Skip to main content

.renungan di hari yang mulia..salam maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H.

Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera
kepada pembaca setia blog saya

اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

Selawat ke atas junjungan baginda Rasulullah..Nabi Muhammad kita yang tercinta. Bersyukur dan menghargai atas rahmat Allah s.w.t kepada kita melalui pengutusan baginda Rasulullah s.a.w yang telah menerangi kehidupan manusia seluruh alam..menghargai segala pengorbanan dan perjuangan baginda yang tidak ada tolok bandingnya dengan apa sekalipun, pengorbanan baginda sangat besar kepada umatnya, kasih sayang dan cintanya terhadap umatnya tidak berbelah bahagi..sentiasalah kita berselawat ke atas baginda, semoga kita mendapat syafaat baginda semasa di akhirat nanti..marilah kita sentiasa muhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya semoga baginda tidak sedih melihat umatnya di akhir zaman ini..hargailah peluang masa yang ada untuk kita berusaha berubah ke arah kebaikan, jangan malu untuk memulakan perubahan diri ke arah positif kerana jika kamu malu, sampai bila kamu nak hidup tanpa perubahan positif??tepuk dada, tanyalah iman masing-masing..

Mari kita sama-sama renung-renungkan persoalan-persoalan seperti: 'kenapa aku susah sangat nak berubah?'..'macam mana aku nak buat dia berubah?'..dalam hati kita bermonolog sendiri, 'ishh, malu lahh nak pakai tudung, nanti dorang gelak kat aku pulak'...'ermm, aku nak belajar solatlah tapi malu pulak umur dah dewasa ni pun tak reti nak ambik air wudhuk'..'lama betol dah aku tinggalkan solat, rasa nak solat lagilah tapi takut pulak tak istiqomah'...'hmm, Tuhan terima tak solat aku ni yaaa??dah lah aku dah pernah banyak buat dosa'...'bestnya tengok kawan-kawan masing-masing dah ada keluarga sendiri, ada tunang, bahagia pulak tu, aku ada jodoh ke takk ekk..entah siapalah nak kat aku ni yerr..takkanlah lelaki kat luar tu nak jadikan perempuan yang lalai jaga maruah sebelum ni sebagai bini seumur hidup kott..amat mustahil..menyesal pun tak guna dah'..kalaulah dulu aku kuat iman jaga aurat, tak lah aku rasa menyesal sangat macam sekarang ni..malu sangat kat Tuhan'...'jelesnya tengok kawan-kawan yang taat jaga aurat & ibadat..'..

Kamu pernah tak terfikir persoalan-persoalan macam tu atau terlintas di hati?Okey, takkanlah ada yang nak mengaku di ruang public macam ni kan?tak pa2..saya faham kerana saya jugak seorang manusia biasa macam kamu. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk menjawab segala persoalan yang menari-nari di benak fikiran kita? kuncinya hanya satu sahaja iaitu DIRI SENDIRI. Maksudnya, tiada siapa yang dapat mengubah nasib diri kita melainkan diri kita sendiri. Ya..kita ada berdoa, setiap kali habis solat kita akan berdoa meminta itu dan ini kepada Allah Taala. Tapi semua yang kita minta tu perlukan usaha dan kita perlu bergerak untuk mendapatkannya. Bukannya hanya duduk diam menunggu 'emas' jatuh dari langit...

Selepas kita memperolehi segala apa yang diminta, jangan pernah lupa untuk bersyukur dan menghargai nikmat yang Tuhan bagi untuk kita..Kebiasaannya manusia hanya ingat kepada Tuhan ketika dirinya ditimpa kesedihan, kegagalan, kelukaan, musibah, kekecewaan dan sewaktu dengannya..seolah-olah Tuhan itu wujud hanya ketika dirinya ditimpa musibah. Pelik kan? Padahal Allah Taala sentisa bersama hamba-Nya tidak kira waktu kerana Allah Taala itu tidak tidur. Allah Taala itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..jika kita sentiasa menjaga urusan-Nya, insyaAllah, Allah Taala juga akan sentiasa menjaga urusan kita malah lebih daripada apa yang kita jangka..

Sempena hari yang mulia ini, hari memperingati kelahiran junjungan baginda nabi Muhammad s.a.w yang amat kita sayangi, bersama-samalah kita muhasabah diri dan merenung semula ke dalam diri masing-masing, 'apa yang aku dah lakukan selama aku hidup?'...bersama-sama kita saling berdoa dan memohon hidayah serta petunjuk dari-Nya agar ditetapkan iman kita, dijauhkan dari segala sifat mazmumah dan anasir-anasir buruk, dan sentiasa sedar diri...sebelum saya berundur diri, jom kita sama-sama menghayati bait lirik lagu Nabi anak yatim yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan :)

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api di biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung

-Raihan-

FREE DOWNLOAD MP3 Nabi anak yatim-Raihan
KLIK SINI




sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

deAnza-wAnda said…
salam maulidur rasul jugak dear.. mish u lahh... so much... email me ur no k...
yayalya said…
salam maulir rasul yan...lama tak singgah blog cute ko hihihi
@wanda: salam maulidur rasul gak :)
yup..lama hilang sbb kena sindrom malas update blog :P
@yaya: hehe..aku pon baru muncul ni..baru dpt nk BW :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …