Skip to main content

.majlis khatam Al-Quran dan adat kaum Bajau.

Salam sayang semua..ahad yang memenatkan tapi mengenyangkan hehe. dari pagi tadi lagi hinggalah ke petang saya menghabiskan masa pergi ke majlis khatam Al-Quran dan kenduri arwah saudara. Saya nak kongsi tentang adat kaum Bajau di Sabah, tapi saya lupa pulakk nama penuh adat tu, adoyaiii kalau paper final exam bisa gagal hehe.kalau tak silap 'adat Patalian'. kalau ada yang tahu, sila betulkan yaaa. Adat tu diadakan semasa majlis khatam Al-Quran.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. majlis-majlis ilmu macam ni para malaikat turut berkumpul bersama-sama. selepas acara khatam Al-Quran, acara bermarhaban dan berselawat beramai-ramai ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, sempena maulud nabi (kelahiran baginda Rasulullah) pada 12 Rabiulawal yang lalu. pssstt..cantek kan pentas mini tempat gadis ni khatam Quran? she's very intelligent girl. she is only 22 this year but, baru sahaja menghabiskan pengajian peringkat degree dan insyaALLAH, minggu depan menyambung pengajian lagi dan hujung tahun ni akan menamatkan pengajian peringkat sarjana (master) in banking finance or account if tak silap. sangat bijak. dapat anugerah pelajar cemerlang pulak tu, wowww..!!!saya masa umur tu tak habis belajar lagi peringkat degree huhuhihihi..you're very lucky girl, dear :)
yeahhh..inilah antara barangan yang termasuk dalam adat Patalian kaum Bajau. hiasan bunga beserta beberapa keping wang kertas. kalau nak,ambil lah hehe tapi tak boleh, its not mine and yours :P
yang ini pun sama juga termasuk dalam adat Patalian. hadiah replika berbentuk masjid yang dihiasi dengan pelbagai makanan. yang kat atas tu susunan gula-gula. yang di dalam pulak kuih muih tradisional masyarakat Bajau. nampak tak pagar-pagar dan bendera tu? yang tu wang kertas yang bernilai...entah hehe okey, dua hadiah tu diberikan kepada guru yang mengajar gadis comel kat atas tu hingga berjaya khatam Al-Quran. semua hadiah tu  pemberian tanda ikhlas dari keluarga anak murid kepada ustazah/ustaz yang mengajar anaknya membaca Al-Quran. itulah salah satu adat masyarakat kaum Bajau di Sabah, kaum bapak saya hehe. kalau adat sebelah mak pulak Melayu Sarawak kat Sarawak, biasanya kami akan hadiahkan pulut nasi kuning, hadiah sampingan seperti kain dan wang saguhati kepada guru yang mengajar mengaji. kalau adat kamu pulak? jom lah kongsi :)
Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana memberi buah tangan kepada hadirin yang hadir. kain tenunan berwarna emas tu buku doa-doa harian dan beberapa surah Al-Quran. yang dalam bekas kecil tu nasi pulut kuning dan kipas tangan hehe. sampai je rumah tadi terus saya memengsankan diri atas tilam yang empuk hihi.


*KATA HATI: tahniah kepada cik Intan Nurain bte Nasir, walaupun kamu tak kenal saya tapi saya sentiasa doakan kejayaan kamu, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan sentiasa hidup penuh dalam keberkatan-NYA.amin =)

your very truly, YANN.

Comments

[sutera kasih] said…
@meniti senja: amin :)
Redbloodsnow said…
yobi..kacak li jak tempat k baca khatam ya ow. suka mek diat..huhu
[sutera kasih] said…
@sis zie: yup..kacak ohh..ya bok khatam, lom gik mjlis betunang ka kawen ka, cmne ndak ka..msti gik mewah hehe
HonEyBuNNy said…
cntiknya adat khatam quran tu...buah tgn yg dapat pun cntik....suka tgk kain tenunan emas tu..
Cik Yana said…
Wah~ majlis khatam Quran macam majlis kawen la pulak :)
[sutera kasih] said…
@honeybunny: yup..tp kalo org biasa, buat biasa2 saja :)

kain tenunan emas tu made in jakarta..cantik kan..
[sutera kasih] said…
@cik yana: yup but nice hehe
Yann Mazian said…
macam pelamin jak mek nangga tempat khatam ya. hehe. kacak oww.
gift diberik cdak pun kacak juak, buku doa harian ya.
[sutera kasih] said…
@yannmazian: yalah..hehe tp kck owhh..serba puteh..nice..yup gift pun kck
meriah.. mcm org bertunang or kawen kan?? cantikk
aaaaa ! atien pon teringin nak buat khatan depan org .. tpi , takot ..
hahhahahahhahahahah ...
[sutera kasih] said…
@diyana nordin: yup..meriah..cantik :)
[sutera kasih] said…
@atien: hahhh, atien nk berkhatan depan org????hehehehe
_aReyOu_ said…
anak datuk nasir ya? stdy mana dia tue kak? australia jgk ka?
[sutera kasih] said…
@ayu: yup..yeahh di perth..baru jak tadi ptg pegi sana lg sambung master.
_aReyOu_ said…
hehe.. mmg tu, lau ank2 datuk mmg ramai stdy d perth.. hehe.. penah jg dpt twrn p sana.. XD
[sutera kasih] said…
@ayu: hehe iya..biasala bah ituu..kita ni biasa2 jak :P
yaka?napa ndak pegi???tp ndak pa lah kan..mgkn da hikmah jg kan :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …