Sunday, December 28, 2014

TRAGEDI PILU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014

Assalamualaikum dan hello readers...

sumber: Google Image

Hanya beberapa hari lagi kita melangkah ke 2015. Namun, di penutup 2014, kita seluruh negara bersedih dengan nasib yang menimpa saudara kita di pantai timur Malaysia. Banjir teruk yang melanda di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sangat memilukan hati kita. Sedih melihat 'footage' keadaan mangsa banjir di sana, sama ada di pusat pemindahan banjir mahupun di tempat yang mangsa-mangsa masih menunggu ketibaan pasukan penyelamat. Meremang bulu roma melihat video rakaman aliran deras banjir yang dikongsikan di laman sosial terutamanya di Facebook. Mujurlah rakyat Malaysia sangat prihatin dan sukarela menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sana tidak kira dari aspek bantuan kewangan, makanan, pakaian, keperluan harian, mahupun tenaga, walaupun banyak juga spekulasi dan tohmahan negatif yang dibualkan di laman sosial.

Jika tahun lepas, negara digemparkan dengan tragedi berdarah Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Peristiwa tersebut memang sangat menyedihkan kita semua rakyat Malaysia, masa peristiwa tu kami di rumah pun tak senang duduk. Walaupun kami jauh di Papar, tapi turut bimbangkan keselamatan diri sendiri dan sekeliling. Tak tau nak cakap macam mana, pendek kata, pendatang tanpa izin (PATI) sememangnya banyak di sini. Diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan isu PATI dengan secepatnya demi keselamatan rakyat Sabah. Al-Fatihah buat para wira negara yang telah gugur ketika memperjuangkan kedaulatan negara. Untuk rujukan gambar rajah kronologi pencerobohan, klik di KRONOLOGI PENCEROBOHAN LAHAD DATU, SABAH.


Kemudian, tidak lama selepas itu, tarikh 8 Mac 2014 menjadi sejarah, negara kita digemparkan sekali lagi dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Masa tu, berada di Sandakan menghadiri majlis perkahwinan kawan. Bangun pagi ja, terkejut tengok berita kehilangan MH370, selama ni tak pernah pun berlaku. MH370 telah dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu dalam perjalanan melibatkan 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing sehinggalah Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan penerbangan yang diketuai juruterbang Zaharie Mohd Shah dan pembantunya Fariq Ab Hamid telah berakhir ditengah Selatan Lautan Hindi pada 24 Mac 2014. Untuk rujukan kronologi kehilangan MH370, boleh klik di KRONOLOGI KEHILANGAN MH370.

sumber gambar: Google Image

Ketika negara masih lagi bersedih dengan tragedi MH370, sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tergempar iaitu pesawat MAS MH17 terhempas di sempadan Ukraine yang dipercayai telah ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, namun masih belum ada bukti kukuh. "Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat daripada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan, (sumber: truestory.my)". Sangat sedih bila mengenang kembali tragedi MH17, berkecai hati keluarga mangsa MH17 bila mengetahui berita tersebut. Pilu hati bila melihat jenazah-jenazah mangsa dibawa pulang ke tanah air dengan satu majlis penghormatan terakhir.

Antara tragedi pilu yang menimpa Malaysia sepanjang 2014 :
  • Tragedi Pesawat MH370 Hilang
  • Tragedi Pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine
  • Bencana banjir besar di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor)

Lebih mengejutkan, pagi tadi, 28 Disember 2014, kesemua media melaporkan Pesawat AirAsia milik Indonesia QZ8501 Hilang dari Surabaya ke Singapura. Sehingga kini belum ada maklumat terkini tentang kehilangan pesawat tersebut. Ianya mengingatkan kita dengan tragedi yang hampir sama berlaku terhadap pesawat Adam Air penerbangan 574, namun terlalu awal untuk kita membuat sebarang andaian. Marilah kita sama-sama doakan agar pesawat tersebut ditemui segera, risau akan keadaan para penumpang. Semoga keluarga mangsa QZ8501 diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi situasi menyedihkan tersebut. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga, kami bukan keluarga mangsa turut berdukacita dengan kehilangan QZ8501.

Semua tragedi tersebut sangat memilukan hati, itu belum lagi termasuk bencana-bencana alam seperti puting beliung di Kedah, kes-kes tembakan individu penting negara, pembunuhan, kemalangan yang melibatkan kematian dalam angka besar, kebakaran tempat tinggal penduduk di seluruh negara, kes jenayah melibatkan masyarakat awam dan lain-lain lagi. Terlalu banyak peristiwa menyedihkan kita di Malaysia untuk tahun ini. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ringankanlah beban saudara kami yang ditimpa musibah banjir, permudahkanlah kerja-kerja pencarian pesawat yang hilang dan kuatkanlah semangat keluarga mangsa-mangsa tragedi. Al-Fatihah kami kirimkan buat mereka yang telah pergi.




*NOTA KAKI: Semoga 2015 memberi sinar dan harapan baru buat kita semua, insya'Allah. Amin.

TAG: MH370, PRAYFORMH370, MH370 HILANG, MH370 HIJACK, MH370 DIRAMPAS, MH370 DITEMBAK, MH17, MH17 TERHEMPAS, MH17 DITEMBAK, MH17 SHOT DOWN, MH17 UKRAINE, MAS BOEING, BANJIR BESAR, BANJIR KELANTAN, BANJIR TERENGGANU, BANJIR PAHANG, BANJIR JOHOR, AIR ASIA, KAPAL AIR ASIA HILANG, QZ8501 HILANG, AIRCRAFT TRAGEDY, TRAGEDI LAHAD DATU, PENCEROBOHAN SULU, KRONOLOGI BERDARAH

Anda sedang membaca artikel TRAGEDI PILU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/12/tragedi-pilu-malaysia-sepanjang-tahun.html
Semoga artikel TRAGEDI PILU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

1 COMMENTS:

Ezad Skytech said...

kejadian awal tahun 2014 hari tu pun belum reda lagi...MH17 lagi...dugaan akhir tahun...harap semuanya tabah menghadapi ujianNya..