Skip to main content

Bagaimana cara awak melayan lelaki lembut?

sumber gambar: carian google

Salam pagi jumaat my readers :)
Lelaki lembut? Lelaki yg berjiwa dan berperwatakan perempuan. Janganlah panggil golongan ini dengan panggilan 'pondan'. Mereka juga punya hati dan perasaan cuma fikiran mereka bercelaru dan keliru dgn identiti diri sendiri. Siapa kita untuk menghakimi mereka? Majoriti mentaliti masyarakat sekarang memandang serong dan menyisihkan golongan sebegini. Kenapa? Kerana bagi mereka golongan sebegini menjijikkan, menggelikan, meloyakan tekak, golongan terkutuk, bernafsu songsang, tiada didikan agama dan sebagainya. Tapi, pernahkah awak dan awak semua menyelami perasaan mereka? Pernahkan awak cuba berlembut dan mendekati mereka? Tentu tidak kan? Boleh dikira dengan jari, hanya beberapa  bilangan individu sahaja yg ikhlas dan jujur berkawan dengan golongan lelaki lembut. Selebihnya lebih gemar mencemuh dan mentertawakannya.

Bukanlah saya memihak seratus peratus dan menyokong golongan sebegitu, tapi cuba untuk membuka minda awak dan kamu. Tidak ada gunanya kita mencemuh, kan lebih baik kita mendoakan mereka supaya dilembutkan hati agar kembali kepada diri mereka yg sepatutnya. Kalau kita dah berusaha menegur secara berhikmah dan memberi nasihat tapi dia masih tak boleh terima teguran, itu terpulang dengan dirinya sendiri. InsyaAllah, suatu masa nanti mereka akan berfikir untuk berubah :)


Banyak faktor sebenarnya yg menyebabkan mereka menjadi lelaki lembut, antaranya disebabkan faktor sekeliling, masa silam yg buruk, dendam dalam percintaan atau ekonomi diri. Jauh di sudut hati mereka tidak meminta untuk dilahirkan menjadi lelaki lembut. Bila dengar suara lelaki lembut, terus tuduh dia sotong. Bila lihat jari jemari lelaki tu melentik, terus tuduh itu pondan. Bila lihat lelaki tu pakai baju warna PINK, terus tuduh tu lelaki GAY. Sampai bila hidup suka nak menghakimi dan menentukan dosa orang lain?

*KATA HATI: tengahari semalam tengok rancangan Wanita Hari Ini, mereka membincangkan isu 'Dilema Anak Lembut'..memang kagum dengan ketabahan tetamu yg diundang semalam. Semoga beliau dilembutkan hati dan mendapat hidayah dariNYA..amin..

Comments

J.Syazwana said…
lelaki pakai baju pink comel lah.
heeee :P
Fathiah Hamim said…
most important thing, jangan hate dia. jangan judge dia.
HonEyBuNNy said…
kadang ila kesian tengok lelaki lembut neh...

apa la perasaan mereka kn..hehe..n diorg suka kwan dengan geng2 diorg....adoii la..
NuSaNa NoSa 91 said…
lyn mrk spt manusia biasa yg ada hati dan perasaan.. jgn nk kutuk ngan kritik je.. klu xsuka, diam.. diaorg pon ada perasaan.. =.=
Redbloodsnow said…
Mek suka berkwn dgn cdak pondan. coz bg mek cdak hapening n sincere..hehe. tp ya x menunjukkan mek support budaya pondan lah :D
Jahidih Saili said…
mereka perlu diberikan perhatian..moga2 kembali normal.
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: yup betul tu ila..dulu masa study, byk jgk golongan cmtu kt IPT..kdg2 dorg tu lg baek tau..tp tu la sbb dorg disisihkan, dorg lg suka bekumpul ngn geng2 yg sma mcm dorg..
[sutera kasih] said…
@NuSaNa NoSa 91: yeahh..thats true dear..jgn benci mereka tp tolong..
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: yala tek, sik la nk support budaya sidak, tp cara kita mok handle ya msti betul hehe
[sutera kasih] said…
@Jahidih Saili: yup..they needs perhatian actually..moga2 mereka kmbali normal..insya Allah..
Anum said…
hai
nice blog
salam perkenalan
follow me back, thanks
hani apandi said…
mek jujurlah,
buat masa tok mek sikda kawan ngan pondan.tapi pondan suka kmk pernah.sampei janji nak berubah untuk kmk.ya cerita lama.huhu.nektok nya tetap pondan.jaek na mek oh sik nerimanya.mun sik tek, genti nya dah jd lelaki sejati.hehe
bersama kak Es said…
tak tahu nak komen.
sebab ada bekas sutun ni , sekarang dah kembali jantan pernah minta org yg rapat perlu bertegas. Kalau perlu rotan, rotanlah .
[sutera kasih] said…
@Anum: thanks dear anum :)
[sutera kasih] said…
@hani apandi: wahhh gitu..hehe sik hal bh, sikpat dipkey hal ya..kita doakan jak nya akan berubah 1 day kelak :)
[sutera kasih] said…
@bersama kak Es: yeke kak?susah jgk kan nk hadapi golongan cmtu..apa2 hal, doakan je dorg kembali ke normal..
syaza kelyza said…
tak silap baju pink tu citer sutun kan :P


kadang2 tu lembut tak semestinya gay. hihi
yatie Awang said…
kakak pun ada kenal lelaki macam ni, anak jiran, kat rumah mak, kakak memang baik ngan dia, kakak tak peduli dia macam mana, asalkan dia masih tahu menhormati orang, orang macam ni, kalau kita buat biasa saja ngan dia, kalau dia jumpa kita kat man pun, dia pasti akan sapa kita....tak perlu kita nak hina orang macam ni, dia juga makhluk Tuhan yang punya perasaan
SYAFIQAHSALEH said…
geram tapi kdg kdg kesian gak :D
Bui Idzra Ryn said…
member kmk ada pondan,ada gay..tp x maok campur personal life cdak..sbb kita x layak nk judge cdak..allah maha mengetahui...
[sutera kasih] said…
@syaza kelyza: betul2..sutun la tu hehe

kdg2 kasar tak semestinya tomboy hehe
[sutera kasih] said…
@yatie Awang: betul tu kak..mereka juga punya perasaan. bkn kita nk sokong ke ape kan, tp ada cara yg terbaek utk kita bantu mereka, bukannya dgn mencemu, sbb tu akan buat mereka rasa tertekan dan semakin xnak berubah..
[sutera kasih] said…
@Bui Idzra Ryn: yup..kita xda hak nk campur personal life mereka..tp kita ada hak sebagai saudara seagama kalau seagama la, utk tegur dorang secara berhikmah :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …