Wednesday, October 01, 2014

PENGALAMAN PENGASUH TASKA


Assalamualaikum & hello :)

Isu pengasuh taska memang sangat melambak di internet. Kebanyakan darinya sudah semestinya lebih kepada isu negatif. Pengasuh taska jahat, pengasuh taska kejam, pengasuh taska cuai, pengasuh taska lalai, pengasuh taska diperlukan, ehh salah taip hehe. Kebaikan pengasuh atau cikgu taska memang sangat jarang digembar-gemburkan, mungkin juga tidak pernah langsung. Sebab apa? sebab berita berkaitan pengasuh taska yang dikeluarkan di berita TV, berita radio, suratkhabar mahupun media sosial kebanyakannya berkaitan dengan pengasuh dera bayi, bayi tersedak susu, pengasuh pukul budak, pengasuh bunuh bayi dan sebagainya. Perlu diingatkan di sini, BUKAN SEMUA PENGASUH TASKA kejam macam tu. Tidak termasuk pengasuh yang mengasuh di rumah dan bukan taska sebab ianya lain kes.

Memandangkan belum ada rezeki pekerjaan sektor kerajaan mahupun company besar swasta, saya lupakan yg diri ini ada sekeping degree. Saya pun cuba dan ambil pengalaman bekerja sebagai pengasuh taska swasta. Konon nak cuba dalam masa 3 bulan saja, tapi sampai sekarang pun masih bertahan hehe (Sebab tu la busy memanjang tak upate blog). Masa bulan pertama dan kedua, sejujurnya memang rasa nak berhenti secepatnya. Rasa tak tahan sangat. Mungkin selama ni orang luar beranggapan kerja sebagai pengasuh taska HANYA menjaga budak. Bukan ya, bukan. Mari sini saya nak cerita rutin harian di taska, mungkin bukan semua rutin tu sama dengan taska yang lain. Kalau taska kerajaan, tak pasti pulak. Ni antara tugas untuk handle budak 2-3 tahun, yang bayi pulak jadual lain sikit saja sebab kawan yg lain handle :

6:20 am - 12:00 pm : ( Memasak dan menyediakan makanan. Tapi ni sekali (seminggu) dlm masa sebulan, ikut giliran hehe). Menyapu, mengemop lantai dan tangga, mengelap meja dan rak, membersihkan permainan, menyusun meja dan kerusi. Mengisi botol-botol air budak, menyedia piring, mangkuk dan susu botol. Menyambut budak, memandikan dan tukar baju lampin budak, buat susu bayi, menyuap bayi makan dan bayi ready untuk tidur. Budak 2 dan 3 tahun main toys dan tengok TV. Budak-budak berumur 2 hingga 3 tahun beratur untuk cuci tangan dan sarapan. Lepas sarapan, menyapu lantai dan memastikan kebersihan kelas terjamin. Ready untuk mula kelas. Flash card. Simple reading. Singing ABC, 123, & colours. Kelas bermula berdasarkan jadual (BM, BI, MATH, MORAL, ART & CRAFT, B.CINA). kelas umur 2 tahun dan 3 tahun adalah diasingkan. Snack time. Lepas snack, kena menyapu lagi, biasalah budak makan berterabur hehe. Fun time. Budak yang half-day ready untuk pulang, budak yang full day pulak masa untuk lunch. Lepas budak lunch, buat susu untuk nap time.

12:00 pm - 5:30 pm : Budak-budak mandi dan tukar baju. Menyediakan katil dan tilam untuk budak-budak tidur petang. Masa untuk dodoikan budak-budak. Kalau korang yg kerja ofis, ada masa rehat kan sejam? Kalau kami, tiada istilah rehat. Dalam masa lebih kurang 2 jam ni, bergilir-gilir buat hal masing-masing sementara budak-budak tidur. Sementara nak solat, makan, cuci botol-botol susu dan piring mangkuk, kawan yg lain kena jaga budak-budak tidur. Bergilir-gilir. Biasanya bayi memang akan bangun awal, memang kelam kabut la jawabnya. Snack time. Mandi dan tukar baju budak. Mengemas pakaian dan beg budak-budak. Macam biasa, bergilir-gilir ada yang pegi menyapu, jaga budak-budak yg khusyuk tengok TV, mengemas tilam katil, cuci botol-botol susu, kemas dapur, dan hantar budak-budak pulang.

Itulah antara rutin harianku jd pengasuh budak hehe. Part tukar pampers sebab budak-budak berak atau kencing tak dimasukkan dalam jadual sebab itu memang rutin wajib haha. Tengah syok-syok menyanyi ABC, 123, ajar reading, mewarna, menulis, tiba-tiba baju kena tarik, pastu suara budak comel "teacher, mau o o" . maksudnya berak. Tu dah kira bagus sebab pandai bagitau. Biasanya memang akan terhidu 'bau special' hehe. Kadang-kadang diorang terkencing terberak kat seluar, memang extra job la jawabnya hihi. Belum lagi masuk cerita part nak handle budak-budak saat diorang nakal, bergaduh, menangis tak henti-henti. Perghhh memang menguji kesabaran. Tapi seronok :)

Kelebihan pengasuh taska yang orang tak tahu dan tak pernah ambil tahu, ada juga tau. Siapa cakap tiada? Bagi mereka yang rasa diri seorang pemarah dan kurang sabar, cubalah kerja mengasuh budak hehe. Sebabnya, bila kita bergaul dengan baby dan budak-budak, automatik kita akan pandai kawal emosi. Itu kalau saya la, tak tau pula dengan individu lain. Tapi rasanya, boleh tu. Sebab sejahat-jahat manusia sekalipun, memang akan 'cair' bila tengok wajah baby dan budak-budak. Tahap kesabaran tercabar, apabila kena handle baby yang jenis kuat nangis dan manja yg sentiasa mau didukung. Haaa itu memang sangat mencabar fizikal dan mental. Bayangkanlah nisbah pengasuh dan kanak-kanak, contohnya bagi bayi yang dlm 4 bulan hingga 1 tahun, 1 nisbah 3 bayi. Itu kalau taska yang ikut betul-betul prosuder, bagi yang tak ikut nisbah yg disarankan, kadang ada kes tu 1 pengasuh jaga lebih daripada 5 baby. Selain tu, kita akan menjadi seorang yg penyayang hehe. Kerja jaga budak memang memerlukan kesabaran yg tinggi, jangan sampai org kata kita ni kerja semata-mata nak gaji buta saja walaupun hakikatnya kita sedaya upaya menjaga kebajikan budak. Mereka semua tu AMANAH besar yg parents serahkan, sepanjang parents bekerja, pengasuh umpama parents kedua (walaupun memang tak boleh nak ganti posisi sebenar) bagi kanak-kanak. Pengasuh yg baik adalah pengasuh yg disayangi budak-budak hehe.

Selama ni, segelintir individu yang tidak tahu menahu dunia pengasuhan, memang akan sedap mulut mengkritik malah menghina pekerjaan sebagai pengasuh taska. Bukan semua pengasuh taska itu jahat. Kes-kes yg pernah berlaku sebelum ni berkaitan pengasuh taska dan penderaan bayi, itu disebabkan mungkin kurangnya pemantauan pihak majikan taska. Jika taska yg betul-betul ikut prosuder, setiap bayi dan kanak-kanak memang ada buku log masing-masing iaitu macam buku report lah, segala aktiviti dan perkembangan mahupun kecederaan dari rumah atau taska dicatat. Sebelum pulang, memang kena cek seluruh badan bayi dan kanak-kanak. Kalau budak ada terjatuh ataupun digigit semut mahupun digigit oleh kanak-kanak lain, memang kena bagitau parents. Bos kitorg selalu pesankan, kalau kami gagal maklumkan kepada parents, maksudnya kami yg cuai dan tidak pandai jaga budak walaupun perkara tu di luar kawalan kita. Contohnya, budak gigit budak yg lain, masa tu kau tengah sibuk mengajar, pendek kata tidak perasan. Tetap juga itu salah kau. Faham tak apa yg saya cuba sampaikan? Sengaja atau tidak sengaja, tetap salah pengasuh. Itulah risiko yg perlu ditanggung. Bagi parents yg memahami, syukurlah diorang akan faham. Bagi parents yg jenis cepat melenting atau tak nak sedikitpun anak dijentik, memang sedialah telinga kena syarahan, lepas tu dapat syarahan dari bos pulak huhu. Tapi setakat ni, alhamdulillah semua parents jenis memahami.

Sebelum nak update pasal pengalaman kerja pengasuh taska ni, banyak kali dah fikir sebenarnya. Pro dan kontra. Patut ka tidak ehh kongsi pengalaman ni? Takut juga kalau-kalau orang luar tak dapat nak terima pendapat dan perkongsian isu pengasuh taska. Sebab isu ini sangat sensitif terutamanya di Malaysia. Kuat ka tidak mental ni nak terima kritikan dan respon pembaca? Tapi, saya kuatkan juga diri untuk kongsikan dalam blog sebab ianya daripada pengalaman sendiri dan saya nak cuba ubah persepsi umum terhadap taska, malah nak bantu ibu bapa di luar sana yang masih bimbang nak hantar anak ke taska. Diharap entri ini dapat membantu dan mengurangkan sedikit kegusaran hati ibu bapa di luar sana. Apa-apa pun, semua yang berlaku pasti ada hikmah dan something yang Allah Taala nak kita muhasabah diri. Kalau nak hantar ke taska yg tempat saya kerja, jangan risau, insya'Allah saya akan jaga sebaiknya :)

#NOTAKAKI: Kalau korang berada dlm dunia mengasuh, korang akan jumpa pelbagai jenis parents. Parents yg jenis macam mana dengan anak-anak. Dari aspek keadaan dalam beg dan rupa anak semasa diorg hantar ke taska. Tapi orang kata, dont judge the book by its cover bah kan? So, sayangi dan hargai anak permata korang semua ya :) Siapa kata graduan tak boleh jadi pengasuh taska? Silap besar siapa kata tak boleh. At least, boleh belajar macam-macam untuk persediaan akan datang hehe. Perjalanan hidup dari jd penganggur ke kakak kantin, skrg kakak taska pulak haha. Syukur. Lagi satu, kalau kau punya rezeki kerja berjawatan tinggi dan termulia banding aku yg hanya pengasuh, janganla kau berasa riak malah mengagung2kan kejayaan anakmu..bersyukurlah kerana Allah Taala memberi rezeki terbaik buat anakmu dan jangan memandang rendah kerja anak org lain. Diam-diam, sudah. (Memang beginila kalau lama tidak blogging, panjang bebelnya, Lol)

Banyak lagi timbul isu baru melibatkan pengasuh dera bayi sekarang, sedih bila dgr brita mcm tu, diorg tak syg budak atau lalai atau apa? sy pun jd berfikir 10x nk teruskn kerja ni ataupun tak..sbb terlalu berisiko sbnrnya. Bknnya jaga anak patung tu, jaga banyak nyawa dan amanah parents..tapi, tak smpai hati nak tinggalkn bdk2 tu, dh serasi & syg kat diorg huhu. Bila ada berita kurang menyenangkan pasal pengasuh, kami pun turut terasa tempias, org luar pun pandang semacam walhal bkn org yg sama..tp takpa, tak salahkn diorg pun, itu reaksi normal bagi yg tahu menyayangi & menghargai budak2 tp jgn sampai kita berprasangka negatif, ya? doakan sy & kwn sekerja dpt menjalankn amanah besar ini..nawaitu menjaga amanahNYA  disamping membantu parents yg mencari rezeki utk keluarga :)

TAG: BABYSITTER, PENGASUH TASKA, PENGALAMAN KERJA, PENGALAMAN TASKA, TASKA SWASTA, JAGA BAYI, JAGA KANAK KANAK, PENJAGAAN BAYI, TIPS MENGASUH, KELEBIHAN PENGASUH TASKA,  ISU TASKA, NISBAH PENGASUH DAN KANAK-KANAK, KES DERA BAYI, KES BUNUH BAYI, KES DERA TASKA 2014, TASKA PERMATA BAYI, TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK, PENGASUH DERA BAYI, PENGASUH PUAKA, PENGASUH PERMATA

Anda sedang membaca artikel PENGALAMAN PENGASUH TASKA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/09/pengalaman-pengasuh-taska.html
Semoga artikel PENGALAMAN PENGASUH TASKA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

Rosmiza Ali said...

Macam ni rupanya tugas seorang pengasuh taska.. Huhu.. Mmg perlukan kesabaran yg tinggilah.. Saya tabik pd pengasuh2 taska yang bertanggungjawab & berdedikasi mcm awak.. Sy ni kurang sabar & pemarah.. Nmpak gaya kena apply kerja jd pengasuh taska jgkla barangkali, baru dpt kawal sifat pemarah & kurang sabar tu.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

[sutera kasih] said...

kunci utama krja sbgai pengasuh, kena SABAR & KUAT SEMANGAT. Kalau kurang sifat tu, boleh jgk, lama2 automatik kita akan berubah ツ

Thanks sbb sudi singgah & baca ツ

Ania said...

Blognya keren! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

Abang Bear said...

Kalau ramai orang berperasangka tak baik pada kita tapi kita sendiri tak pernah buat jahat macam orang lain... pekak kan je telinga... jangan menjawab... orang Malaysia ni bising nya sekejap jer

EyqaLuvender said...

susah kan nak jd peangasuh ni?
lebih kurang cikgu tadika je...cm iqa ni tp kat tadika mostly bdk da besar@ xde baby so diorang dah independent.

Anonymous said...

Yes..mmg cmni laa jd pengsuh taska..sabar y amat tggi smpai bole kluakan airmata😢..lagi2 bila kje dgn majikan y xikot prosedur..
Jga kanak2 srmai 17org tmsok bby dgn hnya 2pkrja y bgaji RM700..tp Alhamdulillah ia btul2 mngajr erti SABAR..jz 4 share😆