Skip to main content

Siapalah SAYA tanpa KAMU: SELAMAT HARI GURU!!

CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL (KINDERGARTEN) BDS: 1993
 Di sinilah saya mula belajar mengenal huruf ABC, nombor 123, membaca, mengeja, melukis, dan menyanyi hehe. Masa ni sorang saja kawan melayu saya, budak lelaki yang hensem awwww...yang lain semua bermata sepet ngee tapi semuanya baik-baik belaka, termasuk para gurunya, walaupun saya sorang saja berkulit gelap dalam kelas, tapi tidak wujud diskriminasi okey haha..saya masih ingat paras wajah guru kelas tadika tapi lupa pulak nama sebab lama dah kan, THANKS SO MUCH to all my teachers at there..

SRB RAKYAT TUPONG, KUCHING & SK PENGALAT KECIL, PAPAR 
& SUI PENGALAT KECIL: (1994-1999)
Masa sekolah rendah, saya berpeluang untuk belajar di dua sekolah yang berlainan persekitaran, budaya dan bahasa tempatan. SUI tu sekolah ugama petang setiap hari. Its great !!! Masa darjah satu, sangat sukar untuk saya catch-up pelajaran sebab dulu sekolah cina kan, pening-pening lalat sikit.Alhamdulillah dengan berkat kesabaran para guru di sekolah rendah itu telah membantu dan sangat membantu saya untuk cepat 'pick-up' pelajaran.TERIMA KASIH para guru di sekolah rendah..alhamdulillah di peringkat UPSR & SRU, dengan berkat doa dan usaha para guru semua, saya berjaya dengan cemerlangnya :)

SMKA KOTA KINABALU, SABAH (2000-2007)
Alhamdulillah saya menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di sebuah sekolah yang sangat-sangat banyak mendidik jiwa rohani dan jasmani termasuk akademik. Saya menghabiskan waktu dari tingkatan 1-6 di situ. Pelbagai kenangan pahit dan manis yang saya perolehi di situ. Jalan itik, berdiri di padang malam2, dirotan, dimarah, semua denda tu telah memberi banyak kesan mendalam dalam diri, mula-mula memang rasa sakit, tapi akhirnya ianya membawa seribu makna dalam hidup hehe. Sangat merindui suasana dan kenangan asrama di SMAKK, sangat-sangat rindu :') paling dirindui adalah kata-kata nasihat dari guru-guru yg disayangi..terlalu banyak senarai nama guru yg hendak saya coretkan, biarlah ianya terpahat di dalam hati saya...kenangan di SMAKK sangat2 berharga..SYUKRAN JAZILAN kpd semua warga pendidik SMAKK..tanpa kamu semua, saya tidak akan berjaya dengan cemerlang dlm PMR, SPM (tak cemerlang sangat sebab kesilapan sendiri huhu) dan STPM..guru-guru SMAKK adalah yang TERBAIK :)

UMS (2007-2010)
Terima kasih bapak sebab membuat pilihan yang terbaik untuk diri ini mencebur bidang media. Masa buat pilihan kemasukan ke universiti, pilihan pertama saya adalah pendidikan islam UKM, tapi saya hanya mampu sampai ke peringkat temuduga. kecewa sikit. alhamdulillah, saya ditawarkan dengan pilihan kedua iaitu komunikasi UMS yang dicadangkan oleh bapak saya. sebab itu bidang dia. saya cuba, mula-mula tu agak susah jugak nak 'catch-up' sebab itu bukan bidang yang saya minat huhu tapi alhamdulillah berkat doa ibu bapa, orang sekeliling dan paling penting bimbingan serta galakan dari kalangan pensyarah di SSS, telah membantu saya untuk menamatkan pengajian..TERIMA KASIH kepada para pensyarah di situ. All of you are the great teachers :)

Kepada sahabat sahabat tidak kira kawan-kawan, rakan-rakan, friends, bestfriends, bestfriends forever, encik boo dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar saya secara tidak formal dan tidak langsung, TERIMA KASIH yang tidak terhingga, kerana kamu juga adalah GURU saya di luar kelas. semoga jasa baik korang akan dibalas dengan kebaikan :)

Mereka berdua adalah GURU terbaik saya sepanjang hidup saya. dari saya keluar dari rahim mak sehinggalah sekarang, mak dan bapak lah guru yang paling banyak mengajar saya erti kehidupan. mereka yang banyak mengajar saya dalam banyak hal. TERIMA KASIH mak, TERIMA KASIH bapak :)

Akhir sekali, SELAMAT HARI GURU buat para guru saya dan guru-guru di Malaysia, dan juga para rakan blogger yang bergelar seorang guru..dan jugak Cikgu Shida hihi :) Tanpa guru siapalah kita semua...jangan pernah lukai hati seorang guru jika anda ingin mencapai kejayaan dalam hidup :) I LOVE MY TEACHERS.

Comments

Guru Amat Bermakna...Tanpa Guru Kita tidak akan jadi Insan yang Berguna...Selain Ibu Bapa Yang Mendidik....Guru Yang Ketiga Paling Penting Okey...Hargailah Guru Anda..
yup...perkataan guru terlalu universal....selamat hari guru untuk semua....
Amni said…
serius dasata rajin kitak polah entri.. mek nangga follower pun masyukkkkkk...... before this mek nangga 500++.... tapi tok dah 630+=.... wahhh..... taraffic masyuk sik deng? heheheh
[sutera kasih] said…
@Isteri @ Ibu Cute: betul tu kak..sesiapa yg [rnah mengajar kita walau satu huruf, itulah GURU kita..
[sutera kasih] said…
@nadia ar-rumaisha: pengalaman jgk guru terbaik kita :) selamat hari guru semua
[sutera kasih] said…
@Amni: hehe sik prasan kmk hal trafik yaa, kmk jarang ngga trafik..suk kedirik jak blogging, then blogwalking hehe..thanks, kmk suka blogger kedak ktk, sentiasa update ngn blogger lain hehe i love you la amni :P
shandye. said…
kalau nak susun dan senaraikan semua individu yg telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses pembelajaran sy setakat ni rasa-rasanya tak terkira la kot byknya...

apa2pun...

just nk shout out selamat hari guru kepada those yg pernah jd che'gu kepada sy... especially che'gu2 kat SK Bukit Gelugor, SM Penang Free School dan lecturers/tutors kat UiTM Kedah dan UKM Bangi.

i <3 uols semua!!!
bunga said…
selamat hari gru..

tanpa guru siapalah kita..
Ain Zulaikha said…
ibu dan bapa juga seorang guru kan :) terima kasih semuanya :)

sutera cara nak buat komen tu cuba google almansuqie kat situ ada tutorial sebab saya dah tak ingat cara nak buat hehhee
[sutera kasih] said…
@shandye.: betul tu shandye..kalau nak sebut satu persatu, memang tidak terkira banyaknya..apa2 pun, selamat hari guru buat guru2 kita semua :)
[sutera kasih] said…
@bunga: betul tu..tanpa guru, siapalah kita pada hari ini..
[sutera kasih] said…
@Ain Zulaikha: betul..mak bapak lah guru pertama kita :) terima kasih semuanya!!

owh..okey2, nnti saya google hehe tq ain :)
alinac lover said…
cikgu hri ni dpr byk hadiah la kan hehehe
[sutera kasih] said…
@alinac lover: hehe hadiah dr bdk2..kalo bdk tadika, lg comel2 je hadiah dorg
Cik Bunny said…
dah lama meninggalkn sekolah.I miss my school,teacher and friends ;__;
[sutera kasih] said…
@Cik Bunny: samalah kita huhu rindu zaman belajar T___T

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …