Skip to main content

[ tanpa disedari duit diperolehi di internet pun boleh jadi haram ]

Salam Ramadhan (^_-)
entry aku kali ni tanpa gambar hihi
Oh ya, start from today aku remove dah
chatbox a.k.a shoutmix dalam blog ni
(cukup2 aku tak suka dgr org ckp dlm hati
'ada aku kesah?'..'suka hati ko lah nak remove'
sila senyum hehe)

kerana..kerana..kerana...SEBAB!!!!

haizz..kecewa dgn sikap sesetengah pihak
salahguna chatbox a.k.a shoutmix
aku letak benda tu utk memudahkan
kawan2 drop mesej or
exchange link
TAPI yg aku sakit jiwa ni

ada pihak tu 'sangat sopan' tinggalkan mesej
kat box tu dengan penuh mesra
ala2 rasa dihargailah gitu
jadi aku dengan happy dapat kawan baru
terus klik
LINK yg ada pada namanya
yg sungguh
SUCI MURNI
aikk tiba2 aku ke laman web pasal
DUIT WANG MONEY

brrrrr...kalau sekali dua tu aku boleh tahan lagi
ni tidak..makin menjadik2
aku malas nak mengatur setting blacklist segala
aku rasa macam nak ketuk2 jakkk haha

kalau nak dapatkan duit & rezeki lebih sekalipun
gunalah cara yg
HALAL dan BETUL.
tak salahkan kalau nak aku tolong klik link
yg boleh bagi rezeki kamu tu??
JUST jujur jak lah bagitau kat chatbox tu
tak payahlah nak menipu2 adoiiii


cakap jak lah macam ni
"hai saya dah singgah kat page kamu,
saya dah tolong bg traffic kat kamu,
jadi tolonglah klik link saya pulak"
haaa..yg tu aku boleh terima & pertimbangkanlah
at least jujur kan even agak macam terdesak hihi


ini tidak..adaka patut camni
"BUKAN NAMA SEBENAR: Salam..nice blog
saya dah update latest entry yg menarik,
jemputlah ke blog saya"
hahhh..sejuk hati aku baca tambah2 lagik
dia cakap dia dh update new entry
masa tu aku tengah bohsan gilerr
jadikk aku kliklah
kat nama org tu tanpa melihat url tu
yalahh..aku anggap org tu jujurkan
tiba2 aku ke alam
PERNIAGAAN INTERNET
dahlah guna nama islamik..ishh3


sebelum ni aku ada discuss hal KLIK FRAUD
dalam entry pasal Nuffnang akan banned
blogger yg main tipu dalam hal klik2 ni
kecoh jugak dulu isu mintak klik diklik ni
jangan anggap hal camtu kecik tau
kalau guna cara yg salah dalam mendapatkan wang
sedar tak DUIT yg diperolehi tu HALAL ke HARAM?
mungkin hal camni ada yg terlepas pandang
sama2lah kita saling ingat mengingat

sekali duit HARAM dah bercampur
lepas tu dibelanja bagi anak bini keluarga makan
terus mengalir ke darah daging duit HARAM tu
hahhh..pandai2lah fikir.
kang aku over ada pulak yg ckp aku ni PENYEBOK


boleh tak kita blogging secara SIHAT?
blogging tanpa rasa nak kejar2 DUIT?
bukan tak boleh..boleh bahh
aku pun nak jugak duit..sapa xnak duitkan?hehe
tapi biarlah berpada2..
tu kan sampingan dan rezeki tambahan


redmummy.com & The Eyes of Redbloodsnow
tak da pun buat sampai camtu
aku respek kat dorang blogging secara sihat.
bila blogging dgn ikhlas, readers nak baca pun ikhlas
sejuk jak hati nak baca..kan3??


bagus aku stop cakap hal ni kan
kang ada yg salah faham terus nak
kondem2 aku hahaha
jangan marah ok =)



*sejak aku dah tamat belajar ni aku jarang dapat tinggalkan komen
kat blog2 yg aku suka baca SEBAB dulu masa kat hostel internet laju
ibarat kereta dlm filem 2 FAST 2 FURIOUS tu jadikk senang jak nak komen.
TAPI sekarang koordinat aku ibarat dlm Hutan Belantara,
line internet broadband sangat mengecewakan menyebabkan aku terpaksa
menjadi SILENT READER kat blog2 kamu huhu sorry ya guys..

bila aku nampak iklan JALUR LEBAR 1Malaysia..aku jadik sakit hati haha
SEBAB..kalau ianya benar 1Malaysia, maka cepat2lah relisasikannya
terutamanya kpd pengguna yg berada di kawasan pedalaman tak dapat nak
melayari internet dgn rasa senang hati seperti AKU!!!huahuahua*





sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

umie said…
kalu dah x tahan buang jer..tp kalu umie..ignore kan jer..hheeee

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …