Friday, July 12, 2013

KURMA RAMADHAN 2013 BERSAMA TELEKUNG PROJEK

Assalamualaikum dan hello readers :)
Puasa tak arini, kawan-kawan? hehe. Ku sangkakan akan banyak masa terluang untuk blogging masa bulan puasa ni, rupanya tidak. Maaflah jika kurang menjenguk blog kamu, sebab bulan puasa ni ada komitmen lain hehe. Mungkin lepas ni buat entri autopublish saja, itu pun kalau sempat buat. Dipendekkan cerita, ada masa terluang ni, saya nak panjangkan niat baik saudara kita, my favourite pertubuhan iaitu The Telekung Project (TP) yang melaksanakan projek kebajikan, di mana semua orang boleh ikut serta tidak kira pangkat dan darjat. Ada satu hal yang saya sangat suka dengan pertubuhan ni, diorang mengajak kita untuk sama-sama beramal, contohnya, diorang boleh saja minta taja VVIP atau org kaya untuk menaja projek kebajikan, tapi diorg tak nak buat mcm tu sebab kalau diorg buat macam tu, org yg kurang berkemampuan tidak akan dapat merasa bersama-sama ikut serta projek mereka untuk melakukan aktiviti kebajikan..ehh macam mana nak explain ni eh, korang faham tak? huhu.

Contoh paling senang, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, pihak TP mengadakan PROJECT RAMADHAN: Edaran Kurma sebanyak 1000 bungkus sehari. Projek tu bermula dari 1 Ramadhan sehingga 15 Ramadhan. Kaedah perlaksanaan projek yang dilakukan ialah 'EVERYBODY CAN JOIN'. Projek ni, contohnya si Abu ni dah lama berniat nak beramal di bulan Ramadhan, cuma duit poket tak mengizinkan..sebagai contoh saja ya, contohnya si Abu hanya ada duit poket RM50 saja untuk bulan ni, tapi hatinya kuat nak bersedekah. Jadi, Abu boleh meneruskan niatnya memberi sumbangan kecil hanya RM3 untuk sebungkus kurma melalui TP. Pihak TP akan mengumpul wang sumbangan dan menggunakan dana tersebut untuk projek-projek kebajikan. Kurma tu pulak akan diagihkan secara percuma kepada org ramai. Mudah, kan? Pendek kata, membeli sambil beramal. Haaa gitu..faham dah apa yg saya cuba sampaikan?
Berdasarkan penerangan TP di facebook Telekung Projek ;

Option A: SEBAGAI PENDERMA
Setiap bungkus kurma dijual dengan "HARGA KEBAJIKAN" iaitu RM 3 yang mengandungi 7 biji kurma. Wang hasil sumbangan ini akan digunakan untuk mencukupkan dana untuk pembangunan asrama anak-anak sekendi dan project-project kebajikan TP yang seterusnya.

Untuk menderma kurma boleh masukkan jumlah sumbangan iaitu RM 3 sebungkus (atau lebih jika mahu) melalui:
CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
1222 0000 646 100

MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

PENTING : Isikan google docs melalui link di bawah utk maklumat sumbangan dan transaksi (INI SGT WAJIB UTK TUJUAN AUDIT DAN SEMAKAN) https://docs.google.com/forms/d/1SxJheJbts3Yl9Mw_DiUQ9JlD5RxWYx_Nqipj8WL5p7M/viewform

Email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan KURMA RAMADHAN 2013 @ In case nak berikan admin notification transaction melalui sms boleh guna number ni 0193337151

Sumbangan ini dibuka bermula hari ini (8 Julai - 24 Julai 2013)

Option B : SEBAGAI VOLUNTEER mengedarkan kurma secara percuma.
Memandangkan setiap hari akan ada 1000 bungkus kurma, pihak TP sgt mengalu-alukan penyertaan ramai utk bantu memberikan kurma ini kepada sesiapa sahaja seperti rakan-rakan di ofis, jemaah surau dan masjid dan sebagainya.

Yang terbaik adalah jika kita dapat berikan kepada insan-insan yang tidak dikenali ianya merupakan satu cabaran yang manis kan? Yang berminat utk bantu TP edarkan kurma boleh whatsapp pihak TP di 0193337151. Info lanjut untuk pencerahan, boleh klik di facebook Telekung Project.

Bersama-sama kita perbaiki diri jadi lebih baik drpd semalam, semoga Ramadhan kali ni menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah. Sekurang-kurangnya, sudi-sudikanlah untuk berkongsi info ni kepada sahabat kita yang lain. Perkara kebaikan, kan elok kita buat bersama :)

TAG: TELEKUNG PROJECT, PROJEK KEBAJIKAN, AMAL KEBAJIKAN, BUY AND DONATE, KONGSI REZEKI, AZILA AZIZ, THE TELEKUNG PROJECT, KURMA RAMADHAN 2013, PUASA 2013, SEDEKAH, AMAL KEBAJIKAN, AMAL JARIAH, ISLAM ITU INDAH, DERMA, FACEBOOK TELEKUNG PROJEK, CARA BERAMAL

Anda sedang membaca artikel KURMA RAMADHAN 2013 BERSAMA TELEKUNG PROJEK dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/07/kurma-ramadhan-2013-bersama-telekung.html
Semoga artikel KURMA RAMADHAN 2013 BERSAMA TELEKUNG PROJEK ini dapat memberi manfaat untuk semua.

2 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Zuan said...

semoga dimurahkn rezeki di bulan ramadhan yang mulia ni ^^