Skip to main content

.bacalah: nasib seorang penganggur.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua:)
ada sesiapa kat sini jobless atau penganggur ataupun lebih enak dipanggil 'penanam anggur'?hehe kalau ada, samalah kita!!! apalah nasib badan fresh graduate?? baru saya dapat rasa keperitan fresh graduate yang sangat susah nak dapat kerja. sebelum tamat pengajian, buat pandang tak pandang je isu pengangguran di kalangan belia di negara kita ni sebab masa tu saya tengah 'enjoy' buat assignment, final project, research, production, ke sana ke mari.
point penting yang biasa dibahaskan berkaitan fresh graduate dan pengangguran:
  • kurang kemahiran dalam berkomunikasi
  • tahap penguasaan bahasa english yang agak kurang memuaskan
  • kurang pengetahuan am dan isu semasa
perkara kat atas tu memang ada kebenarannya tapi bukan semua tau segelintir sahaja. tak perlu cari contoh jauh², ambil contoh saya je huhu. walaupun saya belajar dalam bidang komunikasi, tapi saya ni agak lembap sedikit untuk berkomunikasi secara formal. bahasa english? kalau diberi tahap ukuran dari 1 hingga 10, tahap penguasaan saya berada di tengah² sahaja. pengetahuan am dan isu semasa? bolehlah, kena rajinkan lagi untuk mencari dan ambil tahu.

teringat masa latihan praktikal, masa tu dah minggu akhir latihan. so kena jumpa penyelia latihan. masa tu saya praktikal di bahagian bilik berita RTMKK. hmm,memang memori yang terus tersemat di kepala sebab, penyelia tu tanya pasal isu semasa. isu tentang perkhidmatan perkapalan yang berkaitan dengan eksport dan import di pelabuhan, isu tu memang sangat hangat masa tu kat Sabah. kamu tahu tak isu tu? masa tu saya dah rasa macam nak tampar diri sendiri pun ada haha. sebab? saya tak tahu secara terperinci, saya hanya tahu sikit². nasib baiklah penyelia tu sangat baik hati, dia bagi nasihat kalau nak jadi reporter atau apa profesion sekalipun, kena rajin dan mesti ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita termasuk perkara seluruh dunia. hahhh ambekk kauu yann. paling penting juga, mesti menguasai bahasa english. aduhhh. paling utama, mesti ada KEYAKINAN DIRI dan BERANI. okey boss!!!

situasi nasib seorang penganggur macam saya sekarang memang menyakitkan.SEBAB:

1.jiran tetangga termasuk ahli keluarga akan mula sibuk bergosip "eh, anak si anu tu tak kerja lagi ke?bukan dia dah habis universiti ke?anak aku tak masuk universiti pun dah kerja kerajaan tau". tak baik buruk sangka tau hehe.maksudnya, sentiasa akan ditanya, "dah dapat KERJA?".
 
2.duit poket memang kempis.tak sampai hati nak mintak duit mak bapak selalu.tapi kalau kawan dah ajak keluar, terpaksa jugak menebalkan muka mintak duit kat mak bapak.kesian mak bapak saya penat cari duit.kadang² segan gilerr bila kawan asyik belanja makan atau minyak kereta.sebab tu lah sekarang saya jarang keluar jalan² kalau tak penting sangat.

3.berat badan dah menggelembung dan mata dah naik sembap menghadap PC selalu sebab cari kerja kat internet.sekarang sedaplah zaman teknologi, cari kerja kat internet je.kadang² dapat informasi kerja kosong dari sahabat² yang baik hati :)

*KATA HATI: kalau orang yang tiada pengalaman langsung, macam mana nak dapatkan kerja?sebab kadang² sesetengah kerja tu memerlukan orang yang ada pengalaman dalam tempoh² ditetapkan. macam mana orang yang tiada pengalaman nak dapatkan pengalaman kalau begitu? kadang² bila dah dapat kerja nanti, kena berhadapan dengan pelbagai kritikan pedas dari rakan sepejabat. fuhhh kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal ni hehe sila klik SINI untuk baca antara kritikan pedas.

your very truly, YANN.

Comments

Amni said…
so now kitak kat siney deng? rindu kamek ngan kitak... kamek dah jarang gilak2 blogging nektok aie...
Zura said…
sabar ye...lama2 akan dpt jugak keje tue..kena rajin submit applicationlah...hehe...dh serik lalui sume tue...
kehidupan berkejaya adalah berbaza..
cik blogger said…
inilah hakikatnya nasib kita skrg ni yan~
speechless sdh aku..bila ckp psl benda ni..penat..huhh ;(
[sutera kasih] said…
@amni: kmk d rmh jak tok hehe..aok jrg ngga ktk update bah huhu
[sutera kasih] said…
@zura: yup betul tu kak..kena sabar je la hehe
[sutera kasih] said…
@meniti senja: yup...rs mcm takut ngee
[sutera kasih] said…
@cik blogger: yup..slalu tgk ko mengeluh dulu..skrg baru ku tau rasanya hihi
little cart00n said…
elie tak nampak lagi macam mana kehidupan bekerja..mungkin nnt kot..
skrg fokus study dulu..
heee..
[sutera kasih] said…
@little cartoon: hehe xpe dek..xyah pikir dulu k..just fokus your study dulu :)
izaLis™ said…
aku sentiasa doakan ko cpt2 dpt keja, yann..sbb skgni aku pun sibuk nk cari part time sambil tggu konvo.hikhik..
[sutera kasih] said…
@izza: hehe thanks izza..aku pun mau jugak part time..xda pglmn keja ni :P
fadhdeela said…
sabo erkk insyallah ada keje tu..ambik cos ape?

Meh singgah: Konsert Hore-hore Aznil!!
fadhdeela said…
kalo IT leh tolong :)
[sutera kasih] said…
@fadhleela: insyaAllah kak..ambik komunikasi bidang journalism broadcasting huhu
betoool tu .. rmi jugak laa penanamanggur sekrng nie kn ? atien sllu nmpk depe sllu lepak kat mall ..
hahaha ... mungkin diorng nak tggu anggur depe berbuah dulu kot baru keje .. huhu .....
[sutera kasih] said…
@atien: tau xpe..tu penanam anggur yg tggu anggur berbuah la tu hehe
imm eusoff said…
kita mengalami nasib yang sama. setujuuuuuu sangat2. -,-"

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …