Skip to main content

.kepada para gadis yg kecewa tidak dipuja ramai jejaka kacak.

Salam..lama sungguh saya tak update blog kan?thanks kepada yg merindu, thanks jugak kepada yg tidak merindu hehe. kali ni saya nak kongsi sesuatu yang berguna khususnya untuk para wanita, gadis, perempuan, isteri, ibu, kakak, adik, makcik, aunt dan sewaktu dengannya :) janganlah kamu bersedih sekiranya kamu bukan rebutan para jejaka kacak, janganlah kamu berasa rendah diri yg teramat jikalau rakan baik kamu dipuja-puja oleh para pelajar lelaki, janganlah kamu sesekali berasa dengki sekiranya kamu tidak diminati ramai..malah, kamu patut rasa bersyukur, kenapa?jom saya nak kongsi sesuatu yg insyaAllah mampu membuka mata dan minda kita bersama. Iqra'...bacalah :)
|
|
|
V
Saya tak nak 'HOT' di dunia kerana 
saya tak nak 'HOT' di akhirat..

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

read more at HERE

Nukilan: Anis Liana Amerrudin
Sumber: Mutiara Hati


*KATA HATI: kepada adik-adik yg disayangi, yg masih di bangku persekolahan, capai cita-cita dahulu ya, ingat mak bapak yg bersusah payah utk kita..soal hati dan cinta, jgn fikirkan dulu..okey? :)

Comments

belajar...
capai ape yg dicita kan..
cinta pasti akan datang...
:)
izaLis™ said…
suka lar entry ni, yann... membina minda !! hehehe...
Yann Mazian said…
thanks 4 sharing this. nice! :)
[sutera kasih] said…
@meniti senja: yup betul tu..kita pun pernah jadi mereka..kita dh lalui smua tu..hehe
[sutera kasih] said…
@izza: hehe membina minda kan?bagus2..sebarkan !!
[sutera kasih] said…
@yann mazian: you are welcome :)
farah said…
hot depan suami nanti sudah :)
zella y said…
thanks for sharing...
btul tu...kdg2 org terlalu fkirkan psl cinta dunia...

slm kenal...

izinkan sy link blog awk ye...tq...;)
[sutera kasih] said…
@farah: yup..betul tu..hehe
[sutera kasih] said…
@zella: yup..sudah fitrah manusia ingin dicintai & mencintai..terutamanya ketika umur2 muda..ketika fikiran belum matang mmg mudah terpengaruh..mcm sy dulu2 kot hehe

slm kenal jugak zella..link je :)
Redbloodsnow said…
Saya tak nak 'HOT' di dunia kerana
saya tak nak 'HOT' di akhirat.. <<-- Suka na mek dgn quote tok :D
[sutera kasih] said…
@sis zie: kmk pun suka..mendalam mksudnya kak oh :)
[sutera kasih] said…
lawak na berkomen sm dri eh.. hahhaa... tok entri nk d tag d fb ya nk?? sowri bru sempat bc... btw best...

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …