Skip to main content

♡ Pilihanraya Dun Galas & Parlimen Batu Sapi..berpihak kepada siapa? ♡

Saban hari di dada-dada akhbar mahupun media cetak dan elektronik sentiasa melaporkan berita terkini berkaitan pilihanraya yang akan diadakan pada hari Khamis bersamaan dengan 4 November 2010 di Dun Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

Malah media alternatif juga turut aktif membahaskan isu tersebut. Entah kenapa saya tergerak hati nak blogging pasal isu ini tapi sebagai seorang yang berpendidikan kena bijak mengatur kata sebelum melontarkan pendapat harus diteliti sumber & ketepatan fakta. Jangan terlalu emosi apabila memberi pendapat, teringat kata-kata pensyarah dulu untuk menjadi seorang yang berintelektual dan dihormati setiap kali sebelum menyusun kata-kata haruslah berfikir dengan sebaiknya, fikirkan pro dan kontra apa yang hendak disampaikan.

Waktu pengajian dulu semasa di dalam bilik kuliah untuk kursus berkaitan dengan Media, Budaya dan Masyarakat.Saya didedahkan tentang perbezaan media arus perdana dan media bukan arus perdana serta dikaitkan juga berkenaan budaya dan masyarakat dalam penggunaan media tersebut. Secara umumnya media arus perdana memaparkan dan menghebahkan berita dan maklumat yang pro-kerajaan sahaja namun media bukan arus perdana pula kebiasaannya digunakan oleh pihak yang bukan kerajaan dan mereka hanya berpeluang bersuara melalui media bukan arus perdana untuk menyebarkan agenda & idealogi masing2.

Saya pernah membuat tugasan individu berkaitan Pengaruh Media Massa dalam Pilihan Raya semasa saya dalam semester dua di tahun pertama di universiti. Pada peringkat awal mengumpul data-data dan rujukan memang agak sukar sebab bukan mudah hendak menulis esei panjang berkaitan media dan pilihanraya, tambahan pula di tahun pertama biasalah budak baru belajar hehe..Tapi saya tidak memfokuskan di mana-mana negara, hanya membincangkannya secara umum.

Ok, dapat 'pick-up' tak apa yg saya nak sampaikan?huhu. Rasa macam bagi kuliah pula hehe sekadar berkongsi ilmu bahh :P Entry saya kali ini bukan nak 'blame' mana2 pihak ok? nanti ada yg salah faham pulak..mampus saya huhu

Saya juga mempunyai teman yang berpihak kepada kerajaan dan ada juga yang berpihak kepada bukan kerajaan saya bukanlah seperti mereka yang bijak dan petah bila berbicara tapi saya hormat dengan pendirian & pandangan mereka. Seringkali menjadi 'silent reader' melihat pendapat2 individu terhadap sesebuah parti tidak kira pihak yang pro kerajaan ataupun kontra. Bukan mudah hendak berbahas tentang perkara politik sekiranya tidak mempunyai pengetahuan yang luas.

Pilihanraya di Batu Sapi, Sandakan telah menimbulkan pelbagai isu baru yang kita sendiri pun tidak tahu menahu apakah motif disebaliknya. Contohnya isu "Blok Minyak" yang ditimbulkan oleh Datuk Yong Teck Lee, calon SAPP dan kenyataan tentang "Sabah untuk orang Sabah". Pernah dengar x?Mungkin ada yang tidak ambil tahu sebab berfikiran 'Ahh, bukan aku orang sana, buat apa mau ambil peduli'..Jangan bersikap begitu, sebab kita semua dalam satu negara jadi kena ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita :]

Manakala pilihanraya di Galas, Kelantan juga tidak lari dari timbulnya pelbagai isu dan beberapa spekulasi. Baru-baru ini berita TV melaporkan bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan memberi rasuah kepada pengundi, namun dikatakan beliau memberi zakat kepada individu tersebut yang baru sahaja masuk Islam. Wallahualam..kita pun xtau sejauh mana kebenarannya. Sebab kita xboleh nak mentafsir dan mengadili dengan hanya melihat gambar. Pengaruh media memang agak kuat dalam pilihanraya, terpulang kepada individu untuk menilai baik dan buruknya.

Persoalannya, pilihanraya di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi berpihak kepada siapa?InsyaAllah keputusan pilihanraya DUn Galas & Parlimen Batu Sapi akan kita ketahui sekejap lagi..

credited : Uncle Rozzalin

Pilihanraya di Batu Sapi Sandakan..bapaku pun sibuk
seminggu tiada di rumah sebab menjalankan tugasnya..
sekiranya terdapat kenyataan saya yg silap atau tidak betul, mohon perbetulkannya di ruang komen yaa..



--------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE 4 NOVEMBER 2010 (KHAMIS) 9.00PM

DUN GALAS : BN menang dengan majoriti 1,190 undi mengalahkan PAS

PARLIMEN BATU SAPI : BN menang dengan majoriti 6,359 undi mengalahkan PKR & SAPP

Tahniah kepada calon yg berjaya memenangi hati rakyat..diharap dapat melaksanakan tugas dan menyampaikan suara rakyat kepada pihak pemerintah serta menunaikan janji2 yg telah disuarakan :] Setiap apa yang telah ditentukan oleh-Nya pasti ada sebab & hikmah..terima dengan hati yg ikhlas dan jangan sesekali mengadu domba sesama sendiri, buruk padahnya kelak.



sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

@MENITI SENJA: semua pun tau jwpn kpd persoalan ini :]
Ullyana zaidy said…
tahniah sape yg mng gak :)
hehe
Ullyana zaidy said…
ehehehe...amek jpurnalism gak eh?hihi
@ULLYANA: tahniah2 hehe..
yup, dulu saya ambik journ & broadcast jugakk :] samalah kita hihi
Hanis MY said…
Salam ziarah terima kasih sudi singgah... wahh sangat informatif!
@HANIS MY: salam jugakk..ehhh ni akak yg tggl kt jepun ni kan??hehe tq jugak sbb sudi singgah cni :] blog akak pun informatif jugak..bgtau psl jepun ^^

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …