Skip to main content

Drama Stanza Cinta TV3 [Sinopsis.Kupasan.Lagu Video OST.Pelakon]


Sinopsis ringkas drama Stanza Cinta TV3
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya...READ MORE HERE

Koleksi lagu OST Drama Stanza Cinta
Stanza Cinta - Dodi Hidayatullah klik SINI
Kisah Hati - Alyah klik SINI

Kupasan lengkap 'storyline' Stanza Cinta eksklusif by penulis novel Stanza Cinta
Kisah bermula dengan kehidupan Amni Sorfina yang bekerja sebagai muallimah/guru disekolah kebangsaan agama. Ia memaparkan pengalaman yang dilalui dan langkah baru dalam hidup Amni selepas tamat belajar di universiti dalam jurusan senibina. Turut diceritakan juga kisah persahabatan Amni yang terjalin atas nama Allah bersama Kak Bee.

Dan dalam episod ini turut diselitkan juga pengenalan watak Irfan, iaitu bakal tunang kepada Amni. Disini pembaca akan tertanya-tanya bagaimana Irfan mula hadir dalam hidup Amni. Ada beberapa persoalan yang mula dibangkitkan disini. Irfan bukanlah lelaki yang Amni impikan selama ini untuk dijadikan suami pilihan. Irfan bukanlah cinta pertama Amni. Terlalu sukar cinta Amni untuk diberikan kepada Irfan...READ MORE HERE

Para pelakon drama Stanza Cinta
Aaron Aziz sebagai Irfan Ikmal
Nur Fathia sebagai Amni Sorfina
Fizz Fairuz sebagai Taufiq Imran
Chomel sebagai kawan baik kepada Amni (lupa nama hehe)

*KATA HATI: episod pertama drama Stanza Cinta amat memuaskan, tapi rasa tak puas lah sebab sejam je kan, itu pun kalo dah tolak iklan, berapa minit je huhu kena tunggu ahad depan, wahhh lamanya lagi, sabar sajalah :D

Comments

Hans said…
episod pertama yang ku tengok nih boleh tahan best :-)

Syaitan Memang Durjana
orait! baca sinopsis cerita ttg cinta kat sini...wow, cm best je..

[PCL]
[sutera kasih] said…
@Hans: yup..betul2..pelakon pun mmg kira berpengalaman dh, so jln crita nmpk lancar :)
[sutera kasih] said…
@[p@kcikLie] : [ mamaDiana]: pakcik tgk x smlm cite ni?best hehe
diana said…
semalam tengok kejap drama ni kat kedai makan..:p
macam best..
best ke cerita ni ek? terlepas tengok lah semalam. kat Tonton dah ada ke? hmm kena tengok sebab ada Fathia ;)

Masih Belum Terlambat
Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin
[sutera kasih] said…
@diana: memang best dear :)
[sutera kasih] said…
@Miss Y and Her World: best best best hehe urm, xsure plak, rasanya dh ada kot..try la tgk k :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …