Skip to main content

[ Resepi Kek Hati Pari ]

◕KEK HATI PARI◕

◕Bahan-bahan◕
10 biji telur ayam
(2 biji dibuang putihnya)
16 oz mentega
9 gelas tepung gandum
2 gelas gula kasar (dimasak)
4 gelas gula merah
6 sudu meja gula hitam
2 keping coklat Cadbury (dipotong halus)
½ kati kismis hitam (dipotong halus)
2/3 sudu the bikarbonat
1 botol horlick

◕Cara-cara◕
Mentega dikuar dengan gula merah sehingga rata.
Masukkan dua biji telur yang telah dibuang putihnya.
Masukkan telu sebiji demi sebiji hingga habis.
Kemudian masukkan horlick dan kuar lagi.

Kemudian, masukkan tepung dan
kuar seterusnya masukkan bikarbonat dan gula.
Kuar sehingga sebati, lepas tu masukkan coklat
yang suda dihaluskan terlebih dahulu.

Masukkan kismis yang telah dihaluskan.
Akhir sekali, masukkan gula hitam dan
gula yang sudah dimasak tadi.
Kukus selama 8 jam.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Kek hati pari ni famous kat Sarawak..my mak kata kek
ni susah nak buat sebab kena kukus sampai 8 jam
bisa habis gas dapur hehe...

Oppss..sorry..tiada gambar utk kek2 dlm resepi ni
sebab my mak belom start buat lagi..awal lagi hehe
Honestly aku memang tak pandai nak buat kek
tapi akan belajar mewarisi kemahiran mak aku buat kek
my mak tak lah mahir buat kek berlapis2 kek Sarawak
tapi bolehlah sikit2...hehe

Kalau nak tengok gambar2 kek hasil
buatan my mak mcm kek susun bata & zig zag
sila klik di SINI
Selamat Mencuba (^___^)


*daripada kamu dok fikir nak order
kek Sarawak yg jauh2 tu..lagi bagus kamu
cuba belajar buat sendiri hehe
yang penting kena teliti sabar dan rajin dlm melapis2 kek ni
kalau nak cantik lagi kena ada pembaris kek hehe*



sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …