Sunday, September 08, 2013

PERTANDINGAN MASAKAN 2013

Assalamualaikum dan hello,
Syawal sudah pun berlalu. Selamat datang Zulkaedah hehe. Jumaat lepas, pergi majlis penutupan kursus masakan yang kami ikut hari tu, Kursus Masakan Percuma 2013. Selain majlis penutupan, diadakan pertandingan masakan dan membuat kek. Kami kumpulan kursus masakan, yang lain kumpulan kursus membuat kek. Urmm, agak kecewa sedikit hari tu, sebab pengurusan masa yang tidak baik. Peserta dah datang awal sekitar jam 8.30 pagi. Tapi, majlis dimulakan agak lewat sekitar jam 11.30 pagi. Memang agak mengecewakan dari aspek pengurusan masa, alasan sebab mesyuarat belum habis. Bila ditanya, kenapa tak buat majlis hari sebelumnya? Alasan, pegawai tiada. Tanya lagi, kenapa tak buat majlis hari Sabtu? Alasan, sebab bukan hari bekerja. Jadi, kenapa buat majlis hari Jumaat? Dah tahu hari Jumaat singkat, orang nak pergi sembahyang Jumaat lagi, jalan raya pun sesak. Orang lain pun ada komitmen lain. Ini bukan kritikan menjatuhkan, ini kritikan positif supaya dapat memperbaiki apa yang kurang supaya dapat mengadakan majlis dengan pengurusan masa yang baik di masa akan datang.

Ini hidangan oleh makcik, Ayam masak Paprik.
Ini pulak hidangan kami, mak yang masak, aku tukang potong2, sediakan bahan, tukang kacau dan tukang hias hehe. Daging masak black pepper. Nak resepi? Okey, nanti aku kongsi di lain entri :)

TAG: KURSUS MEMASAK, KURSUS MASAKAN, KELAS MEMASAK, JABATAN PERTANIAN SABAH, MASAK AYAM, MASAK DAGING, DAGING BLACK PEPPER, DAGING HITAM PRUNE, AYAM KUZI, AYAM PAPRIK, PERTANDINGAN MASAKAN, PERTANDINGAN MASAKAN 2013, PERTANDINGAN, CARA HIASAN HIDANGAN, HIASAN HIDANGAN

Anda sedang membaca artikel PERTANDINGAN MASAKAN 2013 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/09/pertandingan-masakan-2013.html
Semoga artikel PERTANDINGAN MASAKAN 2013 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

amy1906 said...

wah,mesti ko da hebat masak nie kan,beznya...

Zuan said...

nak blaja masak la :D

dear xila said...

walllah menang ke? menag ke? hee..pandai hias eh