Sunday, September 07, 2014

RINDU AWAK 200% MEMORI INDAH BERSAMA SI BLOGGER


Assalamualaikum dan hello ! :)

Rindu awak 200% !! amboiii kemain tajuk nak gempak jerr kan? Di hujung minggu yg indah ni, tetiba rajin nak belai blog sendiri. Bila buka, terharu sebab masih ada yg sudi singgah dan tinggalkan komen walaupun tak berapa nak rajin bagi komitmen dengan blog. Dan disebabkan itu juga, tetiba rindu dengan geng blogger seperjuangan di zaman kegemilangan blog haha ayat kemain lagi. Ini saja gambar yg saya ada dan first time jumpa rakan blogger yg sebelum tu kamceng di alam blog kecuali Izza (memang bestfriend since sekolah dan sudah bersara dari dunia blogging, wahhhh bersara gitu) dan Eva (dah pernah jumpa dua kali masa balik Kuching, tahun 2011 di Boyan di beach dan raya rumah Eva tahun 2013) hehe. Kebetulan short vacation ke KL dengan member, ambik kesempatan jumpa diorang yg sporting ni walaupun jumpa sekejap ja sebab kejar masa huhu.

Kalau nak dikira, memang banyak sangat geng blogger yg kamceng dulu-dulu semenjak 2008..tapi entahlah apa cerita diorang sekarang. Nama diorang pun bukan semua diingat hehe kejam. Ada jugak yg dah pergi buat selamanya (sedekahkan Al-Fatihah), ada yg alhamdulillah dah kawen dan dah ada anak-anak. Dan ada yg masih bujang macam saya haha dan ada yg dah tutup blog huhu. Sekarang ni agak kurang aktif blogging, tapi masih jugalah keep in touch dgn diorang di facebook dan instagram, walaupun jarang nak drop comment, rajin like jerr, at least korang tahu keadaan mereka baik-baik saja dong hihi. Okeylah, ini antara rakan blogger yg org kata, 'gimme 5' ada antaranya yg dari zaman bujang sampai dah kawen dan beranak, syok tau bila korg nampak 'susun atur' kehidupan seseorg tu dari alam maya. Ada jugak geng blogger kamceng yg kongsi masalah perasaan, konon-konon saya ni doktor cinta laa pulekkk, you know who you are kalau baca ni haha. Zaman dulu, meriah sangat dengan blogwalking, giveaway blog, blog contest, tukar-tukar hadiah, hias-hias blog, buat tutorial cantikkan blog, pasal iklan berbayar di blog, dan macam-macam lagilah. Sampai tak perasan tabung di Nuffnang tu dah bertambah hihi. Kalau dulu, rajin bebeno edit blog, setakat coding2 blog tu, makanan harian, sekarang sepatah haram tak faham haha. Okeyla, kalau tiada nama korang tu tak bermaksud kita tak geng arrrr, geng jugak cuma tak larat nak menaip lg huahua love u'olls !!
with Eva Romina, gambar sebelah kiri tahun 2011, first time jumpa. Sebelah kanan tahun 2013 beraya rumah Eva, dia masak laksa sarawak hehe. Eva antara blogger yg still keep in touch di alam maya, Eva pun jarang dah nak blogging. Tapi sangat aktif di instagram hehe. Okeylah, itu saja. Sebenarnya tadi nak update pasal benda lain, time tgk filem Daddy Day Care. Tapi tiba-tiba lain pulak jadinya, penangan rindu awak 200% kot haha. Bye !

entri berkaitan-->
BILA RINDU DENGAN BLOGGER
SEJAM BERSAMA RAKAN-RAKAN BLOGGER DI LOAF SOGO KL

entri lepas--> PENGALAMAN PAC PEGAWAI PENERANGAN S41 SPA 2014

TAG: RAKAN BLOGGER, RINDU AWAK 200%, EVA ROMINA, UNCLE ZUAN, JUE HANIE, KISAH BLOGGER, BLOGGER MELAMPAU, RINDU BLOGGER, SENARAI BLOG, BLOG

Anda sedang membaca artikel RINDU AWAK 200% MEMORI INDAH BERSAMA SI BLOGGER dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/09/rindu-awak-200-memori-indah-bersama-si.html
Semoga artikel RINDU AWAK 200% MEMORI INDAH BERSAMA SI BLOGGER ini dapat memberi manfaat untuk semua.

0 COMMENTS: