Skip to main content

Wanita, kereta dan hiasannya...

Kali ni saya nak bercerita mengenai 2 senario berbeza; berkenaan dengan wanita, kereta dan hiasannya. Kebanyakkan wanita mempunyai kereta, kebanyakkan wanita suka menghias kereta, tetapi apakah buruk dan baik disebaliknya.


Senario 1

Saya mempunyai sebuah kereta comel yang memang comel, iaitu Kancil. Dan sebagai wanita, tak dapat nak dinafikan, sememangnya perempuan gemar menghias kereta. Begitu juga dengan saya. Dalam Kancil saya yang comel itu, memang dipenuhi dengan anak-anak patung kegemaran saya. Ada set couple Hello Kitty Mc Donald, ada Lion King, ada Pooh, ada Tweety dan ada beberapa ekor lagi anak patung yang menjadi penumpang saya didalam kereta. Kena pulak, Kancil jarang diguna ketempat lain, sekadar ke tempat kerja saja; jadi tak kisahlah, penuh dengan anak patung. Bila memandu tu, terasa macam kat Toys r us pulak!!

Minggu lepas, saya kepasar dengan Kancil comel. Setelah selesai menbeli-belah, tiba masa saya nak memasukkan barang-barang kedalam kereta, entah dari mana muncul seoarng kanak-kanak.

"Auntie, nak Hello Kitty"..

Alamakkkk!!, .."Emmm..Kitty ni Auntie punyer..kalau adik nak, suruh ibu belikan ye.." pujuk saya.

Dengan tak semena-mena, terus dia meraung.."Nak Kitty, Nak Kitty, nak Kitttttyyyyyyyyyy.." sekuat hati..

Errrr...alamak, mampus aku. Nak bagi Kitty tu, sayang pulak. Tambah-tambah lagi mengenangkan betapa "berpenat lelah"nya saya beratur kat McD nak beli Kitty tu. Kena pulak Kitty yang budak tu minta, suami yang belikan. Suami yang bersusah payah beratur kat McD, semata-mata nak dapatkan set kahwin Kitty tu untuk saya.

Tiba-tiba, ibu budak tu datang. Memujuk dan mendukungnya dan berjanji nak beli anak patung lain.

Puhhhhhh... lega!! Selamat Kitty saya.


Senario 2
Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Sambil mencuci mata, melihat panorama pagi... sigadis, siteruna, silelaki dan siwanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja.

Tiba-tiba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang anggota polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut.

Tahu yang saya nampak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke..?"
"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.

Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar "mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta
wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.

Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.

Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.

Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.


Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!


Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!!

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …