Skip to main content

♡ Panduan Menjawab MTEST KPLI 2010 ♡

Salam semua my readers..ada yang memohon KPLI pengambilan 2011 tak?Mari kita berkongsi panduan menjawab MTEST KPLI..soalan ujian tu sama tak dengan soalan MedSi??Ada sama sikit mungkin..Antaranya soalan berbentuk Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), Analitikal, Kuantitatif, Bahasa Melayu (Verbal) & English dan blablablablabla...Are you ready being a TEACHER???Pendidikkkkkk ~

KPLI : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Semakan sudah boleh dibuat since 8hb Nov 2010 (Isnin). Mungkin ada yang seperti saya masih 'blur-blur' tak tau macam mana contoh bentuk soalan yang akan dijawab pada hari Sabtu ini (13 Nov 2010). Saya kongsikan apa yang saya tahu dari kawan saya si Shila, thanks dear for sharing !

MTEST : Malaysia Teacher Selection Test / Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia. Ianya sebagai saringan pertama untuk pemohon sebelum dipanggil untuk melepasi saringan kedua temuduga. Setelah berjaya melepasi ujian-ujian tersebut, calon pemohon yang berjaya akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di institut / Maktab Perguruan Malaysia.

KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:

Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
1 Kuantitatif 30 30
Bahasa Inggeris 25 30
2 INSAK 135 30
3 Analitikal 20 30
Verbal 25 30

Untuk pengetahuan lanjut dan lebih terperinci berkaitan dengan KPLI dan MTEST, termasuk bentuk-bentuk soalan yang perlu dijawab, kamu boleh klik DI SINI. Di situ ada diberi penjelasan yang sangat lengkap dan saya faham pasal MTEST ni pun kat situ.

Contoh soalan Insak, Verbal, Analitikal & Kuantitatif Mtest :

Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 | Set 5 | Set 6
| Set 7 | Set 8 | Set 9 [credited : DI SINI ]

Set 10 | Set 11 | Set 12 | Set 13 | Set 14
| Set 15 | Set 16 | [credited : DI SINI ]

Contoh Soalan Perbandingan Kuantitatif : DI SINI

Contoh Soalan Verbal English : DI SINI


credited : Mr.Google

GOOD LUCK kepada yang akan menjawab MTeSt sabtu ni :]
Wish me luck toooo huhuhuhihihi

sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

sayang...

good luck...semoga kamu berjaya...
boleh sis gelar cikgu....


suka sangat....
@SIS SITI: thanks sis!!gementar ni..kecutttt nk jwb exam huhu..hrp2 xsusah :(
@HONEYBUNNY: Thanks dear :)

@MENITI SENJA: Terima kasih kawan ~
Redbloodsnow said…
haaa...pd yg sit for this test. sila alert this alert ea...hikss
@SIS ZIE: Haaaa..doakan kmk sik takut2 jwb eaaa :P
Pn. Zana said…
sy baca blog awak ni for my half day tau!! de info good tuk Mtest calon2 ni. good luck yer..

i follow awk ni..:)
@PN.ZANA: wahh..terharu saya hehe thanks Pn.Zana :)

i will visit back your blog later yaa..hehe
boleh tu ;) gud luck ya!!! da dpt, blnja.. haahah ... kidding :P
@AQ.DAN.PUTRA.KU: haha thanks dear..minta blnja si kak izza :P

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …