Thursday, May 28, 2015

PENGHANTARAN ZALORA

Assalamualaikum dan hello readers!!

Hampir sebulan lebih berlalu, baru ada masa nak update blog lagi. Maklumlah sentiasa sibuk. Baiklah, kita jimatkan masa, dunia sekarang ni kita mesti sentiasa laju, siapa lambat, kena tinggal di belakang hehe. Kali ni saya ingin berkongsi lagi pengalaman membeli belah di Zalora Malaysia. Kau duta Zalora ke Yann? Eh bukanlah, hanya berkongsi pengalaman sebab saya tahu ada ramai lagi yang mencari di Google tentang pengalaman zalora, pengalaman membeli di Zalora, penghantaran zalora, zalora poslaju, kurier zalora, refund zalora dan zalora penipu pun ada jugak orang masih cari hehe. Kali ni, saya nak kongsi pengalaman membeli baju kurung moden Gene Martino di Zalora.

Al-kisahnya, nak cari baju warna emerald untuk wedding sepupu minggu depan. Dah puas keluar masuk kedai, tapi tak jumpa-jumpa, susah juga cari baju warna emerald, kalau ada pun terlebih cantik sebab harga keluar dari bajet 2015 pula. Tak sesuailah sebab bukan kita yang nak kawen sampai nak keluar duit banyak2 beli baju haha. Nasib baik ada Zalora Malaysia, mula-mula tu risau jugak kalau lambat sampai baju tu sebab minggu depan nak fly dah pulang Kuching, wedding di sana. Orang kata, cuba nasib sajalah, cari punya cari, terjumpa pulak baju kurung moden warna hijau, cantik sangat !! Mula tu nak beli dress jubah, tapi tiada yang berkenan, ada berkenan pun harga keluar bajett, nak beli Bella Ammara, cantik sangat tapi bajet tak mengizinkan, pejam mata sajalah hehe.

Ada tiga warna pilihan untuk baju kurung moden Gene Martino. Semua cantik ! Tapi yang berkenan di mata, yang warna hijau dan dark blue pink saja la. Memandangkan niat nak cari warna emerald, makanya beli ikut keperluan, saya beli yang warna hijau pastu dark blue pink simpan dalam wishlist hehe. Sepupu di Brunei pulak shopping di Zalora beli dress Bella Ammara, untuk pengetahuan kamu, Zalora Brunei pulak guna kurier Redbox by AirAsia. So, kepada orang Brunei nak shopping di Zalora, jangan risau, kamu yang jauh pun boleh shopping di Zalora :)

Harga baju pun kira okey jugaklah kalau nak dibandingkan dengan harga di kedai, kualiti baju pun tiptop, kain okey, design pun cantik sangat. Nasib baiklah Zalora dulu pernah bagi code kupon diskaun 15%, bila tolak diskaun, dapat harga baju hanya RM101.15 penghantaran percuma !!

Saya order dan buat pembayaran pada malam 25 Mei 2015, keesokannya 26 Mei 2015 pihak Zalora dah pun pos, siap guna City-Link lagi. Sebelum ni Zalora pernah pos barang guna GDex. Kali ni guna City-Link, sangat laju ya, keesokannya pada 27 Mei 2015 barang pun dah sampai, alamat kat Sabah lagi tau, jauh tu, laju kan? Haaa Zalora memang sangat menitik beratkan komen dan kritikan pelanggan sebelum ni, perkhidmatan Zalora sekarang dah semakin bagus, syabas team Zalora Malaysia !!

Terima kasih banyak-banyak Zalora Malaysia sebab bagi birthday card in advance, birthday saya next week hehe Tak nak bagi saya hadiah birthday ke Zalora? hihi So, tak payah ragu-ragu lagi nak shopping di Zalora, kalau barang yang dibeli ada rosak atau rasa tak puas hati dengan barang yang diterima, boleh terus hubungi pihak Zalora untuk tindakan selanjutnya. Jangan takut nak hubungi diorang, Zalora tak makan orang tau hehe Selamat berZalora semua !! :)


#NOTA KAKI: Tak sabar nak cuti next week !!

Anda sedang membaca artikel PENGHANTARAN ZALORA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2015/05/penghantaran-zalora.html
Semoga artikel PENGHANTARAN ZALORA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

1 COMMENTS:

Nadia Rajami said...

mmurah jwk ow, mk jwka la soping cya.. hehe