Sunday, October 20, 2013

KURSUS MENJAHIT PERCUMA ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN

Assalamualaikum dan hello !
Tetiba ada mood update blog, dah alang-alang bukak laptop, tu yang tetiba rajin tu. Blogging via phone tak best lah. Tak mencabar jari jemari nak menaip haha. Okey, dipendekkan cerita. Ni saya update sekaligus untuk sebulan yang lepas tak update, boleh? Sebulan yang lalu sibuk sesangat sampailah sekarang, haaahhh kau ingat kau yang bekerja saja boleh sibuk? Bulan september mula masuk kelas menjahit, kursus menjahit percuma gitewww. Nasib baik hati ni penuh kesabaran menanti kursus menjahit percuma timbul, kalau tak memang dah sah masuk kelas menjahit yang berbayar 3 bulan RM430 tuuu. Fuhhh, nasib baik ada kurus menjahit percuma anjuran Jabatan Belia dan Sukan Papar, Sabah untuk belia selama 6 bulan. Selamat duit saya hehe.

Dulu, adoyaiii tak minat langsung kot nak menjahit bagai ni. Selalu tengok mak menjahit baju kurung, pandang sebelah mata jak sebab tak minat. Tetiba semenjak dua tiga menjak dalam keadaan dilema menanti tawaran kerja yang tak kunjung tiba, dengan lambakan jualan baju-baju, skirt, tudung di atas talian (blogshop, facebook dan instagram), geram tak dapat nak beli baju, skirt, shawl yang mahal-mahal kat online tu, menimbulkan minat nak belajar menjahit. Yala, sedar diri tiada kerja, so kenalah lengkapkan diri dengan kemahiran yang sepatutnya perlu untuk seorang wanita, terutamanya kalau dah kahwin nanti, kalau ditakdirkan jadi surirumah sepenuh masa, sekurang-kurangnya ada la jugak kemahiran menjahit untuk buat baju sendiri sekali baju anak-anak, so tak perlulah nak hantar baju kat kedai jahit, jimat di situ, kan? nampak tak? nampak tak? jauh tak pemikiran saya tu haha. Kalau tiada tempahan baju, boleh jual kek atau biskut ke untuk pendapatan sampingan. Wahhh, nampak tak dah ada planning masa depan !!!

Okeylah, mentang-mentang lama tak merapu dalam blog, gian pulak nak menaip panjang2. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang ada sepanjang kelas menjahit. Setakat ni, dah siap sepasang baju kurung asli budak, sepasang baju kurung asli diri sendiri, sulam sulaman, dan poket. Sekarang on the way nak siapkan baju kurung moden pulak. Nantilah next entry saya kongsi gambar baju-baju yang dah siap jahit, okey?

Baju Kurung Asli Budak

First week, masih terkial-kial guna mesin jahit haha. Sekarang, alhamdulillah dah boleh guna, menjahit sambil gelak ketawa haha.

Minggu kedua, sibuk siapkan 'baju' untuk mesin jahit. Buat beg sampah sekali.

Antara jenis jahitan dan sulaman tangan yang dibelajar, kena belajar yang basic dulu.

Belajar jahit poket-poket, zip, tali butang dan lipatan skirt.

Sulam karipap paling saya suka jahit di leher baju hehe. Cantik tak cantik tak?? :p

#NOTA KAKI: esok isnin, dah start kelas pulak. okey nak tido, nanti kita jumpa lagi eh? nite :)

#UPDATE: Bagaimana cara mendaftar kursus menjahit? klik KURSUS MENJAHIT DI SABAH

TAG: MENJAHIT, JAHITAN, KURSUS MENJAHIT, KURSUS BELIA, KURSUS BELIA SABAH, KURSUS MENJAHIT PERCUMA, CARA JAHIT BAJU KURUNG, CARA SULAM BAJU, JABATAN BELIA DAN SUKAN, KURSUS MENJAHIT FREE

Anda sedang membaca artikel KURSUS MENJAHIT PERCUMA ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/10/kursus-menjahit-percuma-anjuran-jabatan.html
Semoga artikel KURSUS MENJAHIT PERCUMA ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

13 COMMENTS:

Amy Nbip said...

wah beznya ko..jeles nie...huhu....

~AmyLiana86~ said...

cantiknyer..kemas je yann..suka2..hehe

Zuan said...

bagus ni.. boleh buat side income bila dah pandai menjahit ^^

Nor Syahra Ajinim said...

Area kota kinabalu xda ker kelas mcvm ni?

fantaghiro mimie said...

Hi..mcm mne nk apply..tlg email sy detail bole..fantaghiro_mimie@ymail.com

fantaghiro mimie said...

Mcm mne nk apply..bole email sy detail..fantaghiro_mimie@ymail.com

Anonymous said...

Mcmne nk join ea???

saiyidah caie said...

Salam... boleh share mcm mana nk apply kursus2 mcm nie....

Mycha Melody Myche said...

Hello,

mau tanya macam mana ko boleh apply? boleh tau d mana boleh apply?

terima kasih.

Anonymous said...

macam mana apply? bokeh inform di 01111815118(iqbal) ?

[sutera kasih] said...

untuk makluman semua, masa saya dulu, saya pergi ke pejabat Belia & Sukan daerah tempat tinggal..minta borang dan isi..lepas tu tunggu panggilan :)

Anonymous said...

Belia arena kepayan

Anonymous said...

Belia arena kepayan