Monday, August 31, 2015

PULAU MAMUTIK, SABAH / MAMUTIK ISLAND, SABAH

sumber: Google Image

Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa !
Hari ini 31 Ogos 2015 genaplah 58 tahun kita menyambut Hari Kebangsaan negara tercinta, Malaysia ku cemerlang, gemilang dan terbilang. Kelmarin, menghabiskan waktu rehat hujung minggu bersama sahabat baik dari bangku sekolah ke Pulau Mamutik. Bagi mereka yang pertama kali nak jejak kaki ke Sabah, khususnya ke Kota Kinabalu dan merancang nak pergi ke pulau-pulau, Pulau Mamutik antara salah satu pulau yang selalu dikunjungi pelancong. Pulau Mamutik termasuk di dalam Taman Tunku Abdul Rahman, selain itu terdapat pulau-pulau lain yang turut menjadi tumpuan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Setakat ni saya dah pergi Pulau Manukan dan Pulau Mamutik saja. Pulau Manukan dah banyak kali pergi sebab keluasan Pulau Manukan lagi besar berbanding yang lain. Nak tau kedudukan pulau-pulau tu? Boleh rujuk gambar peta di atas.


Maaf lah tak banyak sangat gambar pemandangan Pulau Mamutik disebabkan tangan penuh sangat dengan barang-barang. Lagipun, bimbang pulak nanti tengah sibuk tangkap gambar, bot goyang sikit tuuupppp jatuh telefon dalam laut hehe. Gambar di atas tu pinjam dari blog My Sabah, boleh klik untuk maklumat dan gambar-gambar pemandangan Pulau Mamutik yang cantik-cantik belaka. Apa yang saya boleh bandingkan antara Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, air di Pulau Mamutik lebih jernih, nampak cantik sangat, boleh nampak ikan-ikan berkejaran hehe. Pulau Manukan pun cantik juga tau, cuma bezanya keadaan pesisir dan dasar lebih berpasir. Kalau Pulau Mamutik, banyak 'coral beach' tau, jadi kena hati-hati sikitlah pijak pasir tu, bimbang cedera pulak. .Makin gelap warna dasar air tu, makin dalam lah maksudnya air tu.

Eh panjang pulak 'intro' tapi tak bagitau lagi kan bajet ke Pulau Mamutik? Kelmarin, kami pergi berlima saja. Member sorang yang tolong urus di kaunter Aparu Holiday Tours, sebab member dah 'check' semua kaunter, Aparu la murah sikit hehe. Bajet hanya RM66 seorang. Sepatutnya lebih dari tu, tapi diorang bagi 'student package' sebab kami ramai dan mungkin muka kitorang ni macam student walaupun dah sweet 28 haha.

Satu pulau (Pulau Mamutik) - RM23 (return) tambah RM10 kalau nak tambah pulau
Tax Jeti - RM7++
Snorkeling + Life jacket - RM15 (dapat diskaun jadi RM12)
Banana Boat - RM30 seorang untuk 15 minit (dapat diskaun jadi RM25)
Pulau entrance - RM3 (Adult)
Parasailing - RM100++ seorang untuk 15 minit (dapat diskaun jadi RM75)

Saya tak main Parasailing, jadi saya bayar hanya RM66, tak tau la macam mana boleh jadi RM66, mungkin member buat sesi penawaran harga hehe. Oh ya, Pulau entrance tu bayar di kaunter masuk pulau. Ada banyak lagi aktiviti seperti sea walking, diving scuba dan lain-lain.


BANANA BOAT - Kami dah mula lambat sebenarnya main banana boat. Dalam perancangan awal, sepatutnya dah booking bot jam 8.30 pagi. Memandangkan dua orang member menjadi mangsa keadaan banyak jalan ditutup menuju ke bandar Kota Kinabalu disebabkan satu perhimpunan aman, tak pasal-pasal member buang masa hampir sejam lebih di atas jalan raya berpusing ke sana ke mari mencari jalan tembus ke bandar. Tak pasal-pasal kami bertiga 'bertelur' dalam kereta menunggu member yang dua orang lagi. Sabar sajalah. Akhirnya kami berlima ke pulau jam 10:30 pagi. Sampai sahaja di pulau, pakcik tu terus bawa ke lokasi main banana boat, member sorang terkejut sebab tak sempat nak tukar seluar jeans, gila kot nak main banana bot pakai jeans, tak pasal-pasal tenggelam timbul haha. Member sorang ni kepala gila juga, nasib baik saya ada bawa kain sarung, maklumlah gadis kampung sentiasa bawa kain sarung haha member tukar seluar atas bot tu jugak hehe so crazy!!

Bila semua dah duduk diam-diam atas banana boat, semua teruja ni, bayangkanlah di tengah laut dalam, kau duduk atas banana boat pakai life jacket saja. Dah terbayang-bayang ikan jerung pulak dah, banyak sangat tengok filem Jaws hehe. Mula-mula pakcik tu acah-acah slow bawa bot kat depan, kami cool lagi ketawa-ketawa. Bila pakcik tu dah mula 'racing' habis menjerit semuanya haha lepas tu pakcik tu siap 'drift' lagi, haaaa terhuyung hayang kau dibuatnya, kaki kat bawah tu konon-konon dah macam tekan brek kereta. Tak lama kemudian, dah lama pakcik tu bawa kitorang pusing-pusing, tiba-tiba tanpa disangka pakcik tu buat pusingan laju mengejut...dan bushhhhhh !! semuanya terbalik haha itu memang sesi penutup kalau main banana boat, bergantung jugalah dengan kemahuan masing-masing. Kalau sepakat nak terbalik, pakcik tu akan buat, kalau tak nak, pakcik tu tak buat lah.

Untuk makluman, sebelum aktiviti dijalankan, memang kita dikehendaki untuk menandatangani surat pengakuan bahawa segala risiko ditanggung sendiri. Tips bot terbalik, mesti lepaskan tangan tau kalau bot dah terbalik, jangan pulak korang tak lepas tangan, habis ikut terheretlah dengan bot tu sekali. Bila masing-masing dah terapung di lautan, pakcik tu pun datanglah jemput puteri-puteri duyung naik ke bot hehe. Terima kasih lah pakcik bot Aparu, sebab tolong ambil gambar saat-saat indah kami di banana boat walaupun pakcik masa tu tengah bertungkus lumus drive bot hihi.

PARASAILING - Aktiviti parasailing ni member dua orang yang pegi buat, saya tak buat sebab bajet tak mengizinkan huhu. Aktiviti parasailing tak tau lah nak jelaskan macam mana keadaannya sebab saya tak terlibat hehe. Tengok gambar saja la ya?

SNORKELING - Aktiviti snorkeling memang mengujakan, rugi siapa tak buat. Pandai berenang atau tidak, semua orang boleh snorkeling. Hanya pakai 'life jacket' dan alat untuk snorkeling seperti dalam gambar. Banyak ikan coeml-comel, berwarna warni, ada kecil, panjang, gemuk, besar, semua ada cuma tak jumpa ikan nemo huhu. Kalau pergi jauh lagi, memang akan nampak lagi banyak ikan unik-unik dan terumbu karang. Tapi saya tak berani sangat pergi jauh, rasa seram pulak bila kaki tak jejak dasar laut hehe. Ikan-ikan pun 'sporting' tau, siap keliling badan kita lagi, nak sentuh tapi memanglah tak dapat, laju bebeno ikan-ikan tu berenang. Best nya kalau ada gopro atau iphone, boleh tangkap gambar ikan-ikan dalam air tu tunjuk kat kamu, kan? Its okey, kamu kena pergi sendiri lah jawabnya ke Pulau Mamutik !! So, jangan tunggu lama-lama, jom melawat Sabah, banyak tempat menarik untuk dilawat tau !! Welcome to Sabah !! Kalau nak tau lebih lanjut pasal Sabah, boleh tinggalkan mesej di ruang komen atau private message di facebook atau email saya, see yaaa !! :)

#NOTA KAKI: Mau pergi bercuti lagi, mau try zipline pulau, sea walking & parasailing !!

TAG: MAMUTIK ISLAND, PULAU MAMUTIK, MAMUTIK SABAH, PULAU DI SABAH, PULAU DI KOTA KINABALU, MAMUTIK ISLAND KOTA KINABALU, PULAU CANTIK DI SABAH, BAJET KE PULAU SABAH, HARGA TAMBANG BOT KE PULAU, BAJET MELANCONG KE SABAH, PELANCONGAN SABAH, SABAH TOURISM, CUTI CUTI MALAYSIA, CUTI KE SABAH, SABAH BAH, BANANA BOAT, PARASAILING, SNORKELING, PICNIC, BERKELAH, SABAH ISLAND, PULAU SABAH CANTIK

Anda sedang membaca artikel PULAU MAMUTIK, SABAH / MAMUTIK ISLAND, SABAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2015/08/pulau-mamutik-sabah-mamutik-island-sabah.html
Semoga artikel PULAU MAMUTIK, SABAH / MAMUTIK ISLAND, SABAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

2 COMMENTS:

Amy Nbip said...

Jom kta p pulau d semporna Yan,hehehe....

[sutera kasih] said...

@Amy Nbip: bah marilah, trus kasi cari calon org sempolna ya hahaha