Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

SNOW WHITE CASTLE AT 1BORNEO

THANK YOU 2 ELSA 4 de yUmmy c0keLat :) h0h0 meWi kEriSmEs..ermm bru jak ni plg dr jLn2 p 1B td..sma2 durg shila a.k.a lala hehe..durg p suping2 lerr..yawww ku buwink tgk 2 1B tp lau da usin nda buwink lerrr hihi..td b4 g 1B, bw c alin g jln2 d ums dl..c nmpk dia u yg chantek ( chantek kerrr???hihi )..naaa cian plak nada c elsa ikut ahh..pap0n THANX ELSA bg 2 c0klat s0dap :) durg masi lg jln td,mlsku j0in lg ya tah ikt bpa plg dl sma zul,afi,uncle mhli n mak munah hehe..a0k aaa lupa m0 c ceta,td bpa aaa t'lggr anak kucing kmi...ad0ii ciann :( mati trus nii..dh ajalkan..suda la td durg c kubur..cian kembarnya nada kwn main hehe..yawww pa bah ku m0 ceta ni sbnrnyaa aaa??ermmm iyaa td kan da sn0w 2 dlm 1B..chantek niii hehe..bknla sn0w bt0l2 bh..cam buih2 sbun laa tp its l0ok like SNOW..hehe..bahh mlsku kan bcel0teh lg,tgk jak gmbr2 d bwh aaa :P
ni castLe chantek kan??hehe..xmas kan kmrin,2laaa da ni bnda suma..da sn0w tp xnmpk hehe..0whh ya kan my kwn baek smbut xmas plak kmrin c davi…

Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir …

LOVE is CINTA

sekadar memetik attachement dr seorg teman…
semoga terdetik sesaat di hati utk difikirkan bersama..
Wallahu ‘Allam


I LOVE U… I MISS U…
AKU CINTA PADAMU…
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang ‘mabuk cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya?

Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit. Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’. Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT.

Dalam tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi …

Kebesaran Solat 2 Rakaat..Sayangnya Allah kepada kita

Kebesaran Solat 2 Rakaat





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada>aku? .”Lalu Allh swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur pada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang…

Bila Paderi terpaksa buka rahsia.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin…

Kesan ZIKIR pada otak manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara…

Salam Aidiladha

Ibadah korban dalam Islam

1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.Allah S.W.T berfirman;“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2 Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.Wallahuaklam

2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban? Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut se…

Doa Seorang Kekasih

"lamBanG cinta sEjati....jaBaL RahMah"

Oh Tuhan seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engaku redhai

Ya Allah ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhiratPadaMu
Tuhan ku mohon segal…

Wanita cantik yang suka menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
'Mengapa engkau menangis?'
'Kerana aku seorang wanita',
kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
'Dan kau tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'
'Semua wanita menangis tanpa alasan',
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi
seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan,
dan ia bertanya, 'Tuhan,
mengapa wanita begitu mudah menangis?'
Allah s.w.t berfirman:
'Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa,
'Aku membuat bahunya cukup
kuat untuk menopang dunia'
namun harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan'
'Aku memberikannya kekuatan dari
dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan y…