Skip to main content

Doa Amni Sorfina (Stanza Cinta)

Doa Amni Sorfina (Stanza Cinta)

Tuhanku . . .

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi bahagian daripada hidupku

Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting

Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu
ada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah

Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu

Seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku . . .
Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku



*KATA HATI: Amin..ya rabbal 'alamin..terjumpa doa ni masa singgah melawat di blog penulis novel Stanza Cinta, Nurull Halawati..bagus doa ini utk kita amalkan :) Permulaan yang baik drama Stanza Cinta TV3 tadi, tapi meresahkan sebab kena tunggu seminggu sekali je ditayangkan *sigh*

Comments

sarah mohamad said…
baru je tengok semalam. rasanya citer ni best jugak. tapi yg sedihnya seminggu sekali je :(
Redbloodsnow said…
mlm tdk ada mek diat cita tok..tp x pey hbis la..best juak cita tok ow :D
Zura said…
ini pun adaptasi dr novel jgak erk..
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: aahh sarah..rasa tak puas kan huuhuhu
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: best cita tok cz aaron best..awwwwwww :P
[sutera kasih] said…
@Zura: yup, adaptasi dr novel Stanz Cinta by Nurull Halawati
ASaDa RyutaRo said…
macam2 cerita baru d tv..

doa ya bagus... semoga bertemu dengan lelaki seperti yang dihajati..
izyan yasmin said…
suka aaron aziz :D
[sutera kasih] said…
@ASaDa RyutaRo: yup..macam2, terpulang dr penonton nk pilih yg mana satu huhu

yup..doa ya bgus..insyaAllah..amin..DIA dh tetapkan jodoh yg terbaek utk kita..usaha saja la :)
[sutera kasih] said…
@izyan yasmin: hehe lakonan dia bgus :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …