Skip to main content

sucinya cintamu dan betapa mulianya hijabmu berbanding bikinimu

sumber: carian GOOGLE

Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 malam. Shah masih lagi mundar-mandir di dalam biliknya. Seketika kemudian, dia menjenguk keluar melalui tingkap biliknya. Kelihatan Insyirah tiba dengan sebuah kereta Myvi berwarna putih yang dipandu oleh seorang lelaki. Shah buntu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia sememangnya tidak mempunyai pilihan lain, selain menurut sahaja kehendak ibunya, Puan Kalsum.

“Abang Shah, mama kata tetamu dah sampai”. Laung Fatiha dari luar bilik.

“Abang tahu. Sekejap lagi abang turun.” Ujar Shah dari sebalik pintu.

“Abang jangan lama sangat tau”. Pesan Fatiha sebelum turun semula ke tingkat bawah.

Tidak lama kemudian Shah menyusuli adiknya. Wajahnya cuba untuk dimaniskan dengan senyuman yang sememangnya dipaksa. Ibu mengerling sekilas. Shah faham akan maksud isyarat mata ibunya itu. Shah nekad akan menurut segala kemahuan ibunya. Dia sendiri tidak faham kenapa ibunya suka sangat dengan gadis bernama Insyirah yang kini sedang berada di depan matanya.

Nak kata cantik, cantik lagi Nadia aku. Nak kata baik, baik lagi Nadia. Bukan aku baru kenal Insyirah hari ni. Dah banyak kali aku jumpa dengan dia tapi hati aku langsung tak berkenan dengan dia ni. Dia buat make over yang terover sekali pun belum tentu aku suka dengan dia ni. Tapi yang pelik tu, ibu, abah, adik, kak cik dan kak long suka sangat dengan dia.Entah-entah dia guna ilmu guna-guna kut supaya orang suka kat dia tapi kenapa aku still tak suka kat dia.Erm, persoalan yang belum ada jawapan.

Nadia. Sebaris nama yang telah sekian lama menghuni hatiku, sekian lama menemani mimpi-mimpiku, angan-anganku tetapi kini apa lagi yang ada pada sebaris nama itu. Segala angan-angan, segala impian yang kami bina bersama akan musnah jika aku tidak mempunyai ikhtiar lain selain menurut kata ibu. Kini Nadia menyepi tanpa sebarang khabar berita, mungkin merajuk dengan kenyataan yang telah aku ucapkan semasa kami bertemu buat kali terakhir. Pangggilanku tidak berjawab, pesanan suara ku juga sama, rasanya dah beratus mesej aku hantar kepadanya namun tidak juga berbalas. Kesian Nadia. Kejamkah aku?! Nadia, maafkan aku. Aku tidak bermaksud melukai hatimu namun keluarga adalah keutamaanku.

* * * * *

Peristiwa Insyirah datang ke rumahku atas pelawaan dan desakan ibu telah enam bulan berlalu. Selepas itu aku tidak pernah bersua muka dengannya. Kami hanya berhubung melalui telefon, itu pun apabila ibu menghubunginya. Akhirnya, aku mengambil kata putus untuk menikahi gadis bernama Insyirah. Gadis pilihan ibu dan juga pilihan seluruh ahli keluargaku. Aku sendiri tidak pasti akan perasaanku terhadap gadis bernama Insyirah namun setelah aku melakukan solat istikarah, inilah jalan yang telah ditunjukkan buat diriku. Walaupun berkali-kali aku melakukan solat tersebut untuk mengubah segalanya, hasil yang aku perolehi adalah sama. Allah SWT maha mengetahui atas apa yang berlaku. Allah SWT memberikan apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Oleh demikian, aku telah nekad untuk menikahi gadis bernama Insyirah untuk mendapatkan cinta halal di sisi-NYA.

Dengan sekali lafaz Insyirah Binti Mustafa sah menjadi isteri kepada Shah Izzul Fitri Bin Kamal. Tumpah juga air matanya tatkala majlis akad nikah selesai. Kini dia bukan lagi menjadi tanggungjawab kepada kedua orang tuanya tetapi telah menjadi tanggungjawab suaminya. Buat kali pertama, dia menyentuh tangan kasar Shah dan tunduk mencium tangan tersebut tanda kasih dan hormatnya kepada sang suami. Dia ikhlas menerima Shah seadanya. Dia akan menjadi seorang isteri yang solehah, itulah tekadnya. Ketika Shah mencium dahinya sambil memegang kepalanya ada satu perasaan halus yang sukar digambarkan dengan kata-kata olehnya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa berdebar dan gembira hatinya tatkala itu.

Kini, majlis tersebut telah hampir lima bulan berlalu. Puan Kalsum sering merisik khabar bila dia akan menjadi nenek. Insyirah hanya tersenyum dan kadang-kala menyuruh ibu mertuanya itu bersabar. Puan Kalsum sememangnya tidak sabar untuk menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup Insyirah dan anaknya, Shah. Bukannya dia tidak mempunyai cucu tetapi dia teringin sangat untuk melihat cucu dari benih anak lelakinya itu.

“Shah, ibu ni, rumah dah kata pergi, kubur pula dah kata mari. Bila agaknya ibu nak timang cucu ni?” Soal Puan kalsum berterus-terang.

“Ibu, ibukan dah ada cucu.”

“Ibu nak cucu dari Shah dengan Insyirah.” Pintas Puan Kalsum cepat.

“Tak ada rezeki lagi bu. Nak buat macam mana.”

“Shah kena usaha keraslah kalau dah ibu asyik tanya je ni” Ujar Encik Kamal yang sedari tadi hanya mendengar perbualan dua beranak itu.

“Yelah abah, shah usaha keraslah nanti.” Jawapan Shah membuat Insyirah tidak senang duduk. Wajahnya dirasakan panas. Kulit yang cerah bertukar warna menjadi merah jambu. Shah cuit hidung Insyirah yang duduk disebelahnya.

“Ala, menantu ibu dah malu dah. Abanglah ni buat menantu kita malu. Tengok tu, muka pun dah tukar jadi pink” Ujar Puan Kalsum sambil menggosok lembut bahu Insyirah.

Insyirah hanya diam seribu bahasa. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakannya saat itu melainkan hanya melemparkan senyuman. Seketika, anak matanya bertembung dengan anak mata Shah. Dia menjadi kalut ketika itu. Cepat-cepat dia melarikan pandangannya. Jarak mereka yang terlalu hampir membuatkan Insyirah gerun dengan renungan mata suami sendiri. Tiba-tiba Shah menggenggam erat jemari Insyirah seperti tidak ingin melepaskannya. Insyirah terpana buat sekian kalinya. Jantungnya berdetak hebat. Bermacam-macam persoalan timbul di benaknya ketika itu.

‘Ya Allah, ya Tuhanku, kau selamatkanlah hamba-MU ini. Amin’. Itu sahaja doanya di dalam hati.

“Abang Shah, tak payahlah nak romantik dengan kak Syirah kat meja makan ni. Sakit tau mata Tiha tengok.” Ujar Fatiha yang sejak tadi memerhatikan gelagat abangnya dari jauh.

“Abang romantik pun dengan isteri abang tau. Bukan dengan orang lain. Sibuk je Tiha ni. Kan sayang kan?!” Bidas Shah membela diri dari dikutuk adiknya sambil memandang Insyirah meminta sokongan. Namun Insyirah hanya tersenyum. Fatiha mencebik geram. Sememangnya dia tidak punya isi untuk membidas semula kata-kata abangnya itu.

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur, Insyirah segera mendaki tangga menuju ke biliknya. Dia bertembung dengan Shah di depan pintu. Shah menghalangnya dari masuk.

“Saya nak solat isyak ni. Dah lewat.”

“Tahu pulak lewat. Sebelum buat perkara lain, solat dulu. Solat lebih penting dari benda lain.” Ujar Shah tegas.

“Saya tahu.” Jawab Insyirah lembut dan ringkas. Dia tahu suaminya tidak suka dia melengah-lengahkan waktu solat.

“Melawan.”

“Saya tak melawan. Saya cuma cakap saya tahu saya lewat solat dan saya juga tahu saya silap dahulukan perkara lain sebelum mendirikan solat.” Tutur Insyirah memberi penjelasan terhadap salah faham tersebut. Dia tidak mahu dikatakan isteri yang melawan suami.

Shah mengerling Insyirah sekilas sebelum memberi laluan kepada Insyirah untuk masuk ke bilik dan dia meneruskan niatnya untuk turun ke tingkat bawah. Insyirah garu kepala yang tidak gatal.

“Nak solat tak panggil orang, dah tu orang lewat solat marah. Menjeling pulak tu. Juling kang, eh, jangan juling, laki aku tu wey.” Bebel Insyirah.

Usai solat, Insyirah melipat telekung dan sejadah dan meletakkannya di tempat biasa. Insyirah meneliti buku-buku yang terdapat di bilik tersebut. Dari satu rak ke satu rak tetapi untuk menyentuhnya tidak sama sekali. Bukan dia tidak tahu sikap Shah yang tidak suka barang peribadinya disentuh oleh orang lain. Akhirnya dia melabuhkan punggungnya di sofa hitam di penjuru bilik tersebut. Dia membaringkan tubuhnya buat seketika, merenung siling bilik tersebut, perbuatan Shah di meja makan tadi menari-nari dibirai matanya.

Shah menguak pintu biliknya dan menutup kembali setelah masuk ke dalamnya. Dipandang katil yang tidak berusik susun atur bantalnya membuatkan dia kehairanan. Dia tercari-cari kelibat sang isteri. Matanya tertancap di penjuru sudut bilik tersebut. Insyirah sedang lena yang mungkin juga disulami dengan mimpi-mimpi indah. Dia merenung Insyirah lebih dekat lagi. Dia mencempung tubuh Insyirah dan diletakkan di atas tilam empuk miliknya. Insyirah langsung tidak menyedarinya.

“Tidur mati rupanya.” Gumam Shah. Shah tersenyum sendirian melihat lena sang isteri yang tidak pernah disentuhnya sejak mereka diijabkabulkan. Ketegasannya dalam membuat sebarang keputusan selaku ketua tidak pernah dibantah oleh Insyirah. Insyirah hanya mendengar dan patuh kepada arahan-arahan tersebut. Kadang-kala hati lelakinya bersimpati dengan sang isteri tetapi egonya menghalangnya dari mempamerkan sifat simpati tersebut. Kesian Insyirah. Bukan dia tidak tahu Insyirah makan hati berulamkan jantung dengan perangainya yang suka ikut angin sendiri tanpa memikirkan perasaan Insyirah. Dia masih ingat lagi hari pertama mereka diijabkabulkan, dia telah memberi beberapa peraturan kepada Insyirah dalam kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri.


“Saya nak awak dengar dengan teliti apa yang saya ingin katakan. Awak harus sedar hakikat perkahwinan kita, bukan atas kehendak kita namun begitu saya nak awak patuhi undang-undang yang telah saya tetapkan. Pertama, apa pun yang terjadi antara kita, saya nak awak jangan pernah minta saya menceraikan awak. Kedua, apa pun yang awak lakukan, awak kena minta keizinan dari saya. Saya tak nak isteri saya tergolong dalam golongan orang yang nusyuz. Saya sekadar memberi peringatan kepada awak walaupun saya tahu ia adalah perkara basic dan sememangnya awak telah sedia maklum tentang hal tersebut.

“Dan undang-undang ketiga untuk awak patuhi, setiap masalah awak, saya tak benarkan awak meluah pada orang lain dan saya juga tak nak awak pendam masalah awak. Jelas?” Soal Shah inginkan kepastian pada saat itu. Insyirah hanya mengangguk tanda faham akan undang-undang tersebut.

“Jawab jelas atau tidak jelas.”

“Jelas.”

Deringan telefon bimbit telah mematikan ingatannya pada peristiwa sudah. Nama Nadia tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia mencapai telefon tersebut dan segera menekan butang hijau. Kakinya melangkah ke balkoni biliknya dan seketika kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi yang sememangnya terdapat di situ. Hubungannya dengan gadis itu tidak pernah putus walaupun telah menikahi Insyirah, isterinya yang masih berstatus dara itu. Setelah selesai berbicara, Shah membuang pandang ke arah susuk tubuh yang sedang lena d atas tilam itu. Dia menarik nafas dalam, kemudian menghembus perlahan.

* * * * *

Sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah A32 Blok Kenari. Insyirah keluar dari perut teksi tersebut sambil menjinjit beg plastik. Pintu rumah ditolak perlahan sambil mengucap salam. Dia tahu, Shah berada di dalam rumah tersebut. Ternyata tekaannya tepat. Shah yang duduk di kerusi, merenung tajam ke arahnya.

“Maafkan saya.” Ucapnya perlahan seperti tahu akan maksud renungan itu.

“Kenapa tak cakap dengan saya, awak nak keluar?” Soal Shah dengan nada yang mendatar. Insyirah berpaling semula.

“Erm, saya tak dapat nak contact awak.” Jawab Insyirah ringkas dan meneruskan niatnya untuk ke dapur. Dia tahu, Shah tidak suka jika dia membuat sesuatu tanpa pengetahuannya. Itu termasuk dalam undang-undang yang telah ditetapkan oleh Shah suatu ketika dahulu.

Siap menghidang makanan tengahari, Insyirah memanggil Shah untuk makan bersama. Seperti biasa, Insyirah hanya memasak dua jenis lauk dan sejenis sayuran dan buah sebagai pencuci mulut pada tengah hari itu. Shah, hanya memandang Insyirah tanpa sebarang bicara. Matanya lebih tertumpu pada tangan Insyirah yang tercedera.

“Kenapa dengan tangan tu?” Soalnya ketika Insyirah menyendukkan asam pedas ke pinggannya.

“Ermmm, errrr..”

“Saya nak penjelasan selepas solat zohor nanti. Makanlah.” Ujar Shah apabila dilihatnya Insyirah seperti berat hati mahu menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya. Jika ibu tidak menelefonnya bertanyakan perihal Insyirah mesti dia tidak tahu tentang perkara itu. Dia hanya menjawab seadanya tanpa mengulas lebih lanjut tentang keadaan Insyirah kerana sememangnya dia tidak mengetahui langsung hal itu.

Usai solat Zohor berjemaah, Shah sudah menanti penjelasan dari Insyirah manakala Insyirah pula seolah-olah tidak mahu memberikan penjelasan tentang perkara itu. Shah mula berang dengan sikap tak acuh Insyirah.

“Saya nak penjelasan.” Ucapnya tegas. Nafasnya turun naik dengan sikap Insyirah yang mula membelakangkannya sejak sebulan yang lalu.

“Luka sikit je. Tak payah nak risaulah.” Ujar Insyirah lembut tapi begitu menyentak hati Shah. Shah merenung dalam wajah mulus di hadapannya.

“Lagi.”

“Err,,tu jelah. Dah bubuh ubat, nanti baiklah.”

“Betul?”

“Betullah. Takkan saya nak tipu awak pula.”


“Saya tak kata awak tipu tapi saya rasa penjelasan tu tak cukup. Saya nak keputusan lepas solat isyak nanti. Awak fikirkanlah sama ada nak berterus-terang atau terus berahsia dari saya.” Tegas kata-kata Shah dan terus berlalu meninggalkan Insyirah yang masih lagi tidak pasti dengan keputusannya.

Usai solat Isyak, Insyirah melipat kembali telekung dan sejadahnya. Dia menarik nafas dalam apabila melihat Shah seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui perkara sebenar. Belum sempat Insyirah membuka mulut untuk memberi penjelasan, Shah terlebih dahulu memulakan bicara.

“Saya tak tahu apa yang awak nak sembunyikan sangat dari saya. Awak dah tahukan apa kemahuan saya. Saya ulang undang-undang yang berkaitan dengan hal kita sekarang. Saya tak benarkan awak meluah masalah awak pada orang lain dan saya tak nak awak pendam masalah awak sendiri. Apa pun masalah awak, awak kena luah pada saya. Awak tak puas hati, awak sakit hati pada saya, luahkan pada saya. Awak marah sangat dengan kawan awak, masalah kerja awak, awak perlu beritahu saya. Saya tak nak awak mengadu pada orang lain selain saya. Awak nak menangis sekali pun, saya tak benarkan awak menangis sendirian apatah lagi di hadapan orang lain selain saya. Saya tak suka awak menagih simpati orang lain dengan masalah dan air mata awak. Faham?!” Ujar Shah tegas. Insyirah hanya menangguk. Matanya hanya tertancap memandang lantai. Shah masih tidak puas hati dengan tindak balas yang diberikan oleh Insyirah.

“Pandang saya.” Pinta Shah. Insyirah masih lagi memandang lantai tanpa tindak balas kepada permintaan Shah.” Pandang saya, sekarang.” Pinta Shah lagi yang lebih kepada arahan. Shah akhirnya memegang dagu Insyirah dan mengangkatnya perlahan. Ternyata isterinya sedang berendam dengan air mata. Insyirah menyeka air matanya yang keluar bagai empangan pecah. ”Beritahu saya, kenapa?”. Shah menekankan perkataan kenapa tersebut agar Insyirah boleh memberitahunya apa yang berlaku pada dirinya.

“Sa...arrr..ya...rrr..min...ma..af.. Sa...” Pohon Insyirah dalam esak tangis yang tiada kesudahannya. Hanya air mata yang semakin deras menjadi jawapan kepada persoalan Shah sebentar tadi. Shah menjadi tidak keruan dengan situasi tersebut. Ketika itu, dia mempercayai betapa hebatnya air mata seorang wanita. Dia sememangnya tewas ketika itu namun dia cepat-cepat menyedarkan dirinya bahawa dia tidak boleh tewas dalam permainan itu. Dia harus tahu apa sebenarnya berlaku. Dia mahu Insyirah jujur dengan dirinya tanpa ada sebarang rahsia.

“Saya nak dengar jawapan bukan nak dengar awak menangis.” Di biarkan Insyirah buat seketika. Namun kini, esakkannya kian kedengaran. Melihat air mata Insyirah yang jatuh bagai air hujan mencurah ke bumi, dia tidak sampai hati untuk menggunakan taktik kekerasan untuk mengetahui jawapan kepada persoalannya sebentar tadi.

“Saya benci perempuan menangis depan saya.” Ujar Shah tegas seraya menarik tangan Insyirah menuju ke bilik air dan mengarahkan Insyirah untuk membasuh mukanya.

“Saya nak jawapan.” Ujar Shah ringkas dan serius.

“Saya minta maaf.” Ucap Insyirah perlahan sambil menyeka air matanya. Insyirah menarik nafas dalam mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.

“Saya minta maaf, keluar tanpa izin. Tadi Nadia ajak saya keluar nak bincang tentang kita.”

“Tentang kita?!” Dahi Shah berkerut seribu.

“Tentang awak, dia dan saya. Saya tahu kedudukan sebenar saya di hati awak. Saya tahu hubungan awak dan Nadia. Nadia pun dah buat pengakuan dengan saya. Saya tak de hak nak halang perhubungan awak dengan dia sebab saya sedar status isteri hanya pada sehelai kertas. Namun sebagai isteri, saya tak nak awak terus hanyut dengan Nadia tanpa sebarang ikatan yang sah. Saya tak nak awak terus dibelit dengan dosa tanpa awak sedari.” Insyirah menarik nafas dan jarinya menyeka air mata yang merembes keluar tanpa henti.

“ Sekiranya awak nak menikahi Nadia, teruskanlah jika itu dapat membahagiakan awak. Tentang saya awak tak perlu risau. Saya hanya mengikut keputusan awak. Jika awak rasa mampu berlaku adil, kekalkanlah status saya tetapi sekiranya awak tidak mampu.....” Insyirah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Tidak terucap oleh bibirnya perkara yang satu itu kerana dari dasar hatinya penceraian bukanlah kemahuannya.

Tiada kata yang mampu terucap di bibir Shah ketika itu. Akhirnya dia meraih Insyirah ke dalam dakapannya. Insyirah menangis semahunya di dalam pelukan hangat sang suami sehinggakan baju yang dipakai oleh Shah ketika itu basah bagai disimbah dengan segelas air. Bukan itu sahaja, malahan Insyirah turut terlena di dalam dakapan itu.

’Menangis teresak-esak macam aku kaki dera, lepas penat menangis boleh tertidur sehingga tersedu-sedan di dalam tidur. Macam budak-budak.’ Itulah yang bermain difikiran Shah ketika itu. Perasaan bersalah dan simpati menerjah ruang hatinya. Jangkaannya terhadap Insyirah yang dilihat lemah lembut dan dirasakan seorang yang akan patuh tanpa sebarang bantahan sedikit meleset kerana dia dapat merasakan Insyirah tahu apa yang dikehendakinya dalam hidup. Dia merenung Insyirah yang sedang tidur dengan sisa sedu-sedan itu. Mengelus rambut panjang milik Insyirah dan seketika kemudian dia mengucup lembut ubun-ubun wanita itu sebelum merebahkan diri di sebelah Insyirah.

Selepas bersarapan pagi, Insyirah segera mengemas dan membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Shah merapatinya. Insyirah mengerling sekilas.

“Betul ke awak izinkan saya berkahwin dengan Nadia?” Soal Shah tanpa ayat mukadimah terlebih dahulu. Kelihatan Insyirah mengangguk perlahan tetapi masih meneruskan kerja-kerjanya.

“Saya tanya jawab.”

“Saya dah cakap semalam tentang hal ni. Semuanya terpulang pada awak. Tapi bagi saya, seeloknya awak kahwin dengan dia daripada diri terus bergelumang dengan dosa. Maaf, jika ayat saya terlalu biadap tapi saya perlu katakannya.”

“So, awak macam mana?” Soal Shah ingin kepastian.

“Usah risau tentang saya. Saya okay.”

“Ye ke okay?”

“Saya sedar siapa saya. Teruskan dengan niat awak.” Ucap Insyirah seraya berpaling ingin meninggalkan Shah.

“Awak tak jealous ke nanti?” Soal Shah dan menghentikan langkah Insyirah

“Tipu kalau saya kata saya tak jealous. Sebagai perempuan apatah lagi title isteri yang saya sandang tapi nak buat macam mana jika itu untuk kebahagiaan suami sendiri.” Ujar Insyirah perlahan cuba menahan sebak di hatinya dan terus berlalu meninggalkan Shah bersendirian di ruang dapur.

Tiga puluh minit kemudian, Insyirah muncul semula bersama sebuah beg pakaian. Dia berdiri tenang di hadapan Shah walaupun matanya lembap dan sembap kerana asyik menangis dari semalam. Shah yang leka menonton, mencerlung memandang Insyirah.

“Saya harap awak izinkan saya untuk melangkah keluar dari rumah ni.”

“Saya tak izinkan. Awak nak pergi mana?”

“Saya nak balik rumah mama dan ayah saya. Izinkanlah dan restuilah perjalanan saya. ”

“Tapi kenapa?”

“Nak tenangkan fikiran dan mungkin juga nak beri waktu dan kesempatan untuk kita fikir sebaiknya hala tuju rumah tangga kita yang sebenar.”

“Berapa lama?”

“Seberapa lama yang boleh. Sehingga kita masing-masing menemui jawapan. Izinkanlah saya keluar dari rumah ni.” Pohon Insyirah lagi

“Saya izinkan tapi sekiranya awak ingin kembali ke sini, kembalilah pada bila-bila masa yang awak suka.” Tutur Shah dengan nada bersahaja.

“Saya pergi dulu.” Insyirah meminta diri sambil menghulurkan tangannya kepada Shah. Dia tunduk mencium tangan Shah.Shah memegang lembut kepalanya.

“Nak saya hantarkan?” Soal Shah kemudiannya

“Terima kasih. Tak perlu, saya naik teksi je.” Shah hanya mengangguk

Lima minit kemudian Insyirah sudah hilang dari pandangan mata dengan menaiki sebuah teksi. Shah menghembuskan nafas kasar. Fikirannya berkecamuk. Lain di hati lain pula yang terluah di mulutnya. Dia mengeluh. Dia berharap, Insyirah akan pergi seketika sahaja.

“Kenapa gelisah ni Shah? risaukan Syirah?” Soal Puan Kalsum kepada Shah yang asyik mundar-mandir sedari tadi.

“Eh, takdelah bu. Syirah nak habiskan banyak waktu dengan family dia, jadi Shah bagi jelah. Shah pun banyak kerja kena buat kat office tu. Jadi tak de bendalah nak di risaukan”

“Ye ke banyak kerja?” Soal Puan Kalsum Sinis sambil tersenyum mengejek.

“Yelah.”

“Tapi ibu tengok dah seminggu dok termenung sana, termenung sini, mendongak sana, mendongak kat sini, mencongak sana, mencongak sini. Shah gaduh dengan Syirah ke?” Teka Puan Kalsum

“Eh, taklah.” Shah menafikan tekaan ibunya.

“Ibu, kak Syirah kirim salam dengan lafaz assalamualaikum.” Beritahu Fatiha yang baru sahaja muncul dari tingkat atas.

“Waalaikumusslam.”

“Kak Syirah sihat?” Terpacul soalan tersebut dari bibir Shah.

“Eh, isteri sendiri tapi tanya ngan orang. Suami ke apa ni?!” Canda Fatiha namun ia amat memilukan hati Shah.

“Saja jelah nak tahu dari mulut adik ipar dia.” Sangkal Shah cepat takut dihidu oleh ibunya.

“Kak Syirah telefon ke?” Soal Puan Kalsum pula kepada Fatiha.

“Takdelah. Borak ngan dia kat FrenzyFM.”

“FrenzyFM?”

“Ha a FrenzyFM, radio online Malaysia, mesti gempak punya. Kak Syirah kan suka dengar radio tu. Tiha selalu mesej ngan dia kat sana.

“Orang sekarang ni guna facebook je nak tanya khabar.”

“Alah bang, facebook ke friendster ke, twitter ke, frenzy ke fungsi sama je. Cuma kat frenzy kita boleh dengar lagu. Boleh request lagu kalau de DJ bertugas.” Terang Fatiha. Segaris senyuman terukir di bibirnya kerana dia yakin Shah tidak akan dapat membidas kata-katanya.

“Erm, apa nama radio tu?”

“FrenzyFM bang. F.R.E.N.Z.Y. F.M tau. Jangan salah spelling. Dah tu abang kena register tau. Klik sign up je kalau nak register.”

“Abang tau. Ingat abang ni buta internet. Bu, Shah naik atas dulu. Malas nak layan budak kecil ni.” Ujar Shah seraya berdiri.

“Ala malas nak layan ke nak usha kak Syirah kat Frenzy.” Sakat Fatiha


“Tak kuasa la nak usha wife sendiri.” Ujarnya perlahan dan meneruskan langkahnya menuju ke tingkat atas. Fatiha hanya mencebik.

“Jangan lupa add Tiha tau. Tiha cute.” Jerit Fatiha walaupun kelibat Shah tidak kelihatan lagi.

Hampir dua minggu Insyirah berada di rumah keluarganya. Kehidupannya seperti biasa. Persoalan daripada isi rumah itu hanya dibiar sepi. Tidak mengiyakan dan juga tidak menidakkan segala telahan mereka. Yang nyata, dia berada di rumah itu dengan izin suaminya, Shah Izzul Fitri Bin Kamal. Rutin hariannya masih seperti sebelum ini cuma kini dia lebih banyak termenung dan mendengar FrenzyFM, radio online Malaysia itu. Manakala akaun Facebook langsung tidak disentuh. Mendengar celoteh penyampai radio yang bertugas itu sedikit sebanyak mencuit hatinya yang sedang berduka. Lagu pulanglah nyanyian Awi Rafael yang sedang berkumandang itu mengasyikkannya. Dia menyanyi kecil mengikut bait-bait lagu itu. Lirik lagu yang sedikit sebanyak merupakan luahan isi hatinya.

“Kepada pendengar yang ingin meluahkan rasa cinta, rasa sayang, mohon ampun dan maaf atau sebagainya tetapi malu untuk melafazkannya, saya sudi menjadi orang tengah kalian. Anda boleh meminta lagu dan taipkan dedikasi anda di ruangan yang telah disediakan. Saya akan tunaikan permintaan lagu dan membacakan dedikasi anda.” Kata-kata DJ Kayrul Ong yang bertugas petang itu membuatkan Insyirah tersenyum sendirian.

’Erm, best juga kalau dia buat dedikasi untuk aku kat sini’. Bisik hati Insyirah. Terdetik juga hatinya untuk membuat permintaan lagu pada petang itu namun dipendamkan sahaja. Dia lebih berminat menjadi pendengar dan kaki scodeng pada petang itu. Matanya membulat membaca peti mesej yang terdapat di dalam inbox FrenzyFM.

Saya ada buat permintaan lagu khas untuk awak. Harap awak dengar, hayati dan fahami lirik lagu tu.

Insyirah mengerutkan dahinya. Sebaris nama pengirim mesej tersebut disebut berulang kali. Iszarul. Cuba mengingati sesuatu tetapi hampa. Seperti biasa dia tidak membalas sebarang mesej yang masuk kecuali mesej adik iparnya, Fatiha.

“Lagu yang akan saya putarkan sebentar nanti adalah permintaan dari rakan kita yang bernama Iszarul dengan ucapan beliau, lagu ini ditujukan khas buat Insyirah a.k.a Puteri Berduka. Diharap selepas ini awak tidak akan berduka lagi dan pulanglah ke pangkuan saya. Kini kita dengarkan lagu permintaan Iszarul khas buat Insyirah, Aishiteru atau pun menunggumu dari Zifhilia. Hanya di FrenzyFM mesti gempak punya!!!”

Insyirah tenang mendengar lagu tersebut. Cuba menghayati lirik dan mencari maksud yang ingin disampaikan oleh Iszarul. Dia pasti Iszarul adalah Shah Izzul Fitri iaitu suaminya. Dia tersenyum sendirian dan setitik demi setitik mutiara jernih mula membasahi pipinya. Dia menyeka lembut apabila mengingatkan dedikasi yang dibacakan oleh DJ yang bertugas sebentar tadi.

“Diharap awak tidak akan berduka lagi. Ya, aku tidak akan berduka jika kau tidak membuat aku berduka Shah Izzul Fitri.” Bisik Insyirah perlahan.

Lagu Aishiteru berkumandang lagi pada sebelah malam apabila Iszarul meminta lagu itu diputarkan dan dedikasinya masih sama seperti petang tadi namun bezanya kali ini dedikasi dibacakan oleh DJ Fisau. Tepat 12.00 tengah malam, sekali lagi Iszarul meminta lagu yang sama dan dedikasi yang serupa yang ditujukan khas buat Puteri Berduka apabila DJ Epik berkeudara pada malam itu.

Shah masih cuba menyampaikan mesej menerusi lagu Aishiteru tersebut. Dia berharap Insyirah akan mengerti akan maksudnya. Hari berganti hari, namun Insyirah tidak memberikan tindak balas. Hampir kesemua penyampai radio di radio online itu telah membacakan ucapannya buat Insyirah, isteri tersayang. Bermula dengan DJ Kayrul Ong, DJ Fisau, Dj Epik, DJ Fadzlee, DJ Akimz, DJ Far Across Havoc, DJ Sweet dan petang tadi DJ Iema telah menunaikan permintaannya namun Puteri Berduka masih tidak memberikan tindak balas.

Malam itu, genap sebulan dua belas hari, Shah menjadi ahli keluarga FrenzyFM. Pada malam itu, DJ DakMuo yang sedang bertugas untuk menemani semua pendengar FrenzyFM telah membuat satu panggilan hangit vs hangus terhadap salah seorang pendengar FrenzyFM iaitu Seri Mahsuri yang kononnya sedang merajuk membuatkan Shah ingin menelefon Insyirah. Ingin dipujuk isterinya itu agar kembali ke pangkuannya namun egonya sebagai seorang lelaki masih terlalu tinggi untuk melakukan hal tersebut.

“ Lagu seterusnya yang akan saya putarkan pada malam ini adalah lagu Pulanglah nyanyian Awi Rafael yang diminta oleh pendengar kita yang bernama Puteri Berduka dengan ucapannya lagu ini ditujukan buat Iszarul. Sila hayati lagu ini. Adakah ini lagu jawapan kepada Iszarul yang sering menujukan lagu Aishiteru buat Puteri Berduka? Kepada Iszarul hayatilah lagu ini. Selain itu, lagu ini juga diminta oleh rakan kita yang bernama Khayla Irdina dengan ucapan beliau lagu ini untuk semua pendengar FrenzyFM. Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi, mari kita dengarkan lagu permintaan dari Puteri Berduka dan Khayla Irdina, Pulanglah, Awi Rafael. Hanya di FrenzyFM, mesti gempak punya.

Shah terpana seketika namun cuba memahami lirik lagu tersebut. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Ikut hatinya, mahu sahaja dia menyuruh DJ DakMuo membacakan dan memutarkan lagu itu berulang kali.

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada


Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday

Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)
Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Runaway…

Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Usai solat subuh pagi itu, Shah terus bersiap-siap dan turun bersarapan pagi. Puan Kalsum tersenyum melihat kelibat Shah yang sedang enak mengunyah nasi goreng.

“Anak ibu nak pergi mana segak-segak ni?” Soal Puan Kalsum

“Erm, pergi rumah mak mertua.” Jawabnya jujur

“Jemput Kak Syirah a.k.a Puteri Berduka la tu.” Sampuk Fatiha yang baru muncul dari arah dapur sambil tersenyum lebar melihat abangnya.

“Tiha, jangan menyampuk kalau orang tua sedang bercakap.”

“Yelah Iszarul. Abang pujuk Kak Syirah tu elok-elok tau. Pastikan Kak Syirah bagi jawapan secepat yang mungkin. Jangan sampai berbulan pula nak tunggu jawapan cam kat Frenzy tu.” Bebel Fatiha tanpa menghiraukan isyarat yang ditunjukkan oleh Shah.

“Ibu dah agak dah, mesti Syirah merajuk tapi tak nak ngaku. Kenapa dah berbulan, baru nak pujuk isteri tu.”

“Bukan baru nak pujuk bu, abang dah pujuk sebulan yang lalu dah tapi kak Syirah yang tak bagi respond. Tapi semalam cam dah de respond baik, tu yang orang tu semangat tu, awal pagi lagi dah nak pergi rumah mertua dia. Mesti semalam abang ulang lagu Awi Rafael tu banyak kali sebelum tidurkan?!” Usik Fatiha nakal.

“Tiha ni boleh tak tutup mulut tu. Doakan anak ibu ni berjaya.” Ujar Shah sambil tunduk bersalaman dengan Puan Kalsum dan Encik Kamal.

“ Wish you luck bro.” Ucap Fatihah sambil mengenyitkan matanya. Shah hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu.

Insyirah yang sedang leka mengemas rumah, terkocoh-kocoh ke halaman rumah apabila terdengar bunyi pantingan gitar.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani

hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan

saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..

banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali….

Insyirah melopong seketika melihat suaminya beraksi di halaman rumah. Menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan walaupun sedikit sumbang pada halwa telinga Insyirah namun pada masa yang sama dia bersyukur. Dia berharap lirik lagu itu menyampaikan makna yang amat mendalam buat mereka.

Shah mendekati isterinya. Insyirah menghulurkan tangannya dan disambut oleh Shah. Insyirah mencium tangannya dan seketika kemudian Shah mengucup lembut ubun-ubun Insyirah. Air mata yang tadinya umpama gerimis kini bagai hujan lebat menimpa bumi. Shah mendakap erat isterinya.

“Abang datang, nak ajak Syirah balik tinggal dengan abang.” Tutur Shah

“Nadia?” Soal Insyirah. Namun soalan tersebut hanya dibiarkan oleh Shah tanpa sebarang jawapan.

“Nadia macam mana?” Soal Insyirah lagi. Dia benar-benar ingin tahu keadaan sebenarnya. Shah masih juga mendiamkan diri. Sengaja menguji Insyirah. Genggaman tangannya mula dileraikan oleh Insyirah namun Shah masih lagi mencengkam erat jemari itu.

“Kenapa nak tahu pasal Nadia?” Soal Shah sambil merenung tepat ke dalam anak mata Insyirah.

“Saya berhak tahu.” Jawab Insyirah lembut tetapi tegas.

“Nadia ada kat rumah tapi awak jangan risau, awak tetap yang pertama.” Ujar Shah bersahaja. Insyirah menarik nafas dan terasa berat untuk dihembuskan kembali.

“ Saya tak bersedia lagi.” Tutur Insyirah dan ingin berlalu meninggalkan Shah. Shah tergelak melihat tingkah Insyirah itu.

“Abang gurau jelah sayang. Syirah satu-satunya isteri yang abang ada. Maafkan abang.” Tutur Shah sambil mengucup lembut tangan isterinya. Kemudian, air mata Insyirah dikesat lembut dengan hujung jarinya.

“Jahat.” Insyirah mencubit lembut lengan suaminya.

“Manja.” Shah mencuit hidung Insyirah. “Abang berjanji akan menjaga dan membahagiakan Syirah dan insyaALLAH akan menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kita nanti.

DUA TAHUN KEMUDIAN….

Shah leka melayan karenah anak kembarnya, Muhammad Hafizuddin Muhaimin dan Nur Diyana Amalina yang sedang bermain di ruang tamu rumah mereka. Melihat kelibat Insyirah keluar dari dapur sambil memegang secangkir teh membuatkan dia bingkas berdiri dan segera mengambil cawan tersebut dari tangan sang isteri yang sedang sarat mengandung anak ketiga mereka.

“Terima kasih.” Ucap Insyirah.

“Terima kasih kerana masih rajin buatkan abang minuman.” Ujar Shah perlahan sambil membantu Insyirah melabuhkan punggung di atas sofa. Insyirah hanya tersenyum dan menggosok lembut tangan suaminya. Setiap hari dia berdoa agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan mendapat rahmat dari-NYA.

‘Terima kasih pada-MU ya Allah kerana telah memberikan aku peluang menikmati cinta halal di sisi-MU. Semoga kebahagian ini terus berkekalan hingga akhir hayat kami. Amin.’ Doa Shah Izzul Fitri di dalam hati.

Hasil Karya,
Cuadiey
13 April 2011
8.18 pm
sumber: note FB Kasieh Azieah



Sara Bokker, dahulunya adalah seorang aktres, model, pelatih fitness dan seorang aktivis. Kini beliau adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.

Sebelum memeluk Islam, beliau juga seperti gadis-gadis lain di Barat yang berpakaian mendedahkan aurat, hidup bebas walaupun sering mengalami konflik jiwa. Setelah disapa hidayah dan memeluk Islam, beliau terus berubah sehingga tidak berkesanggupan lagi menanggalkan pakaian sempurna yang menutup aurat. Kehidupannya masa lalu adalah kehidupan penuh hina dan keaiban. Cahaya Islam yang menyelebungi hidupnya kini menyebabkan beliau benar-benar kenal diri, kenalPenciptanya dan tahu batasan-batasan dalam hidup seperti yang digariskan dalam Islam untuk dipatuhi.

Lebih jauh dari itu, beliau sendiri pula yang turut berjuang dalam hidup untuk menyedarkan para wanita lain agar berpakaian menutup aurat, memerangi dakyah jahat musuh-musuh Islam dalam hal berpakaian terhadap wanita, tingkah laku sebenar kaum wanita yang perlu dijaga selalu supaya tidak diperbodohkan sebarang pihak agar beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Ikutilah pengakuan ikhlas beliau sendiri seperti yang disiarkan dalam web www.marchforjustice.com.

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lainnya dan terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai selatan Miami, di sebuah tempat popular bagi pencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang selalu dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya memerhatikan penampilan fizikal dan daya tarikanku, mengukur nilai reputasiku dan banyaknya perhatian orang lain padaku.

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut dan menjadi pengunjung setia pantai yang suka mempamerkan tubuh serta berjaya mecapai taraf kehidupan yang penuh bergaya dan berkelas.

Tahun-tahun yang lalu kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tingginya aku menggunakan daya tarikan kewanitaanku. Ketika itu, aku sesungguhnya menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Aku sesungguhnya telah menjadi tawanan kerana kehendakku sendiri.

Di celah-celah kekosongan antara kepuasan diri dan gaya hidup makin melebar maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, dengan mengikuti meditasi, menjadi aktivis, dan belajar kepercayaan-kepercayaan alternatif dengan tujuan agar celah-celah kekosonganku itu terisi dengan berbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu hanya seperti ubat pelali sahaja yang sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001.Sebagai saksi atas kejadian serangan berterusan pada Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam dan adanya pengisytiharan negatif mengenaiAktivis Salib Baru, aku terpanggil untuk mulai memperhatikan suatu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti khemah, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan sebagai orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pandang bulu.

Kemudian aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

Sekarang, kegiatan harianku sudah sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara berpilih, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya makna semua yang dicipta Allah adalah setaraf. Tetapi yang sangat penting aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dalam penciptaan.

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran dan kemudian minatku terbangkit lebih dalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan penciptaan itu sendiri.

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebutIslam, yang membawa aku hidup damai sebagai Muslim yang memberi manfaat.

Aku membeli sebuah gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian Muslimah dan dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan mall semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya aku berasa suatu kedamaian yang sangat berlainan berbanding dahulu.

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sangat menyenangkan kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

Dari semua tempat itu, aku menemui Islamku tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai pusat skandal di bumi, bagaimanapun membuat semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan Hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai Niqab (penutup muka), kerana melihat ramaiMuslimah yang mengenakannya. Aku bertanya kepada suamiku yang juga seorang Muslim, yang bernikah denganku setelah aku menjadi Muslimah, apakah aku boleh mengenakan Niqab atau cukup dengan Hijabku yang sekarang yang kukenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan bahawa dia percaya bahawa Hijab adalah sebuah kewajipan, namun tidak denganNiqab. Ketika itu, Hijabku terdiri daripada penutup kepala yang menutupi seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar yang disebut sebagai  Abya yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

Satu setengah tahun berlalu, aku mengatakan kepada suamiku bahawa aku ingin mengenakan Niqab. Alasanku kali ini bahawa aku berasa lebih menyenangkan. Allah Yang Maha Pencipta, dan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli Isdaal, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan Niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Tidak lama media mulai memberitakan tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang Hijab, apalagi Niqab, yang bagi orang lain tampak sebagai bentuk yang sangat kejam terhadap wanita, juga dianggap gangguan dalam pergaulan. Baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai tanda-tanda kemunduran.

Aku menganggap kemunafikan besar sedang berlaku apabila beberapa pemerintah Barat dan juga kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak-hak wanita. Seketika beberapa pemerintah negara lainnya memaksa penggunaan peraturan berpakaian yang tertentu untuk wanita.

Sekalipun begitu, Pejuang Kebebasan melihat sisi lainnya ketika wanita kehilangan hak-haknya, tidak dapat bekerja,belajar, hanya kerana memilih untuk menggunakan haknya untuk mengenakan Niqab atau Hijab.

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan Hijab atau Niqab untuk keluar bekerja dan mendapat pendidikan di sekolah atau universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morokko dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

Ketika ini, aku masih tetap menjadi aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis wanita Muslim yang menyeru para Muslimah untuk mengambil tanggung jawab mereka memberi dokongan semampunya kepada suami agar menjadi Muslim yang baik,membesarkan anak-anak mereka agar menjadi Muslim yangjujur dan bertanggung jawab sehingga mungkin nanti dapat menjadi cahaya untuk kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patutmemperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan Niqabatau Hijab demi menyenangkan Yang Maha Pencipta, apapun yang kita pilih.

Juga penting, untuk membahagi pengalaman memakai Niqabatau Hijab kepada rakan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakanNiqab atau Hijab bagi kita dan alasan-alasan kita sehingga dengan penuh cinta, kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan Niqab adalah muallaf Barat, sebahagian dari mereka bahkan belum berkahwin. Yang lain mengenakan Niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

Apa yang umumnya kita miliki adalah bahawa semua itu adalah pilihan peribadi setiap orang atau pilihan masing-masing, yang tidak satupun dari kita yang ingin untuk menyerahnya.

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gayaberpakaian minima sehinggalah tanpa pakaian langsung secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi dimanapun di dunia ini.

Sebagai seorang bekas non-Muslim, aku tetap menuntut hak-hak wanita yang sama-sama mengetahui mengenai Hijab, kebaikan-kebaikannya dan kedamaian serta kebahagianyang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi kepadaku.

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang sesungguhnya membebaskanku dari kepercayaan-kepercayaanku dan sebagai manusia biasa.

Tiada apa lagi yang lebih menggembirakanku kerana telah menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku dan menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu adalah alasanku untuk memilih mengenakan Niqab dan bersedia mati membela hakku yang tak mungkin dicabut untuk mengenakannya.

Hari ini, Niqab adalah simbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai Hijab, aku boleh berkata, “Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri…”

Kepada penguasa peradaban yang rasuah dan sentiasa didalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata, “Teruskanlah
sumber:

*KATA HATI: ni adalah repost dari blog koleksi ilmu sutera syaxa kat SINI :)

Comments

Anisa Hang Tuah said…
seindah hiasan adalah wanita solehah.
wah hebaknya tajuk mu neee.. ;) sensasiiii ^--^
[sutera kasih] said…
@♪..aq[daN]pUteraku..♪: hebat hebat jgk..jgn lupa dibaca hehe
yet, still not all Muslimah aware why they must to cover their aurat.

for them, Liberate means they could do anything what they want. But they're wrong because Allah well-knowing.
Far8 budak baik said…
subhanaALLAh..
waaaa...nasib aku bukan wanita..
huh
deAnza-wAnda said…
semulia hijapmu... hurm i like...
[sutera kasih] said…
@Ariffin Khomeini: yup, its true..semoga suatu hari nnti mereka yg berfikiran liberal dlm menutup aurat menerima hidayah dariNYA..
[sutera kasih] said…
@Far8 budak baik: kalau awk bkn wanita, nasihatlah wanita yg berada di sekeliling kamu :)
[sutera kasih] said…
@deAnza-wAnda: me too..tersentuh bila baca artikel ni, sbb memikirkan diri ini yg kdg2 alpa dgn anugerah yg telah dikurniakan..
fadh leyanie said…
bukankah baik menutup aurat dari membuka..:)
HonEyBuNNy said…
ila suka entry neh....

semoga diri ini menjadi wanita solehah....amin...
[sutera kasih] said…
@fadh leyanie: yup betul..nak coklat berbungkus cantik atau nak coklat yg dh terdedah dgn debu??renung2kan :)
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: amin ila..amin ya rabbal 'alamin :)
mykhalis said…
bila dah datang hidayah..
[sutera kasih] said…
@mykhalis: bersyukur kpd yg beroleh hidayah dariNya.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …