Skip to main content

LOVE is CINTA




sekadar memetik attachement dr seorg teman…
semoga terdetik sesaat di hati utk difikirkan bersama..
Wallahu ‘Allam


I LOVE U… I MISS U…
AKU CINTA PADAMU…

Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang ‘mabuk cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya?

Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit. Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’. Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT.

Dalam tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya. Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:- “… ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya…” Al-Maidah, ayat 54 ” Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAHmengasihi dan mengampuni dosamu…” Al-Imran, ayat 31 ,Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain’

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi’atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT. Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???

Atau… adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci??? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian??? Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semuaperlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cintaatr ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn KhadijahAisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA…Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdgdilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DANHAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG…InsyaAllah…

Wallahu’Alam…Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain… sesungguhnya iniadalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita sertasahabat2 kita yg lain… semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAHSWT… Wassalam…


SUMBER: http://rileks.info

Comments

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …