Skip to main content

Posts

PENGALAMAN MAHAL

Assalamualaikum & Hello !
Alhamdulillah, masih mampu bernafas dan jari jemari diberi kekuatan untuk menaip seterusnya mengisi ruang kekosongan blog yang sudah lama sunyi sepi. (hehehe) Kawan-kawan blogger pun dah banyak hilang. Hanya tinggal beberapa orang saja yang masih dilihat perkembangan hidupnya melalui instagram. Sebelum bulan April 2017 melabuhkan tirainya, 'baju' blog pun sudah ditukar kepada 'templete' yang lebih santai dan kelihatan sedikit 'matang'. Matang kerr?? (hahaha)
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..sepanjang blog ini sunyi sepi tanpa sebarang 'post' terkini, lebih kurang 3 tahun rasanya, kan? Sepanjang tempoh itu, disebabkan komitmen kerja yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak, diri ini tidak dapat 'memanjakan' jari jemari untuk mengarang sesuatu di dalam blog. Domain pun 'expired'. TETAPI, sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, terlalu banyak pengalaman berharga yang ditempuhi.
RAGAM MANUSIA.…
Recent posts

PEOPLE GO. MEMORIES STAY.

Rindu blogging. Tutup blog atau delete?

WOMEN'S SHIRTS OUTFIT IDEAS

Women’s Shirts Outfit Ideas Selain baju-t dan blouse, kemeja atau women’s shirts merupakan jenis tops yang paling popular dikalangan ramai wanita. Jenis pakaian ini juga sering menjadi pilihan utama bagi wanita bekerjaya yang ingin tampil bergaya ke pejabat. Mungkin koleksi t-shirt merupakan jenis pakaian yang paling digemari oleh ramai remaja, namun sejumlah bilangan wanita dewasa berpendapat bahawa pemakaian kemeja memberikan mereka keselesaan yang cukup optimum dan meningkatkan tahap keyakinan mereka. Berikut merupakan beberapa idea atau tips menggayakan koleksi kemeja atau women’s shirts; The best combination adalah dengan menggayakan koleksi kemeja tersebut bersama jeans kegemaran anda. Ini merupakan gaya kasual yang paling ideal untuk anda tampil bergaya dan kasual ketika cuti hujung minggu.
Alternatif kedua adalah dengan menggayakan koleksi kemeja anda tersebut bersama pemakaian skirts untuk kelihatan lebih feminine. Gaya ini sesuai untuk ke pejabat atau apabila anda ingin me…

INILAH AKIBATNYA LAMBAT BAYAR DOMAIN

Assalamualaikum & Hello ! Untuk makluman, nama untuk domain suterakasihyann.com sudah tidak aktif lagi untuk blog ini semenjak bulan lepas. Inilah akibatnya lambat bayar domain blog sendiri. Suka sangat tangguh-tangguhkan pembayaran, lepas tu lupa ! Lepas tu, domain pun dijual ! Padahal Bro Framestone dah pesan awal-awal dulu, cepat2 byr domain, kalau tak nanti domain kena jual..haaa kan dah kena ;'(
Akibat kekangan masa yang teramat sibuk, blog tersayang pun terabai sangat lama, kesian. Alhamdulillah dengan rezeki yang baik untuk tahun 2016. Insha Allah, nanti ada masa saya kongsi ya. Apa-apa pun, sedih domain suterakasihyann.com bukan milik saya lagi, domain tu sangat terbaik untuk tabung nuffnang saya sebelum ni bah, uwaaaaaa !!!!!! Okey lah, bye2

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …

TIPS HANTAR ANAK KE TASKA

Assalamualaikum dan hello :)
1. Rasanya lama sangat dah nak tulis entri berkaitan Tips Hantar Anak Ke Taska. Memandangkan hampir dua tahun dalam bidang ini, pelbagai karenah anak-anak, ibu bapa, pemilik dan pengasuh taska yang saya hadapi, malah macam-macam perkara sudah dihadam. Pelbagai cabaran setelah menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak di taska walaupun saya degree holder. Bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dari peringkat bayi hinggalah berumur 4 tahun, tabiat sesama rakan kerja dan majikan, ibu bapa dan juga masyarakat.
2. Sebelum saya bercerita lebih panjang lebar, saya kongsikan terlebih dahulu Tips Hantar Anak Ke Taska untuk panduan ibu bapa yang baru bercadang untuk menghantar anak ke taska. Ini hanya sekadar pendapat peribadi saya selama bekerja dalam dunia taska. Saya harap perkongsian ini dapat membantu melegakan hati ibu bapa di luar sana yang saya faham masih ragu-ragu untuk menghantar anak-anak ke taska. Maklumlah, ibu bapa mana yang …

BLOUSE MURAH

Blouse adalah antara fashion item paling penting dalam almari pakaian seseorang wanita.Tahukah anda terdapat pelbagai cara untuk menggayakan blouse sama ada dengan memakaibutang sepenuhnya, masukkan ke dalam seluar atau skirt, ikat di hujungnya atau paling mudah biarkannya begitu sahaja. Pemakaian blouse yang betul dapat membuatkanseseorang lebih menawan namun tetap kasual yang trendy – bergantung dengan cara andamenggayakannya. Namun untuk blouse Muslimah lebih sesuai jika ia dibiarkan lepasdipadankan bersama Muslimah bottom pilihan anda sendiri seperti seluar jeans, skirt labuhataupun seluar panjang.
Anda boleh gayakan blouse kegemaran anda mengikut stail trend fesyen terkini. Cuba padankannyadengan skirt labuh untuk berikan gaya penampilan yang lebih sofistikated. Bagi menambahkanelemen yang lebih chic, gunakan clutch serta sepasang heels berwarna hitam. Ini akan membuatkananda menjadi tumpuan di khalayak ramai! Selain daripada …