Saturday, January 10, 2015

KURSUS MENJAHIT DI SABAH

Antara alat asas jahitan yang diberi percuma oleh KBS dan beli sendiri :)

Assalamualaikum & hello ! :)
Minggu pertama di bulan Januari 2015 baru sahaja berlalu, alhamdulillah minggu pertama kerja di tahun 2015 yang kurang stress, maklumlah sesi persekolahan belum bermula, makanya suasana masih dalam keadaan terkawal hehe. Tunggu sajalah minggu persekolahan bermula, mulalah pening kepala ni nak mengawal anak-anak yang dah puas bercuti, bukan budak umur sekolah rendah ni senang nak bawa bincang sebab diorang faham apa kita cakap. Ni haaa budak umur 1-3 tahun, semangat sila kuat ! Okey, sebenarnya nak buat entri pasal Kursus Menjahit di Sabah sebab sebelum ni banyak dapat email pertanyaan pasal cara nak mendaftar kursus menjahit di Sabah. Kadang-kadang tak sempat nak balas secepat mungkin sebab kekangan masa huhu. Harap entri ni dapat menjawab pertanyaan bagi yang nak tahu pasal kursus menjahit percuma di bawah Kementerian Belia dan Sukan di Sabah (KBS).

Kemeja korporat perempuan dan lelaki dalam gambar di atas ni antara koleksi jahitan saya sendiri semasa kursus menjahit di bawah KBS di Papar, Sabah. Semua tu kena jahit sendiri, sekali dengan sulaman nama tu tapi guna mesin jahit sulam. Bagi yang pertama kali pegang mesin jahit manual, memang mengalami kesukaran sikitlah nak menjahit, lagi-lagi jahit baju korporat macam ni. Nampak macam perfect, kan? Walhal banyak juga silapnya di baju korporat saya tu hehe. Bagi saya, bahagian lengan tu agak mencabar sikit menjahitnya sebab melengkung, silap tekan boleh terlajak mesin haha. Paling kami seram nak guna mesin jahit tepi, cikgu selalu bising sebab kami selalu bagi putus benang di mesin jahit tepi pastu tak reti nak pasang balik haha. Antara jenis baju yang kami belajar ialah baju kurung asli kanak-kanak, baju kurung asli dewasa, baju kebaya, baju kedah, baju kurung moden, sarung mesin jahit, sulaman tangan, dan jahitan asas. Kami tak sempat belajar menjahit langsir dan kraftangan sebab tak cukup masa, rugi huhu.

Ini antara flyers berkaitan Kursus Menjahit di Akademi Jahitan Kota Kinabalu, Bagi yang berminat, boleh hubungi pihak AJKK seperti dalam gambar di atas, okey? flyers ni tahun lepas punya, jadi saya pun tak pasti kekosongan setakat ni. Kamu kena direct contact pihak mereka. Tapi kalau kamu nak join kursus menjahit asas seni kreatif macam yang saya join ni, kamu pergi saja terus ke pejabat Kementerian Belia dan Sukan di daerah masing-masing, kalau daerah Papar, boleh pergi di sebelah Shell Papar. Tanya di pejabat, minta borang dan isi, tunggu panggilan. Kalau di daerah Kota Kinabalu, pergi saja Arena Belia di Kepayan. Itu apa yang dimaklumkan dengan kami la sebelum ni, tak pasti kalau ada pembaharuan untuk tahun baru ni.

Alhamdulillah, dah selesai kursus tahun lepas selama 6 bulan. Untuk pengetahuan sebab ada yang bertanya, kelas menjahit tu harian tau dari Isnin hingga Jumaat, dari pagi hingga tengahari saja, tapi terpulanglah boleh juga sampai petang kalau nak habiskan tugasan. Cikgu pun okey jugak tu, cikgu kami sporting hehe. Ini dua batch untuk setahun dari daerah Papar, Sabah.

Tadaaa inilah Sijil Kemahiran Dan Keusahawanan Belia, Seni Kreatif Jahitan. Macam mana pelatih diberi markah? Di hujung kursus nanti, ada ujian menjahit baju kurung asli (kena siapkan dalam masa yang ditetapkan) dan juga peperiksaan bertulis. Ada bahagian objektif dan subjektif, boleh tengok contoh kertas ujian dan baju yang mesti dijahit semasa ujian dalam gambar di bawah. Insya'Allah senang jawab bah tu kalau betul-betul fokus masa kursus, so good luck! :)


read more at KURSUS MENJAHIT PERCUMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAG: KURSUS MENJAHIT DI SABAH, KURSUS JAHITAN, KURSUS MENJAHIT PERCUMA, KURSUS SENI KREATIF, KURSUS JAHITAN BELIA, KURSUS MENJAHIT BELIA, KURSUS KEMAHIRAN BELIA, KURSUS KEUSAHAWAN BELIA, KURSUS BELIA

Anda sedang membaca artikel KURSUS MENJAHIT DI SABAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2015/01/kursus-menjahit-di-sabah.html
Semoga artikel KURSUS MENJAHIT DI SABAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

puteri kasih said...

wah bestnyer ada kursus menjahit macam ni...mesti yann dah terer jahit sekarang ni kan :)

Najib Ariyan said...

bestnya kalau pandai menjahit pakaian sendiri... tapi saya tangan tak seni lah... better beli jer dari merosakkan kain baju... hehehe... gud luck kepada peserta menjahit

shahniefa said...

Bestnye.. teringin jugak nak ikit kursus menjahit. Nk buat baju utk fmly sendiri..lagi puas hati daripada beli di luar ;)

nadhirah baharin said...

Kalau yg habiskan 11 tahun persekolahan boleh ke ambil? Sbb lepas spm kputusan spm teruk.

[sutera kasih] said...

@nadhirah baharin
ehh boleh tu..rasanya tiada syarat khas pun, yg penting minat nak belajar menjahit :)

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

part time ada tak? mcm saya ni kerja. huhu