Saturday, December 27, 2014

PENGALAMAN BELI TIKET ONLINE MAS, DUIT DAH BAYAR TAPI TIKET TAK DAPAT

Assalamualaikum dan hello readers !

Semalam beli tiket MAS (Malaysia Airlines) di online. Member minta tolong sebab ada hal penting nak kena pulang rumah. Jadi, masa tu memang tengah tiada buat apa-apa, plus dah memang kerja selalu beli tiket online kalau orang minta tolong belikan, selama beli tiket di MAS, memang tiada masalah. Servis tiptop gitu. Tapi, semalam malang tak berbau kan orang cakap? Nak dijadikan pengalaman juga supaya belajar berurusan hal-hal serius melibatkan bank dan airlines. Gilaa weiii, RM496 dah bayar tapi tiket tak terima pun. duit orang tu, kalau duit sendiri, boleh tenang lagi sikit huhu. Jadi, saya nak kongsi, manatau kamu pun terkena situasi yang sama, so boleh selesaikannya, nanti saya ajar okey?

Begini situasinya, semalam 26 Dec 2014, tempah tiket untuk 27 Dec 2014 jam 12:45 tengahari, masa dah confirm nak beli tiket, tengah tunggu page tu loading lama sangat, maklumlah kelajuan internet di kampung bukannya laju macam jet pejuang. dengan keadaan traffic jammed website lagi, hujung tahun biasalah ramai orang beli tiket. dah selesai bayar di cimb clicks, tiba-tiba page untuk itinerary tu error, banyak keluar tulisan dengan ayat warna merah. Hahhh kauuu, saya dah panik dah masa tu haha. Masa tu sekitar jam 9:30 malam. Nasib baiklah diri ni memang suka gambar2 bukti proses pembelian tiket. Lepas tu, saya terus tulis semua maklumat berkaitan pembelian tiket tu di satu kertas. Tulis semua maklumat, nama penumpang, tarikh lahir penumpang, tarikh penerbangan, masa penerbangan, jenis pesawat, dari airport mana ke airport mana, waktu dan tarikh transaksi pembayaran tiket yang berjaya dibuat, dan nombor rujukan pembelian tiket. Masa tu terus call kawan, kawan tolong call kawan yang kerja kat kaunter MAS. Kawan bagitau, booking sudah diterima tapi bayaran belum diterima sebab tu belum ada email itinerary. Dia cadangkan, pergi kaunter keesokan paginya untuk bayaran, duit yang dah dibayar melalui banking online tunggu kena refund. Dah cuak masa tu, sebab risau, duit orang kot, tiket kawan nak pulang sebab urusan kecemasan. Masa tu sekitar jam 11, saya cuba lagi call customer services MAS 1 300 88 3000 (tekan 2 pastu 2 pastu 0). Hampir 3 kali saya cuba call, bukan senang nak tembus tau, kredit telefon hampir rm10 habis macam tu saja, nak kena tunggu giliranlah pulak, masa tu saya orang ke-7. Macam mana nak tunggu, kredit tak banyak. Geram. Lepas tu, saya email masalah pebelian tiket tu ke customers@malaysiaairlines.com, tu pun dapat email dari hasil godek-godek di twitter Malaysia Airlines. Tapi tak berbalas pun sampailah sekarang. Entahlah bila diorang nak balas, kawan saya tu pun dah selamat sampai haha. Okey, sambung cerita, masa tu saya dah give up! Lepas tu, whatsapp dengan member yg tengah sarat mengandung haha dia cadangkan call pihak CIMB untuk pengesahan sama ada duit tu dah masuk ke akaun MAS atau tak. Saya jawablah, memang dah sah2 masuk sebab ada nombor rujukan semua tu, member mak buyung bagitau, call saja untuk pengesahan dan penjelasan, manatau pihak CIMB boleh tolong.

Malam tu jugak sekitar jam 12 pagi, saya call customer services CIMB 1 300 880 900 (Local), alhamdulillah dua kali call, talian tembus hehe. Pegawai pelanggan CIMB yang bantu saya tu namanya Ejam. Nasib baiklah dia tolong jelaskan satu persatu dan bagi cadangan. Dia cakap, bagi peluang dulu pihak MAS kemaskini, mungkin sistem diorang tengah traffic jammed. maklumlah hujung tahun banyak sangat orang tempah tiket. Lepas tu, dia nasihatkan, esok pagi bangun awal jam 7 pagi, call pihak MAS untuk kepastian tentang tiket. Kalau pihak MAS dah cancel kan tiket, ambil nama pegawai yang handle kes tu, ambil nombor telefon yang dihubungi, jam berapa panggilan dibuat dan call pihak CIMB untuk urusan refund duit. Tapi, untuk makluman refund duit akan dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja. Adoiii tambah pening kepala, sebab kawan nak pulang secepat mungkin, mana nak cari duit tengah malam buta nak beli tiket baru?? Masa tu saya dah balik2 minta maaf dengan kawan tu, nasib baik kawan faham jugak. Dalam risau2 tu, saya tertidur, tak sedar apa dah haha. Keesokannya pagi subuh saya call pihak customer services MAS, fuhhh tembus kali pertama. Masa nak bagi nama penumpang, zaaaaasssss talian terputus sebab kredit dah habis, tinggal 50sen hahaha. Apa kau rasa? Oren? Mana nak cari topup subuh2? Nasib baiklah Maxis ada servis advance credit , tthank you Maxis !!hihi. Dengan RM3 sempat ka tak nak tunggu pegawai tu buat semakan? nak tunggu line masuk ka tidak? Arghhh saya tawakal ja masa tu, doa banyak2 mudahan dipermudahkan urusan, niat nak tolong kawan tengah perlu. Panggilan kali kedua tembus jugak, nasib baiklah cik pegawai MAS tu baik lemah lembut melayan saya yg bercakap tergesa-gesa, siap saya cakap lagi, boleh tolong cepat semak sebab running out of credit ni. Saya lupa nama cik pegawai tu, dia tolong juga semak secepatnya. Alhamdulillah, selesai masalah, tiket berjaya dibeli !! Rasa nak nangis pun ada masa tu sebab rasa lega sangat, faham tak perasaan lega tu macam mana?.

Pengajarannya, bila korang menghadapi situasi yang sama, jangan panik ehh hehe. Memang kena berurusan dengan customer service la jugak jawabnya kalau tak nak pergi kaunter. Hope my sharing ni dapat tolong korang yang tengah pening jugak hehe. Good Luck ! Thank you customer services MAS & CIMB for the best service ! :)

*NOTA KAKI: Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh.

Anda sedang membaca artikel PENGALAMAN BELI TIKET ONLINE MAS, DUIT DAH BAYAR TAPI TIKET TAK DAPAT dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/12/pengalaman-beli-tiket-online-mas-duit.html
Semoga artikel PENGALAMAN BELI TIKET ONLINE MAS, DUIT DAH BAYAR TAPI TIKET TAK DAPAT ini dapat memberi manfaat untuk semua.

11 COMMENTS:

Amy Nbip said...

Terbaiklah ko Yan,hi Hi...

[sutera kasih] said...

Haha aku baru prasan komen ko ni

Anonymous said...

Brapa lama ek pihak mas refund balik duit tu? sbb saya pun mengalami masalah yg sama

Jual Pulsa online said...

Dalam belanja online kita harus jeli dan hati-hati , duit bisa melayang begitu saja . Tapi banyak juga kok toko online yang bener2 bisa dipercaya

Ainun Idris said...

mas punya loading untuk payment tu memang lama ke? dari dulu saya cuba beli tiket sendri, tpi asyik loading saja.. bila loading lama dah dia cakap timeout..

[sutera kasih] said...

@Ainun Idris: depends dgn kelajuan internet atau kadang2 traffic jam maksudnya, masa tu ramai viewers tgh online beli tiket jg huhu

Sissc Hazeah said...

Sy pun alamai masalah yg sama sekarang..nasib baik tiket utk diri sendiri.masalah x selesai lagi ni.dah bayar tiket tk dapat lagi.pending la katakan.dh call cimb.nnt nk try call mas pla.

Aina Nasuha said...

Saya tgh jadi jugak ni...2 kali try buat payment dia kata unsuccesful tpi duit dlm account ditolak jugakšŸ˜„600 hinggit jugak lah melayang...

Aina Nasuha said...

Saya tgh jadi jugak ni...2 kali try buat payment dia kata unsuccesful tpi duit dlm account ditolak jugakšŸ˜„600 hinggit jugak lah melayang...

Unknown said...

Sya terdouble bli tiket cmna yaa..ble x tiket stu tu cancell

Unknown said...

Sya terdouble bli tiket cmna yaa..ble x tiket stu tu cancell