Skip to main content

[Resepi Kek Wawasan 2020]

◕Kek Wawasan 2020◕

◕Bahan-bahan◕
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
1 botol horlick kuning kecil
1 botol horlick chocolate kecil
2 sudu baking powder
1 botol koko kecil
1 botol jem buahan campuran
2 gelas tepung gandum
1 sudu the esen vanilla

◕Cara membuatnya◕
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul putih telur dengan segelas gula halus.
Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sampai habis.
Dalam bekas berasingan, mentega dipukul dengan susu manis.

Campurkan kedua-dua adunan.
Masukkan tepung gandum dan vanilla esen
serta baking powder
Gaul rata-rata adunan tersebut dan
bahagikan kepada dua bahagian
Adunan (A) dimasukkan horlick kuning manakala
Adunan (B) dimasukkan horlick chocolate.
Kukus adunan (B) terlebih dahulu sehingga masak

Kemudian angkat dan sapu dengan jem buahan
campuran di atas permukaannya
Selepas itu, lapis dengan memasukkan
adunan (A) tadi kemudian kukus.
Untuk menghasilkan lapisan yg nipis,
adunan (A) yg dituang di atas kek yg telah masak tadi.

Hanya dituang sebanyak sesudu kemudian
diratakan, kemudian dikukus.
Setelah masak ulangi langkah menyapukan jem
di atas permukaannya dan tuangkan
Adunan (B) pula dan seterusnya secara
berselang seli sehingga habis.




*Nota tangan: Horlick kuning/chocolate tu boleh
digantikan dengan perisa lain mengikut kesukaan korang lah..
nak letak milo ke, nestum ke,koko ke…
pastu kalau nak colourful, letaklah Pewarna lain2…simple kan?
korang dapat bayangkan camne rupa kek lapis?
lapis jak ok..lagi nipis lagi cantik lagi penat hihi*





sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

yan..ndada gmbr bha kek mu ni..
hihi..cuba ko wat bgambar step by step..
hahaha...
kak, sorry nada gambar hehe
Actually, byk resepi ni dr buku resepi mama..resepi kek dr srwk yg dia kumpul2..jd teda gambar hihi masa ia buat2 dl ndak tepkir plak kan gmbr2 kan..dl lom ada blog kui3 InsyaAllah, nti ia buat kek utk raya ku masukkan dlm blog ni k :P

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …