Skip to main content

Layakkah perempuan sepertiku menjadi seorang isteri solehah untuk suamiku kelak?

 *BOLEH DIABAIKAN ENTRY PANJANG LEBAR NI 
KALAU RASA DIRI BUDAK BAIK (macam memaksa kan?hehe sememangnya)*
'Boleh sent MMS gambar you?rindulah kat you', sang jejaka memujuk.

'Err, i malu lah. Muka i bukannya comel pun', jawapan manja si gadis.

'Ala you ni, sejak kita kenal, you tak pernah tunjukkan gambar you, you sayang i tak ni?', sang jejaka menjawab dengan nada merajuk.

'Alululu, okey² sayang. you nak i posing macam mana?, tanya si gadis.

'Urm, suka hati you lah. Janji boleh ubat rindu i kat you, boleh buat i cair' pujuk rayu si jejaka.

'Okey, tunggu kejap tau. Confirm malam ni you tak dapat tido tengok gambar i', jawab gadis tanpa segan.

klik² (bunyi snap gambar) Si gadis mengambil gambar dirinya bersama hiasan nasi lemak 50 sen. diambil gambarnya dari pelbagai posisi. sambil dikepit sana dikepit sini sengaja ditonjol. klik² atas, bawah, kiri, kanan. 'wahh cute jugakk aku ni ekk hehe'

Jejaka: You, i cairlah tengok gambar you ni. i geramlah..you cute sangat!

Gadis: Eh tak lah, i biasa ja lah hehe

Jejaka: Boleh tak i request?Tu pun kalau you sayang i lah..

Gadis: Mestilah i sayang you, nak apa sayang?

Jejaka: I geramlah tengok you..boleh tak kalau....

Gadis: boleh tak apa?hehe

Jejaka: Malam ni tido, i nak peluk² you?

Gadis: You ni mengada tau, kita kan jauh, macam mana you nak peluk i?nakal la you ni hehe

Jejaka: boleh lah?okey?hehe

Gadis: boleh sayang..i ni kan milik you totally, dari hujung rambut sampai hujung kaki i, you yang punya.

Jejaka: i love you !!

Keesokan harinya. Si gadis escape sekolah semata² nak chatting dengan buayafriend kesayangan. Tak ingat dunia lagi dah si gadis masa tu, maklumlah nak main webcam. hias lawa² seksi meksi gitu, sayang punya pasalkan.

Berchatting dan berwebcam lah si gadis dengan si jejaka tanpa ingat batas pergaulan walaupun melalui webcam internet. sangkaan mereka, 'ala, dalam alam maya je pun, tak sentuh² jugak, tengok je'..nikmat sesaat yang seksanya seumur hidup. Terlalu ikutkan nafsu muda, tak ingat lagi kesan di kemudian hari..lalu hanyutlah si Gadis dan si Jejaka dalam khayalan dosa yang tiada berkesudahan.

Bila jemu, si Jejaka mula menjauhkan diri dari si Gadis. kerana baginya 'ah, perempuan macam tu senang betul aku 'makan', tak mustahil bila dia dengan lelaki lain pun macam tu, tak ingin aku nak jadikan bini, entah² sebelum aku pun, dia dah buat camtu dengan lelaki lain'.

Sedarkah si gadis?Kesian..si gadis terlalu sayang hingga sanggup menggadai maruah kepada seseorang yang belum tentu menjadi suaminya. Kalau si jejaka itu bukan jodohnya, alangkah malunya diri si Gadis bila berhadapan dengan suaminya kelak. Lelaki mana mahukan perempuan yang sudah 'tidak suci' lagi?walaupun tak pernah melakukan zina yang sebenar²nya, tapi perempuan yang sudah 'berzina' melalui telefon bimbit, webcam, SMS lucah, panggilan telefon lucah, adakah anda sebagai lelaki mahukan perempuan sebegitu?

Tapi, jangan hanya pandang serong dengan si Gadis. Lihatlah juga si jejakanya. mana sifat tanggungjawab? sudah habis manis, sepah dibuang sebegitu sahaja. sudah puas merasa nikmatnya, dibuangnya jauh² dari hidupnya. Alasan? 'maaf, aku bukan lelaki yang baik untukmu, kau seorang perempuan yg baik, aku hanya seorang bajingan!'. Tapi, mesti ada yang menjawab, 'ala, rezeki dah depan mata, takkan nak tolak kot, tak tahan dohh tengok nasi lemak 50 sen tuuu!!!'..

Suatu hari, si Gadis mulai sedar. 'Bodohnya aku. Jahilnya aku. Hinanya aku. Menyerahkan maruahku macam tu sahaja.' Bagi diri si Gadis, ianya bukan salah si Jejaka. Tapi salah dirinya yang tidak pandai menjaga maruah dan harga diri. 'Andai saja aku tegas pertahankan 'permata' ku, tidak mungkin si Jejaka dapat memujuk rayu. Lemah sungguh imanku. Ya Allah...aku tidak layak untuk mana² jejaka. Aku kotor! Aku perempuan terkutuk dan hina di sisiMu. Tiada jejaka yang menginginkan aku sebagai isterinya jika tahu kisah silamku yang sangat keji itu..Ya Allah, ampunilah aku!'

Kesimpulannya, menyesal pun tiada gunanya. Hanya dengan TAUBAT NASUHA kepada Allah s.w.t sahaja penyelesaiannya. Kepada para gadis, jagalah 'mahkota' dan 'permata' kamu sebaik-baiknya untuk orang yang benar² layak memilikinya. Kerana, ingatlah. nikmat sebelum adanya ikatan sah nikah, kamu akan kehilangan rasa nikmat setelah mempunyai ikatan sah. berbelit ekk ayat tu?renung² kan..dan tidak lupa juga kepada para jejaka, kami wanita diciptakan untuk menjadi pendampingmu untuk berjuang di jalan Allah s.w.t..jadilah ketua yang baik untuk diri kami.Yeahhh...kita manusia tidak pernah lari dari kesilapan, tapi berusahalah untuk tidak MENGULANGInya lagi. Semoga entri ini memberi pedoman kepada kepada para gadis termasuk kepada diri saya sendiri yang kadangkala terleka dibuai nafsu..


*KATA HATI: sesuai tak tajuk dengan entri ni?kalau tak sesuai, sesuaikan sajalah yaa?hehe bak kata Amir MaharajaLawak..I'm Sorry!!!

Comments

Amni said…
Nice entri! I likeeee! =)
Redbloodsnow said…
jagalah 'mahkota' dan 'permata' kamu sebaik-baiknya untuk orang yang benar² layak memilikinya <--- mena ya yan. mek sokong gilak²!
maaf dikata...gadis mudah cair dgn kata2 jejaka..kesudahanya , menyesal berduka lara.

seharusnya ambil iktibar dalam dunia yg semakin mencabar.

p/s : ibubapa susahpayah jaga anak dara, dorang senang2 bersukaria...

@[PCL]
LindaRahim said…
Kenapa dah banyak kisah yg dipaparkan...dah berkepok kepok nasihat diberikan...tp masih ada yg tersilap langkah? Sebenarnya...pupuk dan peliharalah iman...didik anak sejak kecil...didikan awal ibu bapa yg byk memainkan peranan menentukan arah tuju anak2 bila dewasa nanti...bukan salah webcam atau buayafriend...kalau dah kuat iman di dada...datang la apa bentuk dugaan dan ujian...insyaallah...dengan izin-Nya juga pasti x mudah terpedaya...
L@dykiki said…
thanx for sharing..;)
[sutera kasih] said…
@Amni: thanks amni..hope entri ni memberi manfaat :)
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: kmk suka qoute yaa..jagalah sebaiknya, jgn diikutkan nafsu nafsi, menyesal pun tak guna lg dh if smua tu dh musnah huhu
[sutera kasih] said…
@[p@kcikLie] : [ mamaDiana]: perempuan sejak azalinya berjiwa lembut, mudah tersentuh bila dibelai dgn kata2 manis yg dorg tak sedar kdg2 smua tu palsu huhu

simple andaian, jejaka yg telah mengambil kesempatan ke atas anak gadis org, tidakkah dia terfikir if one day kelak, kakak/adik prmpuan/anak perempuan/mak dia dilakukan mcm tu, apa perasaan jejaka itu?
[sutera kasih] said…
@LindaRahim: semuanya salah diri individu itu sendiri..ibu bapa dh mendidik dgn baik, tapi diri sendiri yg kalah mengawal nafsu hingga tersungkur dengan kata2 manis si jejaka..nasib seseorang hanya akan dpt berubah oleh dirinya sendiri..bukan org lain huhu..
[sutera kasih] said…
@L@dykiki: sama2 kak lady kiki :)
suka entry neh dear... thanks...sebenarnya peringatan untuk diri nadia sendiri supaya jgn terlalu leka...
fadh leyanie said…
entri yang bermanfaat dan mmberi kesedaran kepada yg tak sedar like it :)
.fariza. said…
betul2.
yg ni bule gabung dengan entry ni tak ada yg sempurna.

http://blogcikfza.blogspot.com/2011/05/jangan-terlalu-cari-kesempuranaan.html

hehe :)
nasihat yang bagus untuk memperingati diri supaya jangan terjebak dan mempertahankan "mahkota"
Miss Eyda said…
suka dengan quote dari redbloodsnow :)
[sutera kasih] said…
@nadia ar-rumaisha: idea automatik smlm kak..hope entri ni bagi manfaat to all gadis2 & diri saya sendiri huhu
[sutera kasih] said…
@fadh leyanie: thanks fadh..semoga idea smlm yg Allah ilhamkan kat saya, bagi kesedaran di hati yg membaca walaupun sedetik :')
[sutera kasih] said…
@.fariza.: yeahhh boleh gabung!!saya terjah hehe
[sutera kasih] said…
@Fªrªޔ Sޔªޔ: semoga nasihat ni boleh menyedarkan individu yg lalai, peringatan utk diri saya jugak..
ztie said…
Via bb torch eh..! Mtk hp! Hehe kmk suka entry tok.. Susah juak nak jaga anak dara. Mun sik bebena.
[sutera kasih] said…
@ztie: ehh sikdalah..ya angan2 kmk jak yaa, kmk edit di template hihihi :P *kantoi*

yala, susah jaga miak dara tok huhu
lost kitty said…
suka entri ni!
kekkee
Miza Yusof said…
suka entry ni. mahkota perempuan hanya satu. sekali "rosak" tak kan ada ganti lagi dan tak kan boleh dibeli dimana-mana.
AmirFX said…
Ingtlah ompuan baik untuk lelaki yang baik.. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik...
cik Nemo said…
Nice sangat!

Ingat, jagalah mahkota kita sebaiknya. :)

Ehem, GA kite dah lancar. silalah join tau..:)
HonEyBuNNy said…
setuju entry neh....

kita kaum perempuan kena jaga maruah n tingkah laku kita....berilah kepada insn yg benar2 n sah menjadi suami kita kelak....
[sutera kasih] said…
@lost kitty: thanks lost kitty :) sharing is caring !
[sutera kasih] said…
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫: hope mesej yg cuba disampaikan dpt bagi manfaat..
[sutera kasih] said…
@Miza Yusof: yup...huhu jagalah ia sebaiknya utk insan yg benar2 layak memilikinya..
[sutera kasih] said…
@AmirFX: sentiasa ingat firman Allah yang tu..baikkah saya?huhu hanya DIA yg tahu..
[sutera kasih] said…
@cik Nemo: thanks dear..mahkota berharga yg tidak dpt dijual beli, dan bukan seperti lampin pakai buang huhu

*okey, noted!!nnti sy join :)
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: betul tu ila..kpd sape2 yg dh terlanjur & prnah buat mcm kt atas tu, renung2kan dan cepat berubah huhu
pu3mas said…
perghh nice entry.. like seratus juta puluh ribu kali..

TQ ktk sebab share & saling ingat mengingati...
[sutera kasih] said…
@pu3mas: thanks dear..share la ngn member2 lain :)
nik rosmawati said…
nice entry dear.jaga maruah kita sebagai wanita. mahkota berharga hanya untuk kekasih yg halal :)
[sutera kasih] said…
@nik rosmawati: thanks kak..yup..doakan kami yg tak kawen lagi ni kak :')
d_LA said…
kuatkan iman wahai wanita2 di luar sana..jgn mudah terpedaya dgn pujuk rayu lelaki..jaga maruah kita sbgai seorang wanita..take care ya^^
eeir said…
i like this entry dear .. how i hope .some's of them will realize . how worth they are to they all future husband right? :)
[sutera kasih] said…
@d_LA: thanks dear..semoga kita sntiasa berhijrah ke arah kebaikan.. :)
[sutera kasih] said…
@eeir: thanks dear :)
yup..sama2 kita doakan semoga kita sentiasa dpt mengawal hawa nafsu drpd buat perkara2 mcm tu :')

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …