Tuesday, February 25, 2014

BILA DAH MASUK, SUSAH NAK KELUAR

Assalamualaikum dan hello readers ! :)
Bila dah masuk, memang susah sangat dah nak keluar. Kadang-kadang tak sedar pun dah berjam-jam masuk ke dalam. Sampai satu tahap tu, tak nak keluar, memandangkan sedar diri bukan 'lone ranger', terpaksa jugaklah keluar dengan hati yang sayu hehe. Perempuan dan 'shopping' memang tidak dapat dipisahkan. Nasib baiklah habit buruk dah hilang, habit suka membazir beli pakaian. Oh please lah. Syukur sangat sebab dah tak terjebak lagi kegilaan shopping pakaian. Itu pun sebab semenjak dah bergelar penganggur terhormat, jadi sedar diri sikit. Cuma, sekarang ni masih berbaki sikitlah kegilaan penyakit shopping tu. Kegilaan shopping beli buku haha. Aku pun tak faham penyakit jenis apa? Aku akan beli buku tu banyak-banyak (kalau ada rezeki lebih), lepas tu aku jerukkan dulu buku tu kat rak buku. Itulah masalah terbesar aku bila dah beli buku hehe. Tapi, perlahan-lahan memang buku-buku tu dibaca jugak, biasanya aku akan baca masa tengah jaga kantin petang atau sebelum tidur. Okey, stop pasal buku. Sebenarnya benda lain aku nak cerita ni, ada beberapa tempat di Kota Kinabalu, Sabah ni bila aku dah masuk, memang susah nak keluar. Nak tau kenapa dan di mana?

sumber gambar: mamarey.blogspot.com, sharinginfoz.blogspot.com

KEDAI BUKU EATON'S, HARRIS & POPULAR (MPH)

Kedai buku Eaton's ni terletak di shopping complex kegemaran orang Sabah, iaitu di Centre Point Sabah (CP). Sikit-sikit CP, sikit-sikit CP. Memang tidak sah lah pegi Kota Kinabalu (KK) kalau tak singgah CP. Kedai buku tu di tingkat tiga. Memang jadi tumpuan budak sekolah, cikgu, pelajar kolej, pelajar universiti dan parents di Sabah. Bila dah masuk ke dalam, macam aku lupa ingatan sekejap. Macam teruja nampak buku-buku haha. Dulu zaman sekolah menengah, kat sinilah aku suka borong buku rujukan dan ulangkaji. Aiseh, rajin. Rasanya, di CP jak ada ni Eaton's.

Kedai buku Harris & Popular (MPH) pulak ada banyak cawangan, tidak jugaklah banyak sangat. Boleh pergi di Centre Point Sabah, City Mall dekat inanam, 1 Borneo Hypermall Sabah. Di situ sajalah yang aku tau, kalau ada di shopping complex lain tu, tolong ja la mention di ruang komen ya, manatau ada pelancong mau ke Sabah men 'google' kedai buku di Kota Kinabalu, Sabah dapat jugak kita menolong ba kan. Di sinilah syurga buku-buku, banyak gila buku sampai kita pun jadi gila mencari buku yang dihajat hehe. Tapi, biasanya novel-novel yang menguasai, i means, buku-buku motivasi tarbiah ni tak banyak sangat dijual, kalau yang ada pun yang jenis popular & trending. Kalau ada pun buku yang kau hajat, kuantitinya tak banyak dan terhad. Biasanya buku-buku tarbiah motivasi ala islamik ni, aku akan cari di kedai buku Pustaka Aslam dekat area Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, atau di kedai buku dekat Wisma Muis ataupun kedai buku islamik di tingkat atas 1 Borneo dan depan Giant 1 Borneo atau kedai buku islamik depan KFC di Wawasan Plaza. Kalau tak jumpa jugak, biasanya aku akan beli di online ja la, walau postage ke Sabah mahal :'(

sumber gambar: www.glamiva.com

SUPER SAVE SABAH

Kedai Super Save ni yang aku tau di Centre Point Sabah ja, selain di situ memang aku tak tau la. Kalau kedai dua ringgit atau One Stop, aku tau la sebab tu melambak hehe. Yang best nya kedai Super Save ni, kebanyakannya barang-barang keperluan di rumah. Pendek kata, kedai ni memang sesuailah untuk para surirumahtangga nak berbelanja. Kalau singgah CP, memang akan masuk kedai ni saja nak cuci mata tengok barang-barang comel. Harga barang pun kira murah jugaklah berpatutan. Kedai ni macam ala-ala kedai dua ringgit, tau tak kedai dua ringgit? Hahh tak tau la tu. Tu la biasa sangat masuk kedai mahal :p

sumber gambar: www.beatyjohn.com
KAISON

Kedai Kaison area KK ni yang pernah aku pergi di Centre Point Sabah, 1 Borneo Hypermall dan di sebelah Servay Hypermarket Putatan. Bagi yang suka deco rumah ala intai-intai deko ni memang sesuai sangatlah masuk kedai Kaison ni. Seriously, kalau aku masuk kedai ni pun susah nak keluar sebab barang-barang dalam kedai tu semuanya comel, unik, cantik, vintage, stylo dan cool !! Manusia yang kreatif ni memang kena sangat dengan Kaison ni haaaa. Lagi-lagi kalau yang nak cari bahan untuk buat doorgift wedding, guestbook, photobook, hadiah-hadiah, pelamin wedding, dan hiasan ruang tamu rumah. Kalau rasa-rasa nak 'cute' kan ruang dapur, pergilah Kaison, memang banyak barangan dapur yang comel.

sumber gambar: www.batangan-leisure.com
DAISO

Kedai Daiso ni pulak hanya ada di Suria Sabah dan 1 Borneo Hypermall Sabah. Dulu ada di Centre Point, lepas tu dah tutup. Sedih. Sebab kedai Daiso ni memang sangat awesome. Semua barang harga RM5, semua okey, semua barang tak kira kecik ka besar ka panjang ka pendek ka, semuanya RM5. Kebanyakan barang dalam kedai tu memang ala-ala Japan dan Korea. Siapa peminat drama korea jepun, memang kenal la, sebab barang2 diorang ni comel-comel gitu. Aku paling suka tengok area bekas makanan atau lunchbox. Sumpah, cute ! Banyak benda dah aku borong kat Daiso tu, macam lunchbox bentuk strawberry, perkakas buat kuih, lampu klip buku..macam2 lah.

sumber gambar: www.suriasabah.com.my

CITY GROCER

City Grocer Suria Sabah. Terletak di tingkat 3, Suria Sabah. Satu-satunya tempat yang best to do your groceries shopping. Seriously, sebelum-sebelum ni memang tak singgah pun kedai ni, 'main limpas' jak orang Sabah bilang. Maksudnya, tak masuklah, kau lalu-lalu ja kedai tu sebab macam tak banyak orang Muslim masuk kedai tu dan kebanyakan pelancong yg masuk, kau rasa macam tak halal je macam tak boleh je. Rupanya anggapan kuno aku tu ternyata 100% salah haha. Baru-baru ni masuk ke kedai tu dengan member. Terkesima sekejap. Sebab apa? Sebab barang-barang dalam tu semuanya 'rare' dan memang kau takkan jumpa di supermarket kat luar tu. Kalau yg non-halal, memang diasingkan. So, tak perlu nak ragu-ragulah. Bila masuk City Grocer tu, berjam-jam sebab banyak sangat barang yg jarang kau tengok kat kedai runcit. Feeling macam kat kedai oversea gitu haha. Memang favourite market pelancong omputeh korean japanese la kat situ.

Jadi, kalau mau rasa 'feeling' bila dah masuk, susah nak keluar dari kedai-kedai di atas tu, silalah cuba try and test sendiri hehe. Bagi yang baru bercadang nak melawat makan angin ke Kota Kinabalu, Sabah, highly recommended la omputeh cakap hehe. Selamat mecuba ! :p

TAG: TEMPAT MENARIK DI SABAH, CUTI CUTI SABAH, CUTI CUTI MALAYSIA, I LOVE KK, KK CITY, SABAH BOLEH, SABAH MAJU JAYA, TEMPAT BERCUTI SABAH, PELANCONGAN SABAH, SABAH TOURISM, VISIT SABAH, VISIT MALAYSIA, EATONS, POPULAR, HARRIS, KEDAI BUKU, DAISO, KAISON, SUPER SAVE, SABAH, TEMPAT MENARIK SABAH, TEMPAT MENARIK KK, PELANCONGAN, SABAH TOURISM, CITY GROCER SABAH, SHOPPING MALL SABAH

Anda sedang membaca artikel BILA DAH MASUK, SUSAH NAK KELUAR dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2014/02/bila-dah-masuk-susah-nak-keluar.html
Semoga artikel BILA DAH MASUK, SUSAH NAK KELUAR ini dapat memberi manfaat untuk semua.

15 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama yui tak bershoping bagai..huhuh

adzairdawati makdara said...

akk paling sukaaaaaaaaa kaisonnnn brg2 dia best2 kannn :)

Norma NML said...

Salam kenal...

Betul tu..especially dpt pula buku2 yg berkenan...berjam la jawabnya :-)

Sila singgah blog akak if sudi. Thx :-)

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

puteri kasih said...

kita geng...puteri kalau masuk kedai buku memang tak ingat jalan keluar dah..hehe :)

Mr.Superman said...

perempuan,kedai,window shopping,berpisah tiada. hahah

Mr.Superman said...

amboi3..haha. sampai da tak kenal ye. tukar nama mr. superman,orgnya sama :D blog pun abg stalker lg.hehe

Intan Wandalaara said...

hi..singgah baca entry dan follow awak :)

Asmin Fahmi said...

Salam perkenalan. Jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tq

Mrs Yatie said...

hi blogger sabahan. kita sama. tak paham kalau da masuk kedai buku, duduk sejam dekat situ pun tak pa. haha. salam perkenalan dari PG ya :)

Kak Mahh said...

Tq info akak bakal bekerja di Sabah .

Kak Mahh said...

Akak bakal bekerja di Sabah

Anonymous said...

Kt geng hihi.. So klu beli brg utk buat pelamin, d mna ada ar? Selain leton,jelip n kaison..hehe

puteribongsu said...

Dmana kedai jual barang buat kraf area kk? Macam reben, lace bgtu..tq

[sutera kasih] said...

@puteribongsu: skrg ada mr.diy suda d kk, situ pun okey jg hehe

[sutera kasih] said...

@Anonymous: biasa kalau brg pelamin ni, org selalu pegi jalan segama, tp nama kedai tu nda pasti huhu