Skip to main content

Review buku: Bumi Cinta (Habiburrahman El Shirazy)


Hari ni saya nak berkongsi review buku Bumi Cinta, hasil tulisan indah Habiburrahman El Shirazy. Seorang novelis no.1 indonesia. Sangat kagum dengan hasil karyanya yang berunsurkan dakwah dan mampu membangunkan jiwa kita. Buku ni memang tebal, saya menghabiskannya lebih kurang seminggu huhu memang berbaloilah dengan harganya. Rugi tak baca hehe.Tak percaya?okey, saya akan kongsikan sedikit ulasan tentang part² dlm cerita ni yang menarik! :)

Antara bab-bab yang menarik perhatian saya dan dapat banyak info:

BAB Dialog di Stolovaya
Persoalan Dr.Annastasia Palazzo kepada Muhammad Ayyas berkaitan perlakuan umat islam menunaikan ibadat solat, doktor muda tu berpendapat ianya perlakuan bodoh dengan menyembah batu empat persegi yang dipanggil kaa’bah sebanyak lima kali sehari. Ayyas tidak berprasangka buruk sebab doktor muda tu tiada pengetahuan asas tentang agamanya, so Ayyas menjelaskannya satu persatu dengan beberapa dalil dan hujah yg bernas.

BAB Aku beriman bahawa Tuhan itu ada!
Yelena seorang gadis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, walaupun dia telah mengalami peristiwa buruk yang hampir meragut nyawanya, namun Yelena tetap tegas mengatakan bahawa Tuhan itu tiada. Namun setelah mendengar hujah-hujah Ayyas berkaitan ilmu tauhid , menyebabkan hati Yelena bergetar lalu mengakui kewujudan Tuhan!

BAB Tuhan tidak mati!
Ayyas dijemput oleh Dr.Annastasia sebagai penceramah ganti seminar di Fakulti Kedoktoran MGU. Tajuk seminar tu ‘Tuhan bagi Manusia di Era Moden’. Hujah-hujah Ayyas dalam seminar tu mampu mematahkan hujah salah seorang penulis terkenal di Rusia yang bertuhankan ilmu pengetahuan dan teknologi. Bab ni memang sangat menarik, hujah-hujah Ayyas sangat kukuh, saya pun tersentuh membacanya..

Bab Jenis-jenis Ateisme
Yelena dan Linor meminta penjelasan lebih lanjut berkaitan apa yang telah Ayyas hujahkan ketika di seminar lepas. Ianya berkaitan fahaman Ateisme. Fuhh banyak jugak jenis fahaman itu rupanya, tapi point utama fahaman tu tetap sama iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Bab Allah Maha Melihat
Linor menganiayai Ayyas dengan memasang perangkap agar Ayyas dituduh sebagai pengganas yang melakukan pengeboman. Masa saya baca bab ni, terfikir sesuatu berkaitan tuduhan dunia bahawa Islam itu terrorist, mungkinkah jalan cerita ini menyamai dengan tuduhan di dunia reality ni?Wallahualam..huhu.Ayyas digoda oleh Linor seperti kisah Nabi Yusuf digodai Zulaikha..nak tahu kesudahan godaan Linor?korang kena belilah buku ni hehe *macam promoter pulak ahakss*

Bab Pergi ke Kiev & Bab Kau lah bayi Palestin itu
Linor merupakan salah seorang orang kuat ejen Zionis. Dia dididik dari kecil dengan fahaman Zionis Israel. Sebab itulah dia sangat membenci agama Ayyas. Dalam bab ni, Linor pulang ke rumah menjenguk ibunya, tanpa disangkanya, ibunya menyampaikan suatu berita yang telah memberi tamparan hebat kepada diri Linor. Masa baca bab ni, saya rasa sangat sakit hati dan simpati dengan nasib rakyat Palestin yang diseksa dan dibunuh dengan kejam! Siapakah Linor sebenar?sekali lagi, korang kenalah baca buku ni hehe

Bab Saat Rusia Berbicara
Sekali lagi, Ayyas telah dijemput untuk berdiskusi dalam ‘talkshow’ di salah sebuah stesen penyiaran terkenal di Rusia. Persoalan seorang gadis berambut perang yang masih keliru dengan agama mana yang harus dianutinya, jadi dia meminta agar Ayyas meyakinkannya tentang kebenaran Al-Quran dan firman-firman Allah s.w.t benar-benar dapat dibuktikan. Saya amat kagum dengan hujah yang disampaikan oleh Ayyas walaupun hanya membaca buku ni, saya dapat membayangkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis ni sangat bermakna. dan berunsur ilmiah dakwah. Ayyas membawa pendekatan ilmu sains dan firman Allah s.w.t , Ayyas memberikan tiga point sahaja iaitu;
1) Kewujudan Atom 
2) Keutuhan Jasad Mumia Fir’aun 
3) Tumbesaran Janin.
 Ketiga-tiga kejadian itu sudah pun Allah perjelaskan di dalam Al-Quran sebelum wujudnya kecanggihan ilmu sains yang menemuinya. Saya yang membaca pun sangat kagum apatah lagi seseorang yang tiada asas pengetahuan Islam, insyaAllah akan merasa indahnya Islam :)

Enam bab terakhir iaitu Sujudlah kepada Allah, Hidup lebih bersifat Kemanusiaan, Kalimah syahadah, ketika musim bunga datang, manusia baru dan BUMI CINTA, memang sangat-sangat indah!!Adakah Yelena, Linor dan sahabat baik Ayyas tetap hidup bergelumang dengan dosa?Adakah Ayyas bertemu jodoh dengan Dr.Annastasia?

Jawapannya, korang kenalah beli novel Bumi Cinta (^___^)v

Tahniah kepada penulis buku Bumi Cinta, kerana telah berkongsi sesuatu yang sangat istimewa, bermakna dan mampu mendidik setiap jiwa pembacanya..!!

*KATA HATI: Islam itu agama yang indah :)

Comments

Amni said…
kang abid adalah penulis yang paling mek minat.... sik pernah mek ninggal buku nya.. nang suma mek kumpul.. hehheheheh
[sutera kasih] said…
@Amni: best owhh!!!kmk baruk 1st time baca bukunya, before tok tgk2 cmya jak bukunya dak AAC,KCB yaa hehe
HonEyBuNNy said…
sutera minat membaca jugak eh..

nanti bila ila g kedai buku..ila cari buku neh..tertarik baca ulasan sutera tentang buku neh...


cinta yg sejati hanya pada Allah dan Rasul kan...;-)
deAnza-wAnda said…
kene bli neh... hi dear.. how are you??
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: yup..sy suka baca buku sblm tido, apa2 buku jnji buku hehe..

yup, ila kena baca buku ni..rugi tak baca..sgt best..bkn je dpt blja hal keagamaan, bila kita baca buku ni, kita dpt tau sejarah rusia, sejarah pnduduk palestin di gaza, kita rasa mcm kita di rusia !!
[sutera kasih] said…
@deAnza-wAnda: belilah wanda..buku yg bagus :)

hai too dear..sy mcm ni je hehe
ABU said…
wah best..ni dlm bahasa malaysia atau bahasa indonesia..kang fining aku baca
J.Syazwana said…
huuu lama gila dah tak sentuh novel.
:(
[sutera kasih] said…
@ABU: dalam bahasa malaysia :) mmg best..saya brani jamin..hihi
[sutera kasih] said…
@J.Syazwana: apakata skrg awk sentuh hehe isi ms lapang
waN Mohd Salim said…
perghhhhhhhh cantik dah blog ni huhuhuhu
HonEyBuNNy said…
okies....nanti ila cari...

sutera...kita da add lom FB?maaf kalau ila lupa..hehe..add ila...

search ne ila delarossa....;-)
[sutera kasih] said…
@waN Mohd Salim: thanks..simple2 saja bah :)
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: try lah carik d MPH k :)

rasanya belom..okey, nnti sy add ila k..(alamak, segan pulak sbb sy baru je post kata2 ila kt FB..kantoi suda hehe suka ayat ila tu..kazen sy smpai suruh sy post kt wall dia)
xder masa nak membace skang nieh...
shandye. said…
dah tahu pasal novel ni. blom sempat rembat je lg. huhuuhuhuhuhuhuh....
bunga said…
bunga suka baca ni..hehe..
Amni said…
baca tak buku nya nak lain.. serius best..=)
Redbloodsnow said…
mek nak beli wak buku tok eh :D
hurm..baca novel..lagi le pCL menguap..huhu..
[sutera kasih] said…
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫: masa tu ada, kita yg kena pndai cari masa sesuai utk membaca hehe
[sutera kasih] said…
@shandye.: rembatlah cepat..best!! :)
[sutera kasih] said…
@bunga: bunga dh baca ekk?best kan bunga :)
[sutera kasih] said…
@Hans: filem mihrab cinta pun sy tak tgk lg..KCB & AAC dh..kwn2 ckp buku2 dia smua best..kan..
[sutera kasih] said…
@Amni: buku dia yg ni 1st buku dia hbis kmk baca..buku nk lain2 penah tgk mcm2 ya jak, time ya gik gago blaja tek nk, sik pian mek nk bc novel hihi
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: beli lah kak..best ehh..mun ktk lom nemu, tggulah kmk balit cnun, kmk pinjamkn ktk hehe
[sutera kasih] said…
@[p@kcikLie] : [ mamaDiana]: hehe pCL tak minat kot tu la menguap
Syafiq Rosli said…
nice sharing..mcm best je..
[sutera kasih] said…
@Syafiq Rosli: yup..best buku ni..try la baca..
fadh leyanie said…
bumi cinta akan ku cari dikau di toko buku ^^
[sutera kasih] said…
@fadh leyanie: hehe selamat mencari & membaca ^^
.fariza. said…
ditranslatekn full ke Malay ke bhasa indon?
[sutera kasih] said…
@.fariza.: translate full ke malay..sy beli di MPH..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …