Skip to main content

.doa ketika membasuh anggota wudhuk.

Salam sayang semua :) hari ni saya nak kongsi ilmu punya..bukan KongSi: Lu Langsi Lu Mati lakonan Shaheizy Sam tu yekk hehe selama ni mungkin ada antara kita ambil wudhuk just baca niat dan basuh bahagian yang sepatutnya. tapi dalam berwudhuk kita pun boleh berdoa, jom kita baca dan ingat doa ni sama-sama okey :)

DOA KETIKA MEMBASUH ANGGOTA WUDHUK

Doa ketika membasuh muka:
“Wahai Tuhanku, putihkanlah mukaku dengan cahayaMu di hari yang Engkau putihkan muka-muka wali Engkau dan janganlah Engkau hitamkan mukaku di hari yang Engkau hitamkan muka musuh-musuh Engkau”

Doa ketika membasuh tangan kanan:
“Wahai Tuhanku, berikan buku catatan amalanku dengan tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah”

Doa ketika membasuh tangan kiri:
“Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan Engkau janganlah Engkau berikan buku catatan amalanku dengan tangan kiriku ataupun dari belakangku”

Doa ketika membasuh kepala:
“Wahai Tuhanku, basuhkanlah kepalaku dengan rahmatMu dan turunkanlah bagiku dengan berkat Engkau. Payungilah aku dengan paying-payung ARASY Engkau di hari yang tidak ada bagiku melainkan paying-payung Engkau”

Doa ketika membasuh dua telinga:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendengar segala perkataan dan ikutan yang baik-baik dan dengarkanlah daku seruan-seruan syurga. Syurga orang-orang yang mendapat kelepasan”

Doa ketika membasuh tengkuk:
“Wahai Tuhanku, jauhkanlah tengkokku daripada api neraka dan aku mohon berlindung denganMu daripada rantai-rantai yang menjerut leherku di hari kiamat kelak”

Doa ketika membasuh dua kaki:
“Wahai Tuhanku, tetapkanlah kakiku di atas titian Siratul Mustakim bersama hamba-hambaMu yang soleh, Aku berlindung dengan Engkau agar kakiku tidak tergelincir atas titian Sirat api neraka”


*KATA HATI: doa adalah senjata umat :)


Comments

Redbloodsnow said…
eeee mek maok amalkan doa² tok eh :) thanx cyunk! :)
waahhh ! info laa sis ... i love this entry ... :D
ardinihumaira said…
sama2 kita amalkan :)
[sutera kasih] said…
@sis zie: sama2 kita amalkan k kak :)
[sutera kasih] said…
@atien: yup, sharing is caring is l0ving is sweet :)
[sutera kasih] said…
@ardini: yup, sama2 :)
yayalya said…
info berguna ni :)
wah best2 mek mok ngamal doa2 tok kelak..:)
[sutera kasih] said…
@yaya: yup..aku taip dr buku panduan solat hehe..evn dh reti solat, tp nk rujuk baliklah manatau ada sebutan2 tak betul..
[sutera kasih] said…
@putree sejinjang: amal la kak, kmk pun dh amalkan..hehe

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …