Skip to main content

[bingkisan sedikit ilmu di bulan Ramadhan]


Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan
dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa
mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu
Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan
denganmu aku beriman dan di atas rezekimu
aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah
yang amat mengasihani

Rukun Puasa
-Niat
-Menahan diri dari makan & minum serta
perkara-perkara yang membatalkannya

Perkara yang membatalkan puasa
-Memasukkan sesuatu ke dalam rongga
dengan sengaja kecuali terlupa
-Makan dan minum sepanjang hari
-Muntah dengan sengaja
-Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
-Keluar darah haid & nifas
-Gila
-Pitam atau mabuk sepanjang hari
-Murtad



Jika seluruh UMUR adalah DOSA
maka TAUBAT adalah UBATnya
Jika seluruh HARTA adalah RACUN
maka ZAKAT adalah PENAWARnya

Jika seluruh BULAN adalah NODA
maka RAMADHAN adalah PEMUTIHnya
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak =)




sharing is caring is sweet
ONLY SUTERA,
Bookmark and Share

Comments

peaNut said…
very good info..hehe..tq 4 sharing!!~

selamat beruasa k..
@peanut: thanks hehe..sharing is caring :) slmt berpuasa jugakk yaa peanut ^^
Nur Mudrikah said…
puasa itu terapi jiwa..spa syurga

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …