Skip to main content

.review buku: denyut kasih medik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Macam mana nak mulakan bicara ni ekk? Hehe direct to the point la yaa. Excited sangat kot nak kongsi perasaan hihi. Sebelum ni, saya ada kongsi review pasal sebuah buku yang menyentuh hati saya kan? Siapa yang rajin lawat blog saya mungkin masih ingatkan? Kepada yang baru singgah melawat, welcome my dearest readers, boleh baca review saya tu kat SINI Review sebuah buku yang penuh motivasi dan mendidik jiwa saya, tambahan lagi di umur-umur saya yang sebegini yang sentiasa punya konflik dalam diri mahupun dengan keadaan sekeliling huhu buku yang bertajuk Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, hasil nukilan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Dalam post ni pulak, saya nak buat review pasal buku hasil nukilan suaminya, Dr. Farhan Hadi yang bertajuk Denyut Kasih Medik. Sebelum ni my cousin, Amy yang tanya pendapat nak beli buku tu ke atau Bumi Cinta kalau tak silap. Tapi saya cakap kat dia, tengok penulisnya dulu, then she said Denyut Kasih Medik penulisnya suami kepada Fatimah Syarha. So saya pun suggest lah beli buku tu sebab saya rasa mesti best buku tu hehe. Bila cousin saya bagitau buku tu sangat bagus, saya pun semangatlah nak beli buku tu. Tambahan pulak masa tu dapat ‘ang pau’ CNY dari bapak, aisehhh bapak saya bajau okey hehe. Dicampur pulak dengan duit poket dari mak tercinta, I love you lah mak!!

Bila dah sampai kat kedai Popular, Eatons dan MPH 1B..saya dengan gelojohnya mencari buku tu sambil-sambil saya carikk juga buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Saifulislam.com. Alhamdulillah, semua buku yang saya nak tu ada kecuali Murabbi Cinta huhu. Tapi tak apalah, slow-slow bah, nanti saya turun kedai buku lagi kalau ada duit poket nak borong buku lain pulak hehe. (inilah cara penganggur mengisi masa lapang)

Review buku Denyut Kasih Medik:
Panjang jugak intro kat atas tu kan, emosi je lebih kot hehe. Okey, secara keseluruhan buku ni memang memuaskan hati saya, berbaloi dengan harganya. Tak rugi saya ikat nafsu nak beli baju, shawl or whatever lah hehe. Semasa membaca buku ni, saya rasa seolah-olah saya berada dalam cerita tu tapi hanya sebagai penonton. Ianya menceritakan bagaimana pengalaman seorang doctor muda menghadapi dunia kedoktoran dan beliau sangat menitikberatkan soal agama. Beliau berkongsi ilmu berkaitan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh CINTA. Sebab apa saya highlight word CINTA tu? Sebab dalam buku tu boleh membantu sesiapa yang punya masalah CINTA tidak kira samada sesama manusia, berlainan jantina, sahabat, keluarga dan kepada Tuhan.

Fiqh perubatan:
Walaupun saya bukan pelajar dari bidang perubatan, tapi buku ni banyak mengajar tentang masalah berkaitan medik. Maksudnya, sekurang-kurangnya memberi kita info tentang sesuatu penyakit dan kaitan jenis ubat yang dibolehkan dalam Islam, etika seorang doctor, dan sebagainya. Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana dia berhadapan dengan pelbagai ragam pesakit, waris pesakit mahupun karenah rakan sejabatan. best sebab ada info pasal surgery, wanita beranak, pembuangan bayi dan kepercayaan karut.

Fiqh wanita dan cinta:
Isu ni memang sangat popular dalam kalangan umat Islam. Bukan mudah untuk kita berhadapan dengan nafsu untuk mencintai dan dicintai sebelum ada ikatan yang sah. Dalam buku ni, menceritakan bagaimana kisah percintaan Dr.Muslih dan pasangannya, Qani’ah yang sangat mengkagumkan. Kedua-duanya punya latar belakang dan pegangan agama yang kuat, sangat menitik beratkan soal pergaulan dengan bukan mahram. Mereka diperkenalkan melalui orang tengah ataupun lebih dikenali sebagai cara khitbah. Orang tengah itu sangat mereka hormati dan percaya iaitu seorang ustaz. Kalau siapa yang dah baca buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, mesti akan faham kesinambungan buku tu dengan buku Denyut Kasih Medik. Disamping itu, Dr.Muslih juga sentiasa membantu sahabatnya yang juga bertugas sebagai doctor tetapi kurang pengetahuan dalam agama khususnya dalam hubungan cinta. sesetengah individu menganggap orang yang terlalu berpegang kepada syariat agama dalam perhubungan, seorang yang berfikiran kolot. padahal, tanggapan sedemikian salah sama sekali. itulah yang cuba dikupas di mana sahabat Dr. Muslih selalu memperlekehkan nasihat berkaitan pergaulan sosial.

Kalau nak tau lebih, silalah beli buku Denyut Kasih Medik.(entah sejak bila saya bertugas jadi promoter, tapi saya nak kongsi sesuatu yang baik untuk kamu bah hehe) Memang best sangat. Lepas baca kedua-dua buku tu, timbul keinsafan juga dalam diri ni. Terkenang dosa-dosa silam huhu. Buku ni sesuai juga untuk rakan-rakan yang bakal atau sedang bergelar seorang doctor. Kalau ada yang tengah ada masalah hati, bacalah buku ni, insyaAllah membantu hehe. Saya dah habis baca buku Aku terima nikahnya, nanti saya buat review pasal buku tu okey?best tau..huhu

sekalung penghargaan: 
Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi dan Hasrizal Abd. Jamil (saifulislam.com)


*KATA HATI: betapa manisnya bercinta selepas berkahwin. kalau dah bersedia untuk memikul tanggungjawab, bercintalah tapi lekas-lekas bernikah. tapi jangan menjadikan 'takut berzina' sebagai alasan untuk berkahwin awal sebab erti sebuah perkahwinan luas maksudnya..


Comments

ardinihumaira said…
dni rasa nak belilah buku ni ;)
[sutera kasih] said…
@ardinihumaira: dini belilah k..best sgt..sy jamin :)
HonEyBuNNy said…
suka baca nuku pemilik cintaku itu...;_)
Redbloodsnow said…
PINJAMMMMMMMMMMMMMMMMMMM...HEHEHE ^_^
Azza Firza said…
amboiii, rajinnn xD
[sutera kasih] said…
@honeybunny: sy pun suka..baca berulang kali pun tak boring :)
[sutera kasih] said…
@sis zie: hehe pinjamlahhhh :P mun rajin, pegi ktk ke kubah nun, ada kedey buku sia, ada jual sinun
[sutera kasih] said…
@azza: hehe mestilah rajin :P
tanggungjawab yg bukan mudah...
[sutera kasih] said…
@meniti senja: yup..kita hidup pun sudah satu tanggungjawab..
mmg manis bercinta selepas berkahwin..saya melaluinyaa..wee!!


Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …