Skip to main content

.cinta halal by cuadiey.

nak kongsi cerpen BEST !!!hehe..

"Peristiwa Insyirah datang ke rumahku atas pelawaan dan desakan ibu telah enam bulan berlalu. Selepas itu aku tidak pernah bersua muka dengannya. Kami hanya berhubung melalui telefon, itu pun apabila ibu menghubunginya. Akhirnya, aku mengambil kata putus untuk menikahi gadis bernama Insyirah. Gadis pilihan ibu dan juga pilihan seluruh ahli keluargaku. Aku sendiri tidak pasti akan perasaanku terhadap gadis bernama Insyirah namun setelah aku melakukan solat istikarah, inilah jalan yang telah ditunjukkan buat diriku. Walaupun berkali-kali aku melakukan solat tersebut untuk mengubah segalanya, hasil yang aku perolehi adalah sama. Allah SWT maha mengetahui atas apa yang berlaku. Allah SWT memberikan apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Oleh demikian, aku telah nekad untuk menikahi gadis bernama Insyirah untuk mendapatkan cinta halal di sisi-NYA."

"Saya nak awak dengar dengan teliti apa yang saya ingin katakan. Awak harus sedar hakikat perkahwinan kita, bukan atas kehendak kita namun begitu saya nak awak patuhi undang-undang yang telah saya tetapkan. Pertama, apa pun yang terjadi antara kita, saya nak awak jangan pernah minta saya menceraikan awak. Kedua, apa pun yang awak lakukan, awak kena minta keizinan dari saya. Saya tak nak isteri saya tergolong dalam golongan orang yang nusyuz. Saya sekadar memberi peringatan kepada awak walaupun saya tahu ia adalah perkara basic dan sememangnya awak telah sedia maklum tentang hal tersebut."

"Sekiranya awak nak menikahi Nadia, teruskanlah jika itu dapat membahagiakan awak. Tentang saya awak tak perlu risau. Saya hanya mengikut keputusan awak. Jika awak rasa mampu berlaku adil, kekalkanlah status saya tetapi sekiranya awak tidak mampu.....” Insyirah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Tidak terucap oleh bibirnya perkara yang satu itu kerana dari dasar hatinya penceraian bukanlah kemahuannya."

"Lagu yang akan saya putarkan sebentar nanti adalah permintaan dari rakan kita yang bernama Iszarul dengan ucapan beliau, lagu ini ditujukan khas buat Insyirah a.k.a Puteri Berduka. Diharap selepas ini awak tidak akan berduka lagi dan pulanglah ke pangkuan saya. Kini kita dengarkan lagu permintaan Iszarul khas buat Insyirah, Aishiteru atau pun menunggumu dari Zifhilia"

"‘Terima kasih pada-MU ya Allah kerana telah memberikan aku peluang menikmati cinta halal di sisi-MU. Semoga kebahagian ini terus berkekalan hingga akhir hayat kami. Amin.’ Doa Shah Izzul Fitri di dalam hati"

Hasil Karya,
Cuadiey
13 April 2011
8.18 pm

nak baca cerpen lengkap???boleh view kat SINI :)
sumber sebenar dr note FB my senior,
dia penulis utk cerpen ni..Kasieh Azieah :)

Comments

gadisBunga said…
alamak. siyes macam best!
HonEyBuNNy said…
best ja novel neh....ila nak baca lagi la...suka sangat kata2 tu....aku mencintaimu kerana agamamu...
miSs Zie said…
best!!xsabar mau jadi kekasih halal :p
wah..ubah sdh page mu ni yaa.. ;)

ahahah..sweetnya cita dia.. kesah btl ka ne?? aq baca spintas lalu jak..

smbil2 tgk maharaja lawak..ahhaha..memg lawak eh..

Ps: memg aq kaciwa der..~
[sutera kasih] said…
@gadis bunga: yup..kalo nk baca full cerpen, boleh klik link tu, dah update :)
[sutera kasih] said…
@honneybunny: yup..best cerpen ni...feeling baca tau hehe
[sutera kasih] said…
@miss zie: best kan hehe..yup..semoga jodohmu cepat sampai hehe
[sutera kasih] said…
@andi: errr..no komen la cita sbnr atau rekaan hehe sbb bkn aku yg mengarang..aku tlg promote kakak senior jak..lg pun hasil karya bagus..mesti dkongsi hehe


*ko ni kecewa sbb pa jgk..jgn sbb lelaki, sudahla hehe
Miss Ann ~♥ said…
wah! so sweet~~ macam best je..
[sutera kasih] said…
@miss ann: memang best..bacalah hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …