Sunday, September 28, 2014

KEBAIKAN VCO (VIRGIN COCONUT OIL)


Assalamualaikum dan hello readers :)

Kalau nak selfie, CATALYST la jawapannya ! Wahhh kelasss kau Nad Zainal hehe. Siapa perasan iklan Catalyst kat TV3 baru-baru ni? Nad Zainal merupakan duta rasmi bagi produk Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd. Sedar tak sedar, dah lama rupanya diri ini 'berkawan' dengan VCO Catalyst, mula makan VCO Catalyst ni semenjak tahun 2011 sampailah sekarang. Walaupun sekarang ni agak jarang dah amalkan makan sebab malas hihi. Tapi di rumah memang sentiasa ada VCO Catalyst sebab VCO Catalyst tu jadi pengganti ubat paracetamol (panadol). Saya memang tak suka amalkan makan panadol. Sebelum ni memang aktif berjualan VCO Catalyst sebab permintaan pelanggan yang memberangsangkan. Memang tak pernah kongsikan pengalaman di blog sepanjang mengamalkan VCO Catalyst, biasanya saya akan kongsikan di facebook dan instagram saja. Bukan apa, seganlah nak tempek muka sendiri haha.


KEBAIKAN VCO
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Mengurangkan up to 70%
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur
Itu merupakan info yang akan korang jumpa masa google kebaikan VCO Catalyst di internet. Itu kebaikan secara umumnya yang bergantung dengan hormon dan tindak balas tubuh badan seseorang. Apa jua jenis supplement yang kita makan, bukannya semua akan bagi tindak balas yang sama seperti orang lain alami. Contoh, nampak kulit muka si Mawar halus putih melepak, kita pun tanya Mawar makan produk apa eh? Kita pun terus nak makan produk yg sama dengan mengharapkan kulit kita pun halus putih melepak. Haaaa tu silap dah tu. Kita kena tahu jugak, hormon kita dengan orang lain tak sama tau, sistem tindak balas tubuh badan seseorang bukannya semua sama.

Pendek kata, berdasarkan pengalaman dari tahun 2011, saya dah makan VCO Catalyst, walaupun tidaklah konsisten mana pun, tapi terdapat kesan positif  VCO catalyst yg buat saya terus percaya untuk beli dan simpan di rumah walaupun hanya sekotak. Antara kebaikan VCO yang saya sendiri dah rasa (dengan izin Allah Taala menyembuhkan), bila tekak rasa sakit dan rasa nak demam, cepat-cepat saya akan telan 2 hingga 4 biji VCO Catalyst sehari sampai rasa tekak dah lega. Bila bangun tidur pagi, akan keluar lendir-lendir kahak berketul-ketul, kadang-kadang ketulan sedikit darah sebab tonsil di tekak. Dua tiga hari, alhamdulillah dah rasa nyaman dan demam pun kebah. Selain tu, bila rasa sakit kepala, pening-pening rasa berat kepala, telan VCO dan minum air suam banyak-banyak lepas tu alhamdulillah okey. Mak pulak suka makan VCO Catalyst sebab mak rasa badan ringan ja, maksudnya badan mak tak sakit-sakit. VCO Catalyst ni buat badan kita rasa bertenaga sepanjang hari pastu kita susah nak rasa penat. Tambahan pulak, alhamdulillah kulit muka pun jadi baik dan tidak kering. Itu apa yang kami rasa, tak pasti pulak dengan pengalaman orang lain yang makan VCO hehe. VCO Catalyst ni boleh dikatakan, boleh jadi penawar demam, sakit tekak, pening kepala, kurangkan sakit-sakit badan dan bagus untuk kulit. So, cubalah VCO Catalyst kalau nak rasa kelebihannya :)

NOTA KAKI: Yang bagusnya sekarang, harga VCO Catalyst untuk semenanjung, sabah dan sarawak sudah pun SAMA iaitu RM39.90. Harga seluruh Malaysia adalah sama. Best, kan? hehe.

TAG: KEBAIKAN VCO, KELEBIHAN VCO, KESAN VCO, VCO CATALYST, VCO UBAT DEMAM, VCO PENAWAR TERBAIK, VCO KULIT HALUS, VCO MINYAK KELAPA DARA, KEBURUKAN VCO

Anda sedang membaca artikel KEBAIKAN VCO (VIRGIN COCONUT OIL) dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/09/kebaikan-vco-virgin-coconut-oil.html
Semoga artikel KEBAIKAN VCO (VIRGIN COCONUT OIL) ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

Dhiera nadhirah said...

dulu saya ada juga makan catalyst vco ni. tapi susah sangat nak dapat dekat sini. asyik kena beli online je. hukhuk

tapi catalyst ni memang best. setiap hari pasti saya memerut. mak saya pun suka catalyst vco ni. vco lain memg tak boleh tandingi kehebatan catalyst vco ni

[sutera kasih] said...

samala, sblm ni sy pun order online ja, tu yg mcm x tahan sbb nk byr postage..skrg dh ok sbb dh jmpa d area sini..xla pening nk fikir postage hehe

Yup, betul tu..vco catalyst ni ada kelebihan tersendiri..sbb tu sy masih bli walau mkn x konsisten hee

Umie Artoqiemie said...

dulu makan ni tapi x masuk asyik keluar jerawat

Razfira said...

memang bagus VCO NI

Abang Bear said...

VCO ni dalam bentuk capsule ker? Selama ni ingat dalam bentuk cecair jer... payah sikit nak guna... kalau kapsul tu main telan jer... bagus gak

Rasim Kasirun said...

Assalammualaikum sy nk order sebotol. . Mcmana caranya? T.k