Monday, February 24, 2014

TIPS DAN PANDUAN PEPERIKSAAN, ASSESSMENT CENTRE DAN TEMUDUGA SPA 2014

Assalamualaikum dan hello !
Kalau nak cerita pasal Tips dan Panduan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temuduga SPA ni, sehari semalam pun takkan habis. Setakat ni, aku pernah hadiri peperiksaan SPA dan temuduga SPA sahaja. Selain daripada step tu memang tak pernah lagi, contohnya ujian kecerdasan dan assessment centre. Contohnya macam pengalaman aku tahun lepas Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, kalau lulus peperiksaan, calon akan dipanggil untuk ujian seterusnya iaitu assessment centre (pusat penilaian) dan seterusnya temuduga. Tujuan buat entri ni sebab aku rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang pegawai SPA sudah sampaikan masa program "Seminar SPA Outreach" bulan lepas, memandangkan bukan semua calon mencari kerja di seluruh Malaysia dapat hadir program tersebut akibat kekangan masa dan masalah lain. Sorry lah kawan2 sebab terlewat kongsi, baru ada masa nak blogging huhu. Entri kali ni memang panjanglah jawabnya sebab banyak info nak dikongsi. Okey, jom kita mula :)

NOTA RINGKAS BERKAITAN SEMINAR SPA OUTREACH

Info ringkas ni antara info yang sempat aku catat di dalam notebook yang diberi oleh pihak SPA seperti di dalam gambar. Sebenarnya panjang tapi aku cuba ringkaskanlah, walau member gelakkan aku sebab buat nota macam dalam kuliah haha. Maklumlah dah terbiasa, lagipun nak kongsi dengan korang, kan? :)

Pesanan berguna daripada perasmi majlis merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Datuk Mustapha bin Ahmad S. Marican, beliau seorang yang sangat friendly masa bagi ucapan, antara 'point' penting beliau pesan :
  • Letakkan ijazah anda di tempat tinggi, jangan sia-siakannya. (Bagi degree holder) Bukan dengan niat riak, bukan. Tapi, hargailah penat lelah diri anda semasa belajar dulu hingga lulus cemerlang untuk memegang segulung ijazah. Hargai ibu bapa anda yang bersusah payah membesarkan kamu, buat kenduri kesyukuran jemput sekampung bila dapat tau kamu dapat tawaran masuk ke universiti, bila dah habis belajar, buat lagi kenduri kesyukuran jemput sekampung.
  • Memang tidak dinafikan zaman sekarang semua graduan bersaing dalam pasaran kerja, tapi kalau boleh janganlah 'tutup rezeki' orang lain. Maksudnya, berusahalah mohon pekerjaan ikut kelayakan tertinggi kamu. Hargailah sijil yang kamu perolehi, jika kamu ada kelayakan Master atau sarjana, janganlah mohon jawatan yang kelayakan untuk SPM, fikir-fikirkanlah, jangan letak kelayakan anda di bawah setelah bertahun-tahun kamu belajar berhempas pulas untuk mendapatkan kelayakan tertinggi kamu sekarang. Contohnya kamu dah dapat jawatan N17, jangan ingat senang-senang kamu nak naik pangkat. It's not easy nak naik pangkat, ada yang makan masa berpuluh tahun. Bila bekerja dengan dalam jabatan kerajaan, tidak boleh 'resign' sesuka hati, once kau dah 'keluar', susah nak masuk semula. Bersabarlah dalam mencari pekerjaan, semua kakitangan kerajaan yang kamu lihat sekarang pun pernah melalui fasa seperti kamu.
Tips temuduga yang beliau kongsikan :
  1. Persediaan: Fizikal dan mental, kesihatan paling penting. Pakaian mesti kemas dan sopan. Pastikan sijil-sijil disusun kemas. Jangan hafal sesuatu info macam hafal skrip supaya tak gugup/panik.
  2. Body Gesture: Cara anda duduk, bercakap/berkomunikasi, berjalan masuk dari pintu, semuanya ada markah. Jangan lupa 'greet' penemuduga, contohnya bagi salam atau ucap selamat pagi/tengahari.
  3. Masa: Kalau boleh, datanglah awal sebelum waktu temuduga, supaya ada masa untuk discuss dengan rakan-rakan, peluang cerah dan tidak kelam kabut.
  4. Soalan temuduga: Soalan awal biasanya tentang diri. Semasa sesi pengenalan diri adalah sangat penting sebenarnya, banyak calon sia-sia kannya. Masa sesi tu la calon menunjukkan karakter diri. Tips, perkenalkan diri secara keseluruhan. Lebih baik panjang dan terperinci supaya dapat markah tinggi. Jangan jawab seketul-ketul, jawab biarlah padat dengan ayat penuh. Jangan sesekali menipu ketika mengisi maklumat dalam talian SPA, sebab semasa temuduga akan dilihat. Masa sesi ni lah peluang kamu untuk bagitau pengalaman kerja, kemahiran diri, kelebihan kamu tapi ingat, jangan nampak sangat 'over'.
Okey, itu antara point penting yang beliau kongsikan. Harap dapat membantu kamu. Seterusnya, tips peperiksaan, assessment centre dan temuduga yang dikongsikan oleh pegawai SPA. Pegawai tu pesan, rajin-rajinlah jenguk website SPA, sebab diorang selalu update news di website, setiap bulan memang ada mesyuarat dan memang akan ada announcement baru.

TIPS PEPERIKSAAN SPA
  • Tiada bahan rujukan khusus. Jawapan esei dinilai oleh guru-guru berpengalaman dalam BM & BI yang dilantik khas. Peperiksaan ada tiga jenis iaitu Ujian Aptitude, Uji Bakat dan Ujian Fizikal.
  • Ujian Aptitude: Soalan Objektif iaitu Pengetahuan Am (Skim Jawatan), Penyelesaian Masalah (IQ), dan Kefahaman Bahasa. Soalan Subjektif iaitu Esei (BM & BI).
  • Uji Bakat: Muzik, Rekaan, Fotografi, Lakonan, Tarian dan Lukisan.
  • Ujian Fizikal: Penglihatan, BMI, Dada dan ujian kecergasan. Contoh jawatan dalam jabatan bomba, ujian fizikal seperti angkat pemberat 54kg (Lelaki) 46kg (Perempuan), menjulang/menegang tangga, naik tangga, dan panjat tali.
     
  • Soalan Pengetahuan Am: Merangkumi pengetahuan am mengenai Malaysia dan antarabangsa. Liputan soalan berkaitan pentadbiran kerajaan, pembangunan, ekonomi, sosial, hubungan antarabangsa, ICT, keselamatan, sejarah dan budaya.
  • Soalan Penyelesaian Masalah: Mengukur kebolehan berfikir (IQ test). Liputan soalan berkaitan kemahiran logik, interpretasi data dan konsep matematik.
  • Soalan esei: Mengukur nahu, kematangan idea dan penyampaian bahasa. Jenis soalan adalah berdasarkan isu-isu semasa meliputi pelbagai topik. 3 soalan akan diberikan dan pilih satu sahaja. Yang penting ada rangka karangan, intro, isi dan penutup. Biasanya isu-isu yang diambil sekitar 1-3 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

TIPS ASSESSMENT CENTRE SPA (PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI)
  • Kaedah penilaian bagi mengenalpasti traits, kualiti dan kompetensi yang sesuai dengan jawatan. Kompetensi merujuk kepada keupayaan individu berfikir dan berdaya tindak bagi memenuhi kefungsian sesuatu kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
  • Penilaian Kompetensi umum: Kemahiran interpersonal (20%), Keupayaan Intelek (20%), Komunikasi Lisan (15%), Integriti (15%), Kepimpinan (15%), Berpasukan (15%). Jumlah 100%.
  • Apa yang dinilai? : Kerja berkumpulan, kajian kes, pemeriksaan fizikal pancaindera dan fitness, presentation, simulasi, ujian bakat, ujian psikometrik.
  • Model Penilaian Kompetensi: Pengucapan Awam, Penyelesaian Masalah (Kajian kes) dan Kerja Berpasukan.
  • Siapa menilai? : Pegawai-pegawai kanan Kementerian/Jabatan yang telah dilatih khusus untuk menilai aktiviti yang dilalui oleh calon-calon.
  • Contoh: Dalam satu kumpulan, diberi satu jawatan, kemudian ditimbulkan satu isu dalam jabatan, semua calon yang mempunyai jawatan tersebut dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut. Dalam penilain public speaking, diberi tajuk kemudian dikehendaki berucap di depan ramai orang secara spontan dalam masa 5 minit. Debat ala parlimen.

TIPS TEMUDUGA SPA

Persediaan sebelum temuduga SPA:
  • Salinan dokumen asal dan salinan yang mesti dibawa ialah resume bergambar, kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip akademik/surat pengesahan pelajar akhir tahun (asal sahaja) dan sijil-sijil penghargaan (asal sahaja).
  • Fizikal: Sihat dan berketrampilan, persiapan dokumen dan pakaian sopan dan bersesuaian.
  • Bertenang, minat, pengetahuan dalam organisasi, dasar kerajaan, tugas jawatan yang dipohon, pengetahuan am/hal ehwal semasa dan etika berkomunikasi.
Persediaan semasa temuduga SPA:
  • Nisbah 1:15, 15 calon untuk 1 kekosongan sahaja. Dijalankan selama 10-20 minit.
  • Awal temuduga: Latarbelakang/Profail calon, ice breaking, penilaian perwatakan, keperibadian dan sikap calon.
  • Pertengahan Temuduga: Kompetensi teras, tingkahlaku sasaran, pengetahuan dan kemahiran jawatan.
  • Akhir Temuduga: Menilai kesesuaian calon dan menilai potensi lantikan
  • Penilaian: Penilaian prestasi keseluruhan calon
Contoh soalan temuduga berdasarkan kaedah CBI : Situation, Action & Result.
  • Situation- Terangkan satu keadaan di mana anda diminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan @ etika jabatan. Apa yg berlaku?
  • Action- Apa peranan anda? Siapa yg terlibat? Bila/di mana ia berlaku? Bagaimana anda membuat keputusan? Kenapa faktor tersebut dipertimbangkan?
  • Result- Apakah kesannya? Bagaimana anda menilai kesan drpd tindakan/keputusan anda tersebut?
Kriteria pemilihan calon:
  • C.T.I - Cepat (Prompt), Tepat (Accurate), Integrity
  • F.O.L - Facilitate, Open minded, Loyalty
  • P.C.I - Productivity, Creativity, Innovation
Boleh faham tak setakat ni? Okey bah kan? hehe. Kadang2 soalan 'bodoh2' pun kena soal, tapi sebenarnya di situlah penilaian perwatakan dibuat. Jangan ambil remeh, okey? Contoh situasi yg pegawai tu kongsikan, dia siap minta maaf lagi manatau ada calon tu dalam dewan hehe. Pegawai tu tanya jam berapa sekarang? Walhal pegawai tu tahu ada jam di dinding. Calon tu dengan selamba main tunjuk ja guna jari telunjuk ke arah jam di dinding. Nampak tak, pegawai tu dah boleh nilai sikap calon tu. Sepatutnya, calon tu sebut bukan tunjuk. Contoh kalau anda ditugaskan di kaunter, ada pelanggan tanya "mana borang permohonan?". Sikap 'tunjuk' tadi tak mustahil akan dibuat, tak mustahil calon tu pun main tunjuk jugak borang tu, sepatutnya menjawab dengan jawapan yg menyenangkan hati pelanggan dan membantu. Bukan senang tau jadi pegawai kerajaan, segala gerak geri kita diperhatikan oleh rakyat.

TAPISAN
  • Tapisan ialah proses menyenarai pendek calon-calon dipanggil temuduga.
  • Nisbah calon temuduga ialah 1:15 manakala dipanggil ujian 1:20
  • Untuk mendapatkan jumlah calon yg munasabah berdasarkan nisbah, beberapa asas tapisan digunakan, antaranya; peperiksaan khas, CGPA, bidang pengkhususan pengajian dan kelayakan lebih tinggi diutamakan.
KESILAPAN RESUME
terlalu ringkas, kurang maklumat, tidak kemas, memasukkan maklumat yg tidak perlu, tidak disertakan foto, foto yg tidak sesuai, terlalu panjang, hal emosi, kertas kurang sesuai

KENAPA GAGAL TEMUDUGA?
Calon tidak bersedia, gagal tunjukkan minat terhadap jawatan yg dipohon, tidak tahu peranan dan tanggungjawab jawatan malah tidak kenal jabatan berkaitan.

BEZA GLC/SWASTA DAN KERAJAAN?
GLC/Swasta : mementingkan profit kepada company, so temuduga sangat ketat.
Kerajaan : lebih kepada perkhidmatan, fokus kepada integriti dan lain-lain.

*at least, inform pihak SPA kalau tak dapat nak hadir temuduga (ada markah).
*jangan sesekali jawab 'tak tahu' semasa temuduga, at least jawab 'maaf, lupa', nampak kesungguhan bukan nampak malas.
*kerja gov jaminan hidup? BETUL. Tapi jaminan bergantung kepada diri sendiri juga, disiplin diri dan prestasi kerja dilihat.
*temuduga: bawalah diri dan dokumen yg diperlukan sahaja. Tak perlu nak bawa surat sokongan dari wakil rakyat (kabel) sebab ianya tiada nilai di mata penemuduga, tidak adil kepada calon lain.

CALON SIMPANAN
-tiada valid lagi, selagi ada kosong adalah tu, ikut masa jugak
-if ada kekosongan, terus masuk tanpa temuduga
-boleh mohon jawatan lain

Okeylah, itu saja info tips SPA yg dapat dikongsi. Moga dapat membantu kamu yg nak pergi exam dan interview SPA. Mungkin ada yg pertama kali nak pergi, harap dapat menjawab persoalan kamu. Rajin-rajinlah tengok jadual peperiksaan SPA, manatau ada jawatan yg dipohon. Kalau ada soalan berkaitan SPA, boleh jugak baca di Soalan Lazim SPA. Sabtu 1 March 2014, ada peperiksaan pegawai penerangan S41. Haraplah exam kali kedua ni, lulus huhu. Good Luck semua calon SPA :)


TAG: PENGALAMAN INTERVIEW SPA, PENGALAMAN PEPERIKSAAN SPA, SPA, TIPS SPA, TIPS EXAM SPA, INTERVIEW KERAJAAN, INTERVIEW, SOALAN INTERVIEW, SOALAN EXAM SPA, PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA

Anda sedang membaca artikel TIPS DAN PANDUAN PEPERIKSAAN, ASSESSMENT CENTRE DAN TEMUDUGA SPA 2014 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/02/tips-dan-panduan-peperiksaan-assessment.html
Semoga artikel TIPS DAN PANDUAN PEPERIKSAAN, ASSESSMENT CENTRE DAN TEMUDUGA SPA 2014 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

9 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Mr.Superman said...

nice yan. mantap dlm carian ni.

niksyamsul said...

Assalam,

Dengar crita SPA terpaksa ambik alih untuk pengambilan Pegawai Arkib kali ni sbb permintaan terlalu banyak.

Jadi, kpd yg dh dapat pegi exam ni, ambik peluang ni btul2. SMOGA BERJAYA.

Kami doakan kejayaan anda. InsyaAllah.

Rujukan TERKINI Exam Pegawai Arkib 2014 --> http://jvsecurepay.com/access/41ch/1...er?camp_id=779

niksyamsul said...

Dengar crita SPA terpaksa ambik alih untuk pengambilan Pegawai Arkib kali ni sbb permintaan terlalu banyak.

Jadi, baik korang yg dh dapat pegi exam ni ambik peluang ni btul2. SMOGA BERJAYA.

Kami doakan kejayaan anda. InsyaAllah.

Rujukan TERKINI Exam Pegawai Arkib 2014 --> http://jvsecurepay.com/access/41ch/1203/order?camp_id=791

Sha Nikitasakura said...

Info yg sgt2 berguna..thanks sudi share info ni...
tellingstory11.blogspot.com

Anonymous said...

Terima kasih ats perk0ngsian 2 sahabat. Sangat bermakna.

Anonymous said...

niksyamsul beruk ni tau nk menipu orang je..setan betul manusia mcm ni

Anonymous said...

Nik syamsul sejak bila SPA ambil alih mmg SPA yg buat pengambilan utk jawatan trsebut. Tak tahu sila bertanya ye. -ex staff SPA