Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Majlis perkahwinan yg masih mengikut adat sangat istimewa

Hari ahad baru-baru ni, saya dengan rajinnya ikut parents pergi majlis perkahwinan saudara sekampung. Kira-kira jam 11.30 pagi bertolak pergi ke Kota Belud iaitu rumah pengantin perempuan. Tak sangka pulak saya akan pergi ke kampung tu lagi, dah pernah pergi sebelum ni (hadir ke majlis kenduri arwah salah seorang my junior masa sekolah menengah). Kecilnya dunia ni kan. Betul-betul sebelah rumah arwah adik tu.
Saya nak kongsi tentang adat perkahwinan kaum Iranun. Memang sangat unik. Saya teruja tengok hehe. Memang sangat berbeza cara perkahwinan di bandar dan di kampung. Saya lebih prefer cara kampung, lebih mesra rakyat gitu hehe. Nanti kahwin, nak ikut adat Bajau lah hihi Okey, jom layan gambar dan keunikannya (^___^) Sebaik saja pengantin lelaki sampai, pihak tuan rumah pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki dengan acara ni. Maaflah saya tak tau apa nama benda tu. Pengantin lelaki diusung di atas benda tu dan dibawa hingga ke depan rumah pengantin perempuan. Pihak keluarga lel…

Kisah benar disebalik sebiji betik, fikir²kan

*Sumber gambar: Carian Google*
Mak: Haaa betik kali ni barulah sedap, manis!
Anak: [pandang dengan muka slumber sebab dah kecewa tiga kali beli betik asyik dapat yang tak manis jerr, dah lah mahal. Penjual asyik main tipu jerr, cakap betik masak kat pokok, sebenarnya tipu. Ada yang main peram dan letak bahan yang cepat masak. Tak 'natural beauty' langsung!!]
Mak: [Makan dengan sedapnya] Tiba-tiba..
Bapak: Ada lagi?mintak sikit..
Mak: Nahh..makanlah yang ni [sambil bagi hirisan betik yg sempat dimakan sekali gigit jerr sebab ada dua hiris betik jerr kat peti ais, makcik sebelah bagi. Mak tahu si anak suka makan betik. Jadi yang satu hiris lagi dia simpan untuk si anak makan. Sanggup makan sikit demi anak] *Terharu*
Anak: Woahhh..betik kali ni barulah manis asli..yummy!!! [sambil senyum kambing depan mak]
Kesimpulannya, korang fikirlah sendiri hihi cari nilai dan pengajaran di sebalik cerita ini, ini benar-benar berlaku, bukan tipu semata-mata :)  Saya suka makan betik sebab SEDAP.
*KAT…

Ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka

*sumber: youtube*
Lirik lagu KISAH DONGENG [STACY]
Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim (Edry KRU)

Ku sedar ku tak seberapa Jika dibanding mereka Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias Hanyalah hati yang ikhlas Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya Mencintai aku bukan kerana rupa Dalam waktu sedu Dalam waktu hiba Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya Sanggup menerima insan tak sempurna Atau mungkin cinta sebegitu hanya Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan Dipeluk dalam dakapan Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan Kehadiran seorang teman Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya Mencintai aku bukan kerana rupa Dalam waktu sedu Dalam waktu hiba Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya Sanggup menerima insan tak sempurna Atau mungkin cinta sebegitu hanya Kisah dongeng saja
Free download MP3 Kisah Dongeng-Stacy Free download video Kisah Dongeng-Stacy
*KATA HATI: rindu banget..macam mana nak start ehh? (T__T)…

Koleksi Video Maharaja Lawak JOZAN (Minggu 1-9)

Saya peminat setia JOZAN (Johan&Zizan). Ada sesiapa peminat tegar JOZAN kat sini tak? Mesti adakan? Jom tengok koleksi² video Jozan masa pertandingan Maharaja Lawak dari minggu pertama hingga kesembilan...Layannnn!! (klik link di bawah utk lihat video)
Video Maharaja Lawak (JOZAN): Minggu 1 klik SINIMinggu 2 klik SINIMinggu 3 klik SINIMinggu 4 klik SINIMinggu 5 klik SINIMinggu 6 klik SINIMinggu 7 klik SINIMinggu 8 klik SINIMinggu 9 klik SINIVideo Final Maharaja Lawak 2011 Jozan??? sumber: youtube
*KATA HATI: My cousinNurul sangat kipas mati kat Zizan ahakss, nahh khas untuk ktk nurul :)

Tahukah Anda: Korek telinga boleh menyebabkan anda pekak?

Pekak?Tuli?Urghh..memang agak sukar nak berkomunikasi dengan golongan sebegitu. Tapi itu bukanlah kehendak mereka kan. Siapalah nak jadi pekak dan tuli, kan? Okey, bukan nak cakap pasal orang kurang upaya (OKU) yang memang sejak lahir ada masalah pendengaran. Bukan². Kadang² golongan muda pun dah ada yang pekak di usia muda. Susah tau kalau ada masalah pendengaran. Contohnya kalau nak pergi temuduga, bayangkan panel tanya lain, korang jawab lain. Masa tengah dating, awek korang minta belikan aiskrim, tapi korang belikan krim rambut pulak. Mak suruh beli santan, korang belikan  daun pandan huhu
Kalau yang nakal tu pulak, suka kenakan nenek² yang tak berapa nak dengar dengan clear. Kalau ada yang kuat melatah tu lagilah cucu cicit suka nak kacau hehe. Kesimpulannya, hati² masa tengah korek telinga tu, kalau nak bersihkan telinga tu daripada longgokan emas (taik telinga), jangan korek dalam² tau. Nanti mencederakan gegendang telinga, lepas tu nanti ada masalah pendengaran yang orang label…

Koleksi Video Maharaja Lawak Minggu 9

*sumber poster maharaja lawak: carian google*
Siapa peminat setia Maharaja Lawak (ML), sila letak tangan di bahu, mata pandang ke atas. Bagus², kita boleh geng hehe. Urmm, persembahan minggu ni, semua peserta boleh tahanlah (tak pernah² nak buat entri pasal Maharaja Lawak). Persembahan ML minggu ni menggandingkan peserta-peserta dengan otai-otai pelawak di Malaysia antaranya Bell Ngasri, Sharifah Shahirah, Kencana Dewi, AR Badul, dan Acong Sweetchild. Minggu ke 9 ni saya paling suka tengok Jambu dan sudah semestinya Jozan, korang pulak? Jambu memang unik setiap minggu mesti ada kelainan, yang penting kelakar hehe. Malam ni Jambu buat lawak yang berbeza dengan peserta yang lain, i like.'Apapun tak boleh' haha!! Memang kelakarlah, kalau tak percaya, klik dan tengoklah video kat bawah dan nilai sendiri :D
VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9: BALASNABILR2SEPAHJAMBUJOZAN
*sumber video: youtube*
Owh yaa, kumpulan Balasterkeluar minggu 9. Apapun, Balas pun best jugak cuma minggu ni dorang kuren…

X-MEN First Class [Sinopsis.Trailer.Video.Watak]

Siapa peminat filem-filem super hero Marvel Comics X-MEN kat sini? Sila angkat dagu!!!hehe woahhh minat sangat tengok siri X-men sebab suka tengok cerita aksi dan ada kuasa luar biasa walaupun nampak tak logik, tapi tergamam masa menonton yawww. Filem X-Men pertama (2000), X-Men 2 (2003), X-Men 3: The Last Stand (2006), X-Men Origin: Wolverine (2009) dan minggu depan (2 Jun 2011) filem the latest X-Men: First Class bakal menggegar pawagam seluruh dunia. Sekarang ni mostly ramai tengah demam Nur Kasih The Movie, kan? Saya tak tengok lagi sebab tiada kesempatan nak pergi panggung wayang, al-maklumlah kat pekan tempat tinggal saya ni tiada panggung wayang, so kalau nak tengok, kena pergi bandar. Dahlah filem tu eksklusif di pawagam SAHAJA. Tapi X-Men First Class ni harap cepat² ada DVD nanti (filem bukan tempatan takpa beli DVD hihi), boleh beli tengok kat rumah ahakss. So, check it out details about X-MEN: FIRST CLASS film, just double click the links and go direct to the website:
1.SYNO…

Inilah cintaku..Aku janji padamu..takkan menduakanmu.

"Errr..saya suka awak..saya suka awak..saya suka awak!!!"
Akim (bukan nama sebenar) dah lama suka kat si Acha (bukan nama sebenar). Tapi masalahnya si Akim ni tak boleh nak luahkan secara face to face hehe kelakarkan? Tak kelakarlah..sebab bukan senang tau lelaki nak meluahkan perasaan face to face kat awek yang betul² dorang sayang dengan ikhlas. Kalau setakat meluah di SMS, via calling², via email, via surat, via inbox FB, via tweet²..nampak kurang kejantanannya di situ. Kalau betul² anak jantan, silalah ke rumah jumpa mak bapak masuk meminang terus, ada berani?
Akim ni suka berangan² setiap kali bangun pagi. Asyik terbayang² wajah comel si Acha. Siap bercakap sorang² dengan anak patung, nampak sangat angau gila bayang kat Acha kan? Biasalah tu, mula² memang camtu sebab belum dapat apa yang diidamkan. Kalau boleh laut china selatan sanggup direnangi disebabkan cinta. Esok harijadi Acha, Akim nak bagi hadiah apa ekk? *Gambar sekadar hiasan* sumber: Carian Google
Rasa²nya, Akim …

Giveaway Belog Nemomimosh

Jom join GiveAway Belog Nemomish!!Ni kira first time join GA sebab nak support rakan blogger, Cik Nemo yang dah kira lama saya kenal dlm dunia blog. Hadiah² agak lumayan jugak sebab boleh pilih ikut suka hati kalau terpilih hehe, so jom lah join :) *sila double klik banner untuk direct terus ke blog Cik Nemo* Syarat penyertaan: Sila klik SINI
Rakan yang saya tag:Gadis Nikon, HoneyBunny, Cik Amni

Hadiah: boleh tengok kat SINI dan SINI. Pemenang boleh pilih hadiah ikut suka hati hehe
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 MAY 2011

Layakkah perempuan sepertiku menjadi seorang isteri solehah untuk suamiku kelak?

*BOLEH DIABAIKAN ENTRY PANJANG LEBAR NI  KALAU RASA DIRI BUDAK BAIK(macam memaksa kan?hehe sememangnya)* 'Boleh sent MMS gambar you?rindulah kat you', sang jejaka memujuk.
'Err, i malu lah. Muka i bukannya comel pun', jawapan manja si gadis.
'Ala you ni, sejak kita kenal, you tak pernah tunjukkan gambar you, you sayang i tak ni?', sang jejaka menjawab dengan nada merajuk.
'Alululu, okey² sayang. you nak i posing macam mana?, tanya si gadis.
'Urm, suka hati you lah. Janji boleh ubat rindu i kat you, boleh buat i cair' pujuk rayu si jejaka.
'Okey, tunggu kejap tau. Confirm malam ni you tak dapat tido tengok gambar i', jawab gadis tanpa segan.
klik² (bunyi snap gambar) Si gadis mengambil gambar dirinya bersama hiasan nasi lemak 50 sen. diambil gambarnya dari pelbagai posisi. sambil dikepit sana dikepit sini sengaja ditonjol. klik² atas, bawah, kiri, kanan. 'wahh cute jugakk aku ni ekk hehe'
Jejaka: You, i cairlah tengok gambar you ni. i geramla…

Review buku: Bumi Cinta (Habiburrahman El Shirazy)

Hari ni saya nak berkongsi review buku Bumi Cinta, hasil tulisan indah Habiburrahman El Shirazy. Seorang novelis no.1 indonesia. Sangat kagum dengan hasil karyanya yang berunsurkan dakwah dan mampu membangunkan jiwa kita. Buku ni memang tebal, saya menghabiskannya lebih kurang seminggu huhu memang berbaloilah dengan harganya. Rugi tak baca hehe.Tak percaya?okey, saya akan kongsikan sedikit ulasan tentang part² dlm cerita ni yang menarik! :)
Antara bab-bab yang menarik perhatian saya dan dapat banyak info:
BAB Dialog di Stolovaya Persoalan Dr.Annastasia Palazzo kepada Muhammad Ayyas berkaitan perlakuan umat islam menunaikan ibadat solat, doktor muda tu berpendapat ianya perlakuan bodoh dengan menyembah batu empat persegi yang dipanggil kaa’bah sebanyak lima kali sehari. Ayyas tidak berprasangka buruk sebab doktor muda tu tiada pengetahuan asas tentang agamanya, so Ayyas menjelaskannya satu persatu dengan beberapa dalil dan hujah yg bernas.

BAB Aku beriman bahawa Tuhan itu ada! Yelena seoran…

Siapalah SAYA tanpa KAMU: SELAMAT HARI GURU!!

CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL (KINDERGARTEN) BDS: 1993  Di sinilah saya mula belajar mengenal huruf ABC, nombor 123, membaca, mengeja, melukis, dan menyanyi hehe. Masa ni sorang saja kawan melayu saya, budak lelaki yang hensem awwww...yang lain semua bermata sepet ngee tapi semuanya baik-baik belaka, termasuk para gurunya, walaupun saya sorang saja berkulit gelap dalam kelas, tapi tidak wujud diskriminasi okey haha..saya masih ingat paras wajah guru kelas tadika tapi lupa pulak nama sebab lama dah kan, THANKS SO MUCH to all my teachers at there..
SRB RAKYAT TUPONG, KUCHING & SK PENGALAT KECIL, PAPAR  & SUI PENGALAT KECIL: (1994-1999) Masa sekolah rendah, saya berpeluang untuk belajar di dua sekolah yang berlainan persekitaran, budaya dan bahasa tempatan. SUI tu sekolah ugama petang setiap hari. Its great !!! Masa darjah satu, sangat sukar untuk saya catch-up pelajaran sebab dulu sekolah cina kan, pening-pening lalat sikit.Alhamdulillah dengan berkat kesabaran para guru di sekolah rendah…

pembaca blog pun boleh dapat earn money & reward dari blog yang dilawat!!!

*new update 16/05/11: ni contoh printscreen  kebetulan saya terjumpa tadi masa godek2 blog Kak Zie hehe* sila klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas,  tak perlu right click, double click akan direct ke tab sebelah.
sekarang, Nuffnang Grapvine menawarkan bukan blogger sahaja boleh earn money and reward dari nuffnang, pembaca blog pun boleh dapat, hanya dengan berkongsi link di laman sosial facebook, twitter, dan e-mail..blogger pun boleh jugak, tak percaya?sila baca e-mail dari pihak nuffnang kat bawah ni, kalau tak faham, sila google translate hehe

Dear Nuffnanger,

Have you ever seen a Nuffnang ad running on your blog and thought, “Hey, that looks like something [insert friend’s name] would be interested in, maybe I should share this with him/her!”? Well, we have something new which might interest YOU!

Introducing the Nuffnang Grapevine, which adds a social media element to ordinary banner ads! It's a revolutionary new extension to the Nuffnang Skyscraper ad unit, which allows y…

saya pengguna blogspot free domain, jadi kenapalah?

sumber gambar: GOOGLE hari ni, semua pengguna blogspot (free domain) termasuk saya mengeluh sebab tak dapat nak update entri baru, nak drop komen kat entri yang best² di blog yang guna blogspot pun tak boleh.kesimpulannya, sementara blogger.com tengah under maintanance, blogger pengguna blogspot yang free tu pun ambil masa yang terluang tu untuk blogwalking hehesambil² tinggalkan jejak di shoutmix atau di chatbox (siapa yang takda chatbox tu, susah nak tinggal jejak di kala masalah sebegini) dan follow blog kesukaan masing²..aktiviti yang menyeronokkan sambil² melawat blogger² yang tak 'sombong'..i like hehewalaupun ada yang sedih sebab entri hilang, komen pun hilang (blog saya lah tu huhu), certain gadget hilang, template blog kucar kacir dan sewaktu dengannya, tapi blogger pengguna blogspot yang free ni tetap masih mampu tersenyum dan meng'update' entri baru hehe
sebab apa saya highlight blogger pengguna blogspot yang free? sebab tadi tiba² rasa nak jentik telinga soran…

saya tak suka panggilan 'HANGIT'!!!

KENAPA SAYA TAK SUKA PANGGILAN 'HANGIT'? Saya cukup rasa menyampah, benci, geram, rasa nak terajang oppss tak sopan okey tukar, rasa nak geletek pinggang orang, nak tampar okey tak baik, tukar lagi, nak teriak dan marah² supaya orang yang telefon tu tak BIKIN PANAS!!!Kalau nak bergurau senda bermanja sekalipun, biarlah bertempat. bagi salam dulu ka atau bagitaulah yang kau nak kenakan aku..uwarghhhhh geram ni geram geram :D
Eh, jangan salah faham, saya bukan nak cerita pasal Panggilan Hangit dari HotFM tu (dengar² page Facebook & Twitter HotFM kena hack, betul ke?), takda kaitan hehe jangan ada yang berani² buat camtu kat saya, confirm putus kawan seminit hua². Saya jenis tak suka 'bergayut' dan paling tak suka jawab telefon. Jangan tanya kenapa, dah memang saya tak suka, bluwekkkk!! :P
Situasi 1 Pemanggil: Hello, selamat pagi cik. Saya wakil dari pihak bank **** nak maklumkan bahawa cik telah diisytiharkan muflis.
Saya: Hahh??bila masa pulak saya berhutang dengan bank …

asal perempuan CANTIK, mata kau jadi rambang, cuba cermin muka kau sikit :)

KALAU SYE XDE BARU AWAK LEH GATAL NGN PEREMPUAN LAIN.......
Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..
Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die..…

1st time interview & soalan² interview (tips)

Pengalaman pertama kali ditemuduga
Lokasi: Bilik Hikmah Tarikh: 4 Mei 2011 (Rabu) No.Giliran: nombor dua Jawatan dipohon: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ************
Panel 1: okey berdasarkan bidang kamu dlm transkrip ni, kamu dah pernah buat tak,rencana pasal negara kita?
Saya: belum pernah, semasa praktikal, saya hanya pernah buat rencana berita dalam negeri sahaja.
Panel 1: Apa yg kamu faham berkaitan konsep 1 Malaysia?
Saya: *fuhhh..nasib baik aku dh buat research pasal 1 Malaysia semalam* apa yg saya faham berkenaan dgn konsep 1 Malaysia ialah blablablablablabla....(waktu tu terbayang muka PM jekk hehe)
Panel 1: dalam resume ni, ada tiga bahasa kamu boleh communicate, tapi ada tahapnya yaa..so, boleh speaking english tak ni, penulisan pulak?
Saya:*kan suda saya bagitau dlm resume tu grrrr hehe*jujurnya, speking in english saya tidak lancar, kalau dr segi penulisan, tak cukup hebatlah tuan *sambil ketawa sopan*
Panel 1: okey takpa, sekurang² kamu jawab jujur *sambil melemparkan senyuman*
Say…

sucinya cintamu dan betapa mulianya hijabmu berbanding bikinimu

.cerpen cinta: cinta halal by cuadiey.
Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 malam. Shah masih lagi mundar-mandir di dalam biliknya. Seketika kemudian, dia menjenguk keluar melalui tingkap biliknya. Kelihatan Insyirah tiba dengan sebuah kereta Myvi berwarna putih yang dipandu oleh seorang lelaki. Shah buntu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia sememangnya tidak mempunyai pilihan lain, selain menurut sahaja kehendak ibunya, Puan Kalsum.

“Abang Shah, mama kata tetamu dah sampai”. Laung Fatiha dari luar bilik.

“Abang tahu. Sekejap lagi abang turun.” Ujar Shah dari sebalik pintu.

“Abang jangan lama sangat tau”. Pesan Fatiha sebelum turun semula ke tingkat bawah.

Tidak lama kemudian Shah menyusuli adiknya. Wajahnya cuba untuk dimaniskan dengan senyuman yang sememangnya dipaksa. Ibu mengerling sekilas. Shah faham akan maksud isyarat mata ibunya itu. Shah nekad akan menurut segala kemahuan ibunya. Dia sendiri tidak faham kenapa ibunya suka sangat dengan gadis bernama Insyi…