tu hubby Kak Diana tau..Dipersilakan anda berangan nak dapat hubby macam Seth Tan setelah kawen dengan Nora Elena okey? hehe. Memang mantaplah drama Nora Elena yg diadaptasi longgar dari novel terbitan Karangkraf, Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha. Kira boleh mengatasi penangan drama Nur Kasih agaknya kan? :)

Jom layan koleksi video dari youtube kat bawah ni, nak uji tahap kejiwangan anda setakat mana? Eleh jangan tipu diri sendirilah kalau tak rindu-rindu..bagus pendam rindu daripada menipu tak rindu, kan?hehe ehhh apalah yang aku merapu ni HAHA. Okey double klik saja link di bawah, ia akan direct terus ke video yang awak awak awak dan awak nak layan jiwang (^___^)

Koleksi terbaik video lagu OST Nora Elena
  • Dan Bila Esok (Sofaz) klik SINI
  • Berubah (Erry Putra & Reen Rahim) klik SINI
  • Ada Sesuatu Yang Berbeza (Sofaz) klik SINI
  • Terhenti Disini (Asfan) klik SINI
  • Jangan Kau Pergi (Erry Putra, Reen & Shajiry) klik SINI
  • Montage SC Compilation Nora Elena Part 1 klik SINI

sumber gambar: fanpage Aaron Aziz

ehhh tak puas lagi? Yela yela..okey, saya kongsi video eksklusif Aaron Aziz nyanyi lagu Falling in Love with You berduet dengan Jasmine. klik kat SINI tau. Boleh tahan jugak suara Seth Tan ni hikhikhik. Masa tengok filem Pisau Cukur lagi dah suka tengok lakonan Aaron Aziz. Ingat lagi tak drama Emil Emilda? Aaron Aziz berganding dengan Sharifah Amani. Urm, filem Evolusi KL DriftOmbak Rindu & Dua Alam  pun ada Aaron Aziz.  Ingat lagi tak drama Habil dan Qabil? Aaron Aziz berlakon jugak dengan Siti Saleha, tapi tak segempak drama Nora Elena kan hehe. Hahhh sekarang ni pulak tengah hangat filem KL Gangster lakonan Aaron Aziz jugakk famous dengan tagline 'Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam'. Lepas ni pulak, Aaron Aziz lagi muncul kat TV dlm drama Stanza Cinta..hahhh demam Aaron Aziz lahh jawabnya korang hehe [bestnya kalo Aaron Aziz singgah blog saya haha]

*KATA HATI: Suka semua OST Nora Elena..nak carik MP3 semua lagu tu hikhikhik

Comments

M Fizan said…
hahaha..tak habis2 pompuan terliur dengan fantasi cinta seth tan yang ada dalam imaginasi penulis saja tu..tak adanya kat dunia realiti nie..wish u best of luck dalam pencarian..kikiki
nik rosmawati said…
wah..minat aaron aziz rupanya :)
Yann Mazian said…
nurkasih dolok sik best gilak. adamaya sama taraf ngn nora elena tok.. hehehe.. :)
Hans said…
lepas ni demam Dewa Cintaku plak
mungkin

Maharaja Lawak Minggu 12
izaLis™ said…
dahla ensem..blakon pun cool ja.. caya la Aaron aziz !! hehehe
[sutera kasih] said…
@M Fizan: hehe memanglah tak ada tapi tak mustahil kan? awak pun mesti jugak nak impikan wanita idaman yg cukup pakej?tipulah kalo siapa cjp dia tak pernah berangan, tak normal tu hehe btw, thanks for the wish..amin hehe
[sutera kasih] said…
@Yann Mazian: owhh adamaya jgn ckp lah,boleh tahan juak penangannya dolok owh, plus ada si Mia comel !! :)
[sutera kasih] said…
@Hans: mungkin jugakkk..sbb ada FS kot haha
[sutera kasih] said…
@izaLis™: bkn hensem zaa..MACHO !!! gentleman lagi tu..awwwwww
meaw said…
ouh aaron aziz :D
suka lagu Asfan Terhenti Di sini tu.

btw, dulu tak pernah suka Aaron Aziz. Sejak tengok Nora Elena tiba-tiba terminat pulak. Hahahahah ;)

Traffik Meningkat Gara-gara Earning Nuffnang?
Far8 budak baik said…
wehh..aku minat gile kot ngan cite ni..pehh hepi ending kn..waaaa
alalala..nak aron aziz je mai blog dy..ni aron farid dah sampai..
hahahah =p
raihana said…
aawww...sy mmg peminat aaron aziz!!
hahaha
hemsemkan die..kalau lah ada bf mcm tu..=P
Dea said…
Peminat aaron aziz ka??.. hehe
tee said…
mana i boleh nonton emilemilda ye?
[sutera kasih] said…
@meaw: owhhh aaron ajis !!! :P
[sutera kasih] said…
@Miss Y and Her World: saya pun suka lagu tu !! kat asmara 2 pun ada lagu tu..mendayu je kan hehe

lakonan dia mmg mantap..plus his macho hikss
[sutera kasih] said…
@Far8 budak baik: me too !!!hehe nasib baik happy ending kan?kalo tak, mmg mogok hihi

mustahil dia nk mai blog sy yg picisan ni hehe..wahhh aron farid kamil ke?hehehe :P
[sutera kasih] said…
@raihana: wahhh peminat aaron aziz jugakk ekk..hehe
macho jekk hehe..cari jgn tak carik bf cmtu :P
[sutera kasih] said…
@Dea:peminat lakonan aaron aziz saja hehe
[sutera kasih] said…
@tee:drama tu dh lama...awk try cari di laman web TV3 atau di www.tonton.my atau try cari di youtube..
d_LA said…
alamak, sume ckp psl nora elena..terasa jakun jap sbb dla x tgk..dla ni kalo dr awal x tgk susah sikit rrr nak lekat
[sutera kasih] said…
@d_LA: ehh tak la smpai dLa jakun hehe..nti dLa tgklah kt utube kalo ada masa k hehe..
aaron aziz nmpak sgt cool dlm lakonan ni kn?
[sutera kasih] said…
@FIFIEY LYCHEE MARATION: yup sgt cool & macho !! hehe btw, thanks fifiey sudi singgah :)
siang malam termimpi2 Seth Tan tauuuu!
soooo romantic & gentleman! i love it! :)

OST tu semua hari2 i play..dah addict!! :D
[sutera kasih] said…
@♥GAdiSMeRaHJaMbU♥: hehe peminat aaron jgk ni yekk..yup romantik tu mmg xdpt dinafikan!! :P

ost ceta tu smua best2!!
sarah mohamad said…
semalam baru tengok KL Gengsterrr! memang best habis lakonan seth tan ni. hiks
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: saya tak tengok lagi uwaaaaaaaaaa ! :(

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …