Thursday, December 25, 2014

SEBELUM BERAKHIR

Assalamualaikum dan hello ! :)

Fuhhh fuhhh fuhhh berhabuk sangat dah blog ni. Sedih bila buka blog, jauh sangat jarak bulan tak update blog. 6 hari lagi tahun baru dah. Apa cerita 2014 saya ni? Hmm tiada yg menarik sangatlah. Macam biasa menempuhi hari-hari biasa dengan diri yg sememangnya orang biasa hehe. Tiada yg istimewa macam orang lain. Life gadis lain seusia saya ni mungkin menempuhi hari-hari luar biasa mereka, bangun pagi buka mata, ready bercantik-cantik dengan gaya baju yg cantik turun kerja, ada masa terluang, keluar lepak makan minum dengan rakan taulan ataupun soulmate, hujung minggu keluar bergembira dengan 'geng karas', punya aset sendiri di usia muda, pendek kata happy modern lifestyle, maybe. Seronok kan? Itu kata mereka hehe. Life saya biasa saja, kampung girl. Bangun subuh pagi, keluar cari rezeki, slumber pakai seluar track suit, kekadang jeans, dikenakan dengan long sleeve biasa, tudung instant, tudung main masuk hehe jalan lenggang kangkong menuju ke tempat kerja. Awal pagi dah dapat pelukan manja si anak-anak kecil membuatkan hati rasa tenang & tersenyum melihat gelagat nakal mereka. Seperti yg sudah dikongsikan dalam entri sebelum ni, itulah rutin harian hidup. Bagi di pandangan jejaka kacak, golongan macam saya ni diorang pandang sebelah mata ja kot sebab comot hehe. Kami tiada masa nak make up bagai, berfesyen bagai. Kami dah dapat 'make up' dengan air liur, hingusan, air mata, dan segala dari anak kecil. Fesyen paling cantik kami ialah pakai apron hehe. Sebelah pagi, selesai mengurus keperluan diri si kecil, tiba masa untuk mendidik mereka mengenal huruf, nombor, warna, nyanyian, tarian, kraftangan dan sebagainya. Di waktu rehat tengahari, dimanfaatkan dengan urusan 'lunch', menunaikan apa yg patut, dan menjaga si kecil beradu, membersihkan mereka sehinggalah ke petang menanti dijemput pulang. Pendek kata, keluar jam 6 pagi, balik jam 6 petang. Sekembalinya ke rumah, hanya meluangkan seidikit masa bersama keluarga, lepas makan & tengok TV, online sekejap hehe lepas tu, masuk ke alam mimpi. Keesokan harinya, berulang hal yg sama. Berulang dan terus berulang, sentiasa berharap dan berdoa agar mampu mencapai yang didoakan, melegakan hati orang tua, menyenangkan hati mereka, agar tidak terus risau dengan nasib anaknya. Doakan saya, ya?

Macam mana nak update blog kalau dah jadual harian macam tu? Siapa kata tak boleh, boleh jerr, tapi saya malas hihi. Sebab memilih utk rehatkan diri lagi penting supaya kekal awet muda, haaaa gitewww haha. gurau ja la. kalau dulu seronok sangat blogging dengan adanya member-member alam maya especially bloggers. Bila dah masing-masing sibuk dengan aktiviti kedewasaan, semuanya hilang sekelip mata. dapat bayang tak, cuba kelip mata sekejap. haaa macam tu la hilangnya sekelip mata hehe. macam saya la jugak, hilang sekelip mata. tapi mostly tak lost contact pun. dapat tengok perkembangan diorang semua kat facebook & instagram. saya suka berinstagram, facebook tu kadang-kadang, stalk wall org tu hobi haha. Syukurlah mak bagi pinjam handphone, dapat jugak online. handphone sendiri rosak dah skrin pecah. poket ciput tak mampu nak beli baru, sebab lebih manjakan perut, kesian perut kalau tak dimanja hihi. Kekadang tu berangan jugak nak ada ipad ke iphone ke oppo ke samsung note ke mesin jahit karan ke, amboiii tamak. Tu kalau ikut hawa nafsu lah. buat masa ni tak mau ikut hawa nafsu lah, kena belajar ukur baju di badan sendiri. bukan ukur baju di badan orang lain, nanti tak muat pulak, kan? hehe. tapi, kadang-kadang tu terukur jugak bukan di badan sendiri, kekadanglah, tak selalu haha. tak dinafikan kita ni manusia biasa, keinginan tu amboi bukan main lagi tahap mengada-ngada haha. saya tak suka nanti, bila ada sesuatu yang tak sesuai dengan level diri, pastu jadi bahan gosip di belakang orang. kesian pulak manusia lain nanti dapat bahan buat bekalan ke neraka jahanam. seeloknya biarlah diri kita ni jadi pemangkin untuk manusia lain buat pahala, barulah betul ! hishh entah apalah saya merepek ni, layan ja la ya. nampak sangat entri tiada nilai moral dan pengajaran. dan nampak sangat dah lama tak membaca dan menulis, ayat pun tunggang langgang ntah apa kejadah, penggunaan ayat & perkataan pun ke laut. mudah mudahan diberi kekuatan untuk update blog sepanjang cuti singkat hujung tahun ni. konon lah. gambar-gambar utk jadi bahan entri dah melambak, tapi tak tau nak mulakan ayat tu macam mana hehe. apa-apa pun, kita doakan semoga dipermudahkan urusan untuk menyelamatkan saudara kita di pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu yang khabarnya sekarang mengalami kesulitan ditimpa musibah banjir. Rawan hati ni tengok 'footage' keadaan di sana. Semoga semuanya baik-baik saja, didoakan agar dikuatkan dan tabahkan hati saudara-saudara di sana. Allah Taala always with us.

#NotaKaki: Awak kat mana?

Anda sedang membaca artikel SEBELUM BERAKHIR dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/12/sebelum-berakhir.html
Semoga artikel SEBELUM BERAKHIR ini dapat memberi manfaat untuk semua.

0 COMMENTS: