Skip to main content

1st time interview & soalan² interview (tips)

Pengalaman pertama kali ditemuduga

Lokasi: Bilik Hikmah
Tarikh: 4 Mei 2011 (Rabu)
No.Giliran: nombor dua
Jawatan dipohon: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ************

Panel 1: okey berdasarkan bidang kamu dlm transkrip ni, kamu dah pernah buat tak,rencana pasal negara kita?

Saya: belum pernah, semasa praktikal, saya hanya pernah buat rencana berita dalam negeri sahaja.

Panel 1: Apa yg kamu faham berkaitan konsep 1 Malaysia?

Saya: *fuhhh..nasib baik aku dh buat research pasal 1 Malaysia semalam* apa yg saya faham berkenaan dgn konsep 1 Malaysia ialah blablablablablabla....(waktu tu terbayang muka PM jekk hehe)

Panel 1: dalam resume ni, ada tiga bahasa kamu boleh communicate, tapi ada tahapnya yaa..so, boleh speaking english tak ni, penulisan pulak?

Saya: *kan suda saya bagitau dlm resume tu grrrr hehe* jujurnya, speking in english saya tidak lancar, kalau dr segi penulisan, tak cukup hebatlah tuan *sambil ketawa sopan*

Panel 1: okey takpa, sekurang² kamu jawab jujur *sambil melemparkan senyuman*

Saya: *fuhhh nasib baik tak yah speaking bi or arab*

Panel 2: masa di kampus, pernah tak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan?pencapaian sukan?

Saya: *erkk..menyesal aku ambik kokum indoor* saya pernah buat final project yg melibatkan interaksi dengan penduduk kampung..blablablablabla..
pencapaian sukan, jujurnya semasa peringkat U, saya bukan seorang yg aktif bersukan, tetapi semasa sekolah menengah, ada jugalah melibatkan diri dengan sukan olahraga *phewwww..wakil rumah sukan, okeylah tu hihi*

Panel 2: Bagaimana cara kamu untuk mengatasi masalah pelajar yg berprestasi kurang cemerlang, dan agak lambat untuk menerima apa yg diajar di dlm kelas?

Saya: *wohooo..soalan mencabar minda* Sebagai seorang guru, peranannya bukanlah terbatas utk mengajar sahaja, kena faham apa erti tugas pendidik blablablabla..

Panel 2: Sekiranya pihak kami menerima permohonan kamu utk jawatan ni, kemudian tiba-tiba kamu mendapat tawaran pekerjaan yg lebih baik dan gaji agak lumayan,contohnya kamu mendapat tawaran pegawai penerangan gred S41, kamu pilih yg mana?sebab dlm masa satu bulan kami akan membuat proses pemilihan.

Saya: *perghhh..otak jammed nk jawab, tolong²!!* erm, maaf puan, dlm SPA, saya tak pohon jawatan gred yg 41, semua jawatan yg saya pohon gred 27

Panel 2: Owhh yaka?*sambil senyum²* kenapa ya?

Saya: sebab saya nak kerja bermula dari basic, kalau boleh, tak nak terus² jawatan yg peringkat lebih tinggi, saya pun belum pernah ada pengalaman bekerja..blablabla *dlm hati, Tuhan saja yg tau betapa gugupnya!!haha*

Panel 2: okey, ni kira janji tau, kami bertiga saksi *sambil pandang kepada panel yg lain dan senyum², entahlah senyum sinis ke senyum suka, saya pun tak tau huhu*

Panel 3: Okey, sebelum kamu datang untuk temuduga ni, apa persediaan yg kamu telah buat?

Saya: persediaan yg saya telah buat blablablablabla *korang boleh rujuk kat entri pengetahuan am yg saya telah post malam sebelum pegi interview hehe*

Panel 3: Siapa pengarah Jheins?Siapa ketua unit pendidikan dlm Jheins?

Saya: Pengarah Jheins, ada berada depan saya *sambil sebut nama and tunjuk guna ibujari secara sopan santun hehe* urm, ketua unit pendidikan...saya tak ingatlah puan, banyak sangat *alasan semata-mata tapi memang aku tak ingat hehe*

Panel 3: Eh, cakap dah buat persediaan, okey takpa *sambil senyum memandang aku* Cuba terangkan apa yang kamu faham dengan falsafah pendidikan negara kita?

Saya: *hahhhh sudahhh..aku check-mate kat situ HAHA*

Panel 1: untuk jawatan guru agama SUI, kami tak dapat nk bagi kat kamu sebab degree kamu bukan bidang agama, bidang agama kamu hanya setakat peringkat STPM, jadi kalau kami terima kamu sekalipun, susah nak match dengan kursus yg akan dihadiri. Tapi, untuk kamu ada peluang utk jadi guru yg mengajar subjek lain di SMA, sebab kelayakan kamu degree, tapi awk dihantar ke Kunak, awk terima?

Saya: *saya senyum manis depan mereka* [Kunak?sila google kat Map]

Sebenarnya banyak lagi soalan yg dorang tanya, tapi saya skip jekk kat sini, takkan nk cerita semua, boring korang baca nanti hehe hampir 40 minit sesi interview tu, bila keluar jerr, yg lain tanya kenapa lama sangat? sambil dok memujuk² soalan apa yg ditanya..sebab calon first tadi tak sampai 20 minit huhu..biasalah panel akan terus tanya dan tanya sampai kita tak dpt nk jwb, soalan mostly psycho HAHA so kepada yg nak pegi interview nanti, tips interview 2011, prepare mental, emosi (sikit lg aku nk nangis sebab semangat explain part how to handle pelajar bermasalah) dan pengetahuan am, dan yg paling penting jawab dengan jujur, sopan & penuh yakin okey? :)

*KATA HATI: doa+usaha+ikhtiar+tawakal. psstt doakan yeaa :D siapa pernah post entri pasal 1st time interview, share link kat kotak komen okey? :)

Comments

Pn. Zana said…
hehe. okey la tu dpt jwp soalan w/pun xsmua..:) good luck yer.
serius mase saya dulu first time interview mmg gugup, nervous, pucat and sejuk giler...abih org saye tanyer camner nk jwb dengan baek...
eyana ~_* said…
semoga berjaya. bertuah kalo d tempat d sekolah asrama agama yg baru d labuan..semua muda2 bha..=)
Redbloodsnow said…
Mah dah 2 kali rasa dah pengalaman di interview. 1st time mek interview keja mek nektok. 2nd time mek gi interview ariya dgn gov...hehehe

gegar palak tut aie..haha :D
zaradgreat said…
jujur & sopan. setuju2. :)
[sutera kasih] said…
@Pn. Zana: thanks dear hehe aaahh xdpt jwb semua, sabo je la :P
[sutera kasih] said…
@nadia ar-rumaisha: seram kan, kalo xdpt jwb soklan tu, rasa malu gilerrr tambah2 lg kalo soklan pengetahuan am..adoiiii
[sutera kasih] said…
@eyana ~_*: adaka d labuan?kalo dpt sana, okey juak lah, ada juak ktk & shila dikenal & kakak angkat kmk ada sia hehe
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow: kmk 1st time tok kak hehe tp ktk nk second ya, intrview by group nk?ehh ka org lain kmk baca ria?
[sutera kasih] said…
@zaradgreat: hehe kalau tak jujur, nnti dorang bg soklan yg lagi kawkawkaw punya huhu
risau nye kalau interview...
gemuruh...
hehehe...
fadh leyanie said…
takut nye dengan soalan2 yang di kemuka kan
[sutera kasih] said…
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫: giler tak risau gemuruh??mestilah hehe
[sutera kasih] said…
@fadh leyanie: yup..kalo tak dpt jwb lagi lah, takut hhuhu
Liza Razak said…
saya paling takut pergi interview..hehe
HonEyBuNNy said…
insya allah..

mesti dapat la...;-)

tadi sir ila baru ja cakap..dlm apa2 pun interview...pasti diorg nak tahu speaking kita then baru writing kita cmna...palaing penting mesti nak tahu tahap speaking kita...;_)
[sutera kasih] said…
@Liza Razak: hehe semua org pun takut kak, rasa mcm nk kena telan kan hihi
[sutera kasih] said…
@HonEyBuNNy: insyaAllah ila..amin :)

owhh camtu..ni 1st time sy pegi intrview hehe ila ada pglmn dh?
eyana ~_* said…
ada za, baru jak buka tahun tok..nang cdak cari org..nektok dlm prosess mlh bangunan sklh, smentara numpang lok d SMS..
[sutera kasih] said…
@eyana ~_*: owhh duhal..patutlah masa intrview airtu, rami wooo..tiga hari berturut2
sarah mohamad said…
susah2 jugak soklan yg dia tanya. banuak kena berfikir. hiks
[sutera kasih] said…
@sarah mohamad: aaahh..byk smpai kita pun jadi blurrr hehe
kotak bulat said…
kalau sy, lebih banyak senyum dari menjawab.. hehe... :P
[sutera kasih] said…
@kotak bulat: lebih byk senyum pun okey jgk hehe sambil2 berfikir camna nk jwb hihi
nabila faryzza said…
wahh. takot gak kan nak g interview. huhu. cuak ouhhhh :l
Dea said…
next week mek g praktikal/li.. ada intvew x ow... hehe
[sutera kasih] said…
@nabila faryzza: memang cuak huhu tapi jgn terlalu nervous, nnti tak dpt nk jwb pulak kalo panel tanya huhu
[sutera kasih] said…
@Dea: bena ka?urm, ya depends ngan pihak majikan, masa kmk LI, before start ya, boss ya nunggah secara group, then buat sesi soal jawb secara tak rasmi..tanya mcm2 lah hehe so ya kira interview la juak oww
deAnza-wAnda said…
dear untuk post yang same ai kene due kali kot interview tapi alhamdulillah akhirnya dah dapat...
[sutera kasih] said…
@deAnza-wAnda: wahh tahniah wanda!!!tak lah menganggur mcm sy kt rmh hehe
[sutera kasih] said…
@nabila faryzza: yup..cuak sgt2 huhu tp kena control jgk nnti tak terjwb hehe
Myra Jay said…
Thanks dear, info yg sangat bermanfaat.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …